Koleksi Karya

Khamis, 22 Mac 2012

Merekod Karya

Adalah penting bagi seseorang penulis untuk merekod karyanya. Sama ada semasa proses penghantaran ataupun selepas karya itu tersiar. Jadi kerja ini akan memudahkan penulis untuk mengetahui karya yang dihantar pernah tersiar ataupun tidak. Satu lagi dengan melakukan perekodan karya juga dapat memudahkan penulis mencatat tarikh karya tersiar dan media yang menyiarkan karya-karyanya. Ada sesetengah penulis membina satu blog peribadi untuk merekod karya mereka. Ada juga yang merekod karyanya melalui 'failling'. Terpulanglah kepada penulis untuk merekodnya.

*Tak sabar rasanya menunggu hari esok. Ada berita yang hendak saya kongsikan. Insyaallah.

4 ulasan:

  1. Benar, ayahnda juga buat begitu ketika mula-mula berkarya.... lama2 dah jadi sedikit malas.

    BalasPadam
  2. Kaedah ini memudahkan untuk kita juga. Pada masa yang sama dapat meningkatkan semangat untuk terus menulis.

    BalasPadam
  3. Benar,

    saya juga setuju dengan kaedah itu. Wah, akan ada apakah pada hari esok? Khabarkan ya...

    BalasPadam
  4. Terima kasih hasni hanna yang sudi berkunjung lagi.

    BalasPadam