Koleksi Karya

Selasa, 15 Julai 2014

Selangkah Memasuki Gerbang Ilmu

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Al-Quran saya ucapkan. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 17 kita berpuasa di bulan Ramadan. 



Sewaktu balik bercuti persekolahan lalu, saya sempat membelek-belek rak buku saya yang semakin sendat. Wah, teruja saya apabila koleksi buku saya semakin banyak! Nampaknya pada tahun akan datang sekiranya dimurahkan rezeki lagi untuk saya membeli buku, maka saya perlu memikirkan alternatif lain untuk menyimpannya sama ada membeli rak baharu ataupun menindannya lagi seperti yang dilakukan sekrang ini.



Saya masih menyimpan antaranya buku nota persekolahan saya dan adik-adik saya. Biarlah buku ini masih di rak itu selagi ada ruang untuknya selama mana buku ini bertahan. Biarpun, buku-buku nota ini pernah disuarakan supaya dibuang sahaja kerana dalam keluarga saya sudah tidak ada yang bersekolah. Namun, atas sifat sayangkan buku tersebut saya masih pertahankannya untuk disimpan. 

Biarpun orang menganggap buku bukan lagi sumber terbaik untuk mendapatkan maklumat atas alasan, mahal, sukar untuk diperolehi, lambat untuk dicapai namun saya masih percaya bahawa buku adalah bahan terbaik untuk kita memperkayakan ilmu. 

Saya sememangnya berhasrat untuk membina sebuah perpustakaan mini. Jika perlu bolehlah dibuka untuk rujukan orang ramai pula. Selangkah kita memasuki gerbang ilmu kita selamanya berada dalam kejayaan. 


13 ulasan:

  1. Banyaknya buku tuan...saya pun ada cita-cita mahu wujudkan perpustakaan mini sekiranya ada rumah sendiri nanti. InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Salam ziarah cikgu. Wah! Banyaknya buku cikgu. Kemas pula susunannya.

    BalasPadam
  3. Ya, saya sokong usaha untuk mewujudkan mini perpustakaan untuk masyarakat umum. Semoga niat murni saudara tercapai.

    BalasPadam
  4. Salam Nuzul Quran Cikgu...Rak buku kita juga dah bertambah-tambah...dah boleh jadi mini libarary sekarang ni...

    BalasPadam
  5. banyaknya koleksi buku cikgu
    dah macam library dah tu
    dulu masa saya kecil-kecil, saya pun ada mini library
    sekarang aje tak berkesempatan

    BalasPadam
  6. Hehe..sama pulak dgn kat rumah family kathy.syg nk buang siap ada rak nk simpan lg.

    BalasPadam
  7. wahhh bagusnyaa.. tp kat rumah ni ruang sempit..so memang terhad sgt nak simpan buku.. yg penting sgt2 je masih tersimpan kemas..

    BalasPadam
  8. Saya pun dah penuh buku satu rak...sekarang ni dah terlebih kapasiti... Nak beli rak, tempat semakin terhad, mungkin ada buku yg terpaksa di sedekahkanlah terutama majalah2 lama.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... bulan puasa ni agak kurang dpt waktu utk berblogging spt kebiasaan.
    Seronok bila dpt melihat bahan bacaan yg kita perolehi dikumpul dgn teratur & dijaga rapi... :)

    BalasPadam
  10. Salam ziarah. bagus niat saudara utk mewujudkan perpustakaan mini. sy bercadang utk mewujudkan perpustakaan mini di perkampungan orang asli sebagai salah satu usaha menyebarkan budaya membaca. mungkin saudara ada cadangan tempat membeli buku bagus dengan harga menarik.

    BalasPadam