Koleksi Karya

Sabtu, 24 Mac 2012

Akhirnya... Teka Teki Sebuah E-Mel Terjawab


Dalam tempoh seminggu saya bercuti di kampung pada minggu lepas, adalah pada suatu hari saya telah menerima kiriman e-mel daripada salah seorang AJK ASASI (Angkatan Sasterawan Nasional Kedah). Sebelum ini saya pernah menyertai beberapa pertandingan menulis cerpen yang saya khabarkan saya tidak memenangi walau pun tempat sagu hati. Harapan saya hanya tinggal pada Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011 ini sahaja.

Berbalik kepada kiriman e-mel itu saya telah dijemput ke majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dan mesyuarat ASASI. Oleh kerana saya ini salah seorang peserta saya dijemput hadir. Keputusan hanya akan diumumkan pada hari tersebut iaitu pada 23 Mac 2012. Namun pada hari tersebut iaini jumaat saya sudah berada di Hulu Yam, kembali bertugas. Lantas saya membalas e-mel itu semula menyatakan saya tidak dapat hadir kerana perlu pulang ke Selangor untuk bertugas. 

Sehari selepas itu saya menerima kiriman balas dari e-mel tersebut supaya sebolehnya saya menghantar wakil. Saya pun membalas semula (dengan tidak tahu malu) menanyakan adakah saya telah memenangi salah satu kategori yang dipertandingkan? Jika ya akan saya usahakan untuk menghantar wakil.

Kemudian e-mel yang saya terima selepas itu hanya menyatakan YA. Kalau boleh diusahakan untuk menghantar wakil. Ketika itu hati saya berbunga gembira. Mana tidaknya saya telah memenangi sayembara penulisan dalam bidang kreatif yang tidak pernah saya kecapi. Dalam hati saya walaupun sekadar saguhati saya amat berpuas hati.

Setelah berbincang dengan keluarga kami mengutuskan untuk menghantar kakak ipar saya untuk hadir ke mahlis tersebut dan ditemani kakak saya sendiri. Tentu ada yang bertanya kenapa tidak kakak saya sendiri yang naik menerima hadiah tersebut? Jawapannya kakak saya itu pemalu sikit orangnya.

Pada hari yang dinanti pun tiba. Setelah mendaftar kemudian kakak saya menelefon saya memberitahu yang mereka telah sampai di Perpustakaan Awam Negeri Kedah dan telah mendaftar. Sejurus beberapa jam kemudian kakak saya menelefon sekali lagi menyatakan saya telah memenangi kedua-dua kategori iaitu cerpen dan puisi yang saya sertai. Ketika itu kalau orang tengok saya tentu mengatakan yang saya kurang siuman kerana ketawa seorang diri.

Bertapa syukurnya kehadrat Ilahi kerana memberkati doa dan usaha saya selama ini. Tidak lupa juga kepada Wadi rakan penulisan saya yang berkongsi maklumat akan sayembara ini tempoh hari. Beliaulah bersusah payah menghantar borang penyertaan kepada saya. Kepada yang memberi sokongan selama ini saya ucapkan terima kasih.

Untuk mengetahui lebih lanjut saya menelefon ayah saya sekali lagi. Jelaslah ayah saya memberitahu yang saya telah memenangi TEMPAT KEDUA dalam kategori CERPEN dan TEMPAT KEDUA SAGUHATI kategori PUISI. Dalam sayembara ini penulis dikehendaki menghantar sebuah penyertaan cerpen dan lima buah penyertaan puisi. Katanya karya-karya pemenang akan diantologikan dalam masa terdekat. Alhamdulillah. Saya akan menunggu antologi tersebut. 


12 ulasan:

  1. Alhamdulillah, tahniah!

    Tahniah! bakat anda tidak sia-sia. :)

    BalasPadam
  2. TAHNIAH!!! Saya terlambat pula untuk menyertainya apabila melihat tarikh penyertaannya telah tamat. hehehe....

    BalasPadam
  3. Terima kasih hasni hanna kerana tidak jemu mengucapkan tahniah kepada saya. Alhamdulillah saya dipinjamkan bakat oleh-Nya untuk berkongsi dengan pembaca semua.

    BalasPadam
  4. salam

    tahniah buat saudara, sangat berbangga kerana mempunya sahabat maya yang sangat berbakat dalam bidang penulisan seperti saudara. alangkah baiknya jika saya dapat membaca karya saudara.

    tahniah saudara. semoga terus sukses dalam bidang penulisan.

    encik ilham

    BalasPadam
  5. Terima kasih encik ilham yang sudi berkunjung lagi.

    Terima kash juga atas ucapan itu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih tuan zul permatang badak

    BalasPadam
  7. tahniah sahabat

    =) semakin lama mengasah semakin tajam menyerlah

    BalasPadam
  8. Terima kasih Zura.

    Alhamdulillah, begitulah belakang parangkan diasah tajam juga akhirnya.

    BalasPadam
  9. Tahniah (terlambat. uhuk). Saya turut gembira membacanya. Saya selama ini memang tak pernah masuk pertandingan menulis.

    Antara sebab utama kerana takut. Yelah saya ini bukanlah orang Sastera. Hanyalah penulis sambaran Sastera. Kerja utama saya ditumpu terus pada bidang intelektual. Manakala sastera ini bidang seni.

    Tetapi, semangat berkobar apabila membaca kejayaan saudara. *thumbs up.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Tiada istilah lambat sebenarnya. Kejayaan itu tetap mekar dalam karier penulisan saya.

      Sebenarnya, saya juga tidak yakinmemandangkan saya ini hanya penulis baru jika hendak dibandingkan dengan penulis dalam ASASI yang sudah lama. Alhamdulillah, mungkin kematangan dalam berkarya banyak mengajar saya melalui pengalaman.

      Boleh mencuba. Tidak salah.

      Padam