Allahyarham S. Othman Kelantan pernah tampil dengan kumpulan cerpen pada tahun 1990, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang diberi judul Beberapa Pembetulan. Beberapa pembetulan mengandungi 16 buah cerpen yang sarat dengan suara hati beliau berkaitan kehidupan masyarakat yang tidak dapat lari daripada hal-hal penyelewengan, kasih sayang, sosial, kerakusan manusia, budaya, poltik dan agama. Namun setiap kritikan disampaikan dengan cara tersendiri dan kritis lagi kreatif.
Namun saya tertarik dengan cerpen yang diangkat menjadi judul kumpulan cerpen ini. Beberapa Pembetulan mengangkat beberapa persoalan yang dilihat beliau tidak kena dan diberi pembetulannya. Dapat saya petik beberapa pembetulan yang telah diberikan S. Othman Kelantan menerusi cerpen ini. Namun untuk takrifannya saya fikir lebih elok pembaca membacanya sendiri cerpen tersebut untuk tidak menimbulkan kekeliruan.
Politik
Demokrasi
Lawyer
AIDS
ZOPFAN
IPT
MAS
Hang Tuah
dan beberapa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan