kredit gambar dari noorizamsabran |
Sebelum Berlepas Pergi
(al fatihah kepada ibu saudaraku Che Som Yaacob)
Sesungguhnya
kematian datang tanpa bersapa
walaupun tidak diminta
ia datang dengan pelbagai cara.
Sesungguhnya
kematian tidak boleh ditolak
apatah lagi dihindarinya
kerana setelah giliran sampai
berpisahlah roh dari jasad.
Sesungguhnya
kematian akan meninggalkan
segala-galanya
biar wang setinggi gunung
biar cinta seluas lautan
biar tangisan membasah kesedihan
namun diharapkan
sebelum berlepas pergi
sediakan dulu bagasi amal
moga cukup bekalan
sementara menunggu
hari kiamat kelak.
Mohd Helmi Ahmad
25/5/2012
Batang Kali, Selangor
Daripada Dia kita datang;
BalasPadamKepada Dia kembali datang.
Takziah atas pemergian itu.
BalasPadamMoga tabah...
Ya betul tu Jamal. Dan kita pula sedang menunggu giliran.
BalasPadamNad terima kasih. Insyaallah, sama-sama kita mendoakannya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
BalasPadam