Koleksi Karya

Selasa, 6 Disember 2011

Mengejar Sarjana Muda

Untuk sekadar rekod saya akan kongsikan cerpen saya yang disiarkan di majalah Perempuan edisi Oktober 2011. Cerpen ini merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di majalah Perempuan. Dengan judulnya Mengejar Sarjana Muda.

Sebenarnya ada kisah di sebalik penghasilan cerpen ini. Cerpen ini bukanlah kali pertama saya hasilkan untuk di hantar ke majalah Perempuan. Tetapi saya telah mencuba menghantarnya ke beberapa buah majalah yang lain. Saya kira tidak usahlah saya menyebutnya. Namun hasilnya tetap hampa. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyimpannya buat sementara waktu. Selepas itu saya baca kembali dan membuat pengeditan mana yang patut dan akhirnya saya kirimkan ke majalah Perempuan. Kalau tak salah saya cerpen ini dikirimkan pada bulan Ogos dan bulan Oktober disiarkan. Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada sidang Editor majalah Perempuan yang memberi peluang untuk cerpen ini dikongsikan dengan pembaca di luar.



Kepada penulis-penulis baru usahlah cepat melenting apabila karya yang dihantar tidak tersiar. Semua itu adalah lumrah dalam dunia penulisan. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk terus berusaha lebih gigih. Kerana setiap kali karya kita tidak tersiar berkali-kali pula kita berusaha menghasilkan karya yang lebih bermutu. 

Saya akui proses penulisan kadang kala amat kejam tetapi saya tidak nafikan kadangkala sangat mengejut dan tidak disangka-sangka. Semoga berjaya saya ucapkan kepada diri sendiri dan angkatan penulis baharu.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum...panggil saja saya AYAHNDA. Halaman sajak Mingguan Perdana diisi oleh sajak Zahari Hasib dan Abdillah SM. Adakah anaknda menghantar sajak ke akhbar itu.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Panggil saja saya AYAHNDA. Sajak Zahari Hasib dan Abdillah SM tersir dalam Mingguan Perdana. Terima Kasih.

    BalasPadam
  3. Membelek sejarah blog ini membuatkan saya kembali bersemangat. Betul. Tetapi tuan lebih bernasib baik berbanding saya. Berani menghantar cerpen. Setakat ini saya masih takut untuk menghantar cerpen.

    Persoalan yang menghantui, adakah saya layak menulis cerpen? Huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wong, terima kasih sudi menyelak lembaran sejarah penulisan saya di sini.

      Seperti yang saya katakan, jangan takut untuk hantar. Cuba dulu. Saya dulu boleh katakan memang ghairah sangat. Tapi 10 yang saya hantar hanya sebuah atau dua buah saja yang tersiar. Namun ada hikmahnya. Bila karya tu terperam lama dan dimurnikan semula ternyata ia lebih baik. Dan bila hantar ke media lain, senang pula tersiarnya.

      Selagi kita tak hantar, kita tak tahu sejauhmana kemampuan kita.

      Padam
  4. Judul ni macam pernah saya dengar. Atau mungkin terbaca dahulu. Tetapi tak pasti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, pernah baca ke? Boleh klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Rasanya boleh baca.

      Padam