Koleksi Karya

Rabu, 23 Mei 2012

Indah Khabar dari Rupa


Kepada yang mempunyai blog sendiri pernahkah anda bertanya kepada diri anda sendiri mengapa anda berblog?
A Untuk meluahkan hasrat hati, perasaan (marah, tidak puas hati, sedih, ataupun gembira)
B Untuk berkongsi maklumat
C Suka-suka
D Tiada tujuan khusus
E Lain-lain

Saya melihat blog bukan sahaja medium untuk komunikasi sehala tetapi mewujudkan komunikasi dua hala atau berhala-hala sekiranya pemilik blog itu bijak untuk menggunakannya. Barangkali melalui bloglah kita mampu memperoleh rakan berlipat kali ganda daripada rakan yang wujud dalam alam realiti.

Saya sedaya upaya untuk berkawan dengan semua orang. Apabila saya terlibat dengan penulisan saya cuba mencari seberapa ramai penulis yang mempunyai blog dan menyapa mereka ini untuk berkawan (bertukar-tukar pandangan).

Saya yang muka tidak malu ini akan meninggalkan komen (salam perkenalan) dan mempelawa mereka ini untuk bertandang ke blog saya semula dengan tujuan untuk berkongsi pandangan. Tidak dinafikan juga jika saya menjumpai blog penulis yang memaparkan karya mereka terbit di media saya tidak segan silu untuk mengucapkan tahniah.

Namun alangkah malangnya apabila sesetangah 'penulis' itu tidak pandang pun. Tidak pernah menegur pun saya. Saya tahu saya ini hanya penulis eceran, penulis kerdil, entah tidak layakpun digelar penulis. Sebab itu buat apa nak tegur (dalam erti kata membalas komen yang ditinggalkan). Mereka ini hanya mahu berkawan dengan orang sekepala, seanggatan dengan mereka sahaja.

Saya tidak boleh menghukum semua orang atau penulis begitu kerana masih ada penulis yang menyambut baik salam perkenalan saya itu. Saya berbangga untuk menyebut antaranya Salina Ibrahim, Hasni Jamali, Nurul Farehah Jaamad, Ibnu Ahmad Al Kurauwi, Osman Dol, Jaya Ramba (sekadar menyebut beberapa nama). Saya tidak terasa sangat jika yang saya tegur itu penulis mapan. Tetapi jika penulis yang suam-suam kuku itu berperangai begini saya rasa akamatnya dia ni seorang yang SSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.

Ada rakan saya yang merungut setiap kali mereka hendak meninggalkan komen mereka terpaksa mengisi nombor atau huruf di dalam kotak kecil itu sebagai pengesahan sebelum diterima saya dan diposkan. Saya memberitahu bahawa itu salah satu cara untuk saya mengesan siapa yang meninggalkan komen untuk entri yang saya terbitkan. Jika tidak tentu saya tidak perasan. Moralnya, jika orang itu memberi alasan yang dia tidak perasan saya tidak dapat terima kerana ada cara untuk menyelesaikannya. Saya bukan nak menempelak orang itu tetapi apa salahnya jika berkawan seribu berkasih biar satu.

*Cantikkan cili di atas? Tentu sesiapapun pernah makan. Tentu juga pernah merasainya. 

8 ulasan:

  1. Helmi, semoga tabah dalam dunia penulisan yang bermacam ragam jenis Penulisnya. Saya pun ada terkena, apa kata kita ambil iktibar bahawa jangan jadi seperti mereka. Kita cuba sedaya mungkin untuk membantu, bertegur sapa dan beramah mesra. :)

    Terima kasih menyebut nama saya... :)

    BalasPadam
  2. Ya, Hanna. Mengambil iktibar itu lebih baik. Moga kita terus berkongsi apa yang kita ada. Kalau sombong tak ke mana.

    BalasPadam
  3. Jangan sombong-sombong, ya. Kalau saya tersombong, mohon ditegur dan dinasihatkan ya. :) kadang-kala tiada niat untuk sombong, cuma khilaf tanpa sedar. Moga-moga dijauhkan. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan amin. Sama-sama tegur menegur.

    BalasPadam
  5. Setakat ni akak pernah la 'tegur' maya dengan beebrapa penulis. Alhamdulillah, ok kot. Ala, nak sombong ke mana.. Nak tongkat dunia, tempang jadinya.
    Teruskan menulis yer.

    * Akak ni senior sekolah sebab akak batch 87-93 (SKHHI) & 94-1998 (SMKTAA).

    BalasPadam
  6. Oh, ya ke... ada sesetangahnya ok, ada sesetengahnya ko, rambut saja sama hitam, hati lain-lain.

    Senior. Em, terima kasih kak kerana sudi jengah lagi ke blog ini dan memberi semangat untuk saya terus menulis.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, Helmi,
    Satu yang effa nak ingatkan, dalam dunia penulisan ini kita kena punya keyakinan, kekuatan dan kesabaran yang amat tinggi. Jangan pernah berputus asa dan jangan menoleh ke belakang! Itu pendirian effa. Kita kongsi pengalaman bersama. Pengalaman effa menjadi penulis setakat ini, effa sedaya upaya membantu dan mengalakan penulis baru untuk berkarya. Alhamdulillah, dengan itu effa semakin senang berkarya. Tabahlah Helmi. Pernah dulu effa bertanya kepada seorang penulis ni tetapi hampa belaka, tiada respon langsung. Namun, effa terus berdiri dan berlari seiring dan selaju mereka dengan azam mahu terus bangkit. Apa yang penting, terus berkarya dan mendalami ilmu. Moga awak mencuba mendalami genre novel pula okay. Jangan sedih-sedih sangat ya. InsyaAllah, rezeki menulis akan bertambah.

    Salam,
    Effa~ ^_^

    ( amboi panjangnya effa komen. hehehe... )

    BalasPadam
  8. Waalaikumusalam Effa.

    Terima kasih atas komen yang membina ini. Insyaallah saya akan cuba muhasabah diri untuk terus memperjuangkan bidang penulisan ini.

    Novel? Insyaallah jika sudah bersedia saya teringin juga untuk mencuba genre ini. Doakan ya.

    Suka suka komen Effa, biar panjang tetapi sarat dengan ilmu dan sokongan moral. Terima kasih.

    BalasPadam