Koleksi Karya

Ahad, 4 Disember 2011

Puisi Malam Hari Lahir


Puisi Malam Hari Lahir

Segeluk doa kutadah nan malam
berteman sejadah sunyi malam hening
sujudku merendah pada-Mu
yang Setingg-tingginya.

Kuhantarkan sejambak mawar
rangkulan seribu ratib membaca kebesaranMu
atas pemberian hadiah hari lahirku
yang Maha Besarnya
(aliran nadi denyutan nafas
sekeping roh sekepal jasad)
masih kau pinjamkan padaku.

Ya Allah
munajat usia perjuangan hidupku ini
demi keredaaan-Mu.
Dengan nama pemurah-Mu kupinjamkan
luruhkanlah segala dosa-dosaku
bagaikan dedaun di musim gugur.
Berkatilah segala amalanku
bagaikan timbunan pepasir di tepian pantai.
Murahkanlah rezekiku
bagaikan curahan air
yang dicencang tak putus-putus.
Sejahteralah hidupku
lindungilah aku dari segala anasir
yang mengoda imanku
membawaku ke lembah kemungkaran-Mu.

Ya Rabbi
jadikanlah aku hamba yang taat pada perintah-Mu
menjauhkan segala larangan-Mu
jadikanlah aku hamba yang kenal ihsan
jadikanlah aku hamba yang kenal tawakal
jadikanlah aku hamba yang kenal tawaduk
jadilah aku hamba yang kenal kesyukuran.

Aku tidak mahu masuk
menerusi pintu neraka Jahanam-Mu
yang panas membara.
Tunjukkanlah aku ke jalan pintu
syurga Firdaus-Mu.
Amin ya Rabbal alamin.

11.40pm
3/12/2011
Kampung Padang Jambu.

4 ulasan:

  1. Subhanallah, sesungguhnya memang Allah ciptakan manusia itu untuk berkenal-kenalan dan pasti ada hikmah tersembunyi sebaliknya. Selamat Hari Lahir juga buat saudara. semoga panjang umur dan dirahmati Tuhan selalu. Insyaallah

    BalasPadam
  2. Ya EN ILHAM sesungguhnya Allah itu Maha Kaya,Dia temukan kita, kebetulan pula tarikh lahir yang sama. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati-Nya bersama.

    BalasPadam
  3. Saya dah tahu tarikh lahir cikgu. 4 disember. Dah tak lama dah ni. :)

    BalasPadam