Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
Ramai yang bertanya kepada saya, mengapa saya susah-susah hendak menghantar karya ke media cetak sedangkan saya sudah mempunyai blog yang boleh menerbitkan karya saya sendiri. Bukankah lebih mudah dan barangkali lebih ramai pembaca yang akan membacanya. Kalau hantar ke media cetak bukan sahaja perlu menunggu lama dan mungkin juga kalau tidak bernasib baik karya itu akan "dibakulsampahkan".
Bagi saya kepuasan karya yang terbit di media cetak lebih tinggi nilainya. Tidak semua orang boleh melihat namanya tercetak di surat khabar mahupun majalah. Nama itu pula bukan kita sendiri yang melobi untuknya terbit, sebaliknya atas pilihan editor yang mengendalikan ruangan tersebut setelah membuat beberapa pertimbangan dari aspek kualiti karya. Biarpun berpuluh karya saya telah terbit di media cetak, namun saat menatap karya yang terbit itu bagaikan kali pertama saya rasai.
Keduanya, tapisan karya sebelum diterbitkan di media cetak lebih ketat. Dan, tugas itu bukanlah tugas mudah yang perlu dilakukan oleh seorang editor. Jika saya penulis dan saya editor pasti kepuasan tidak akan tercapai. Saya boleh sesenang saja untuk menerbitkan karya di blog pada bila-bila masa.
Sebolehnya, saya juga cuba menjadikan blog ini lebih eksklusif. Hanya entri yang mempunyai "nilai berita atau cerita" sahaja akan diterbitkan. Oleh itu, saya perlu bertindak sebagai seorang yang profesional yang mana entri yang hendak diterbitkan di blog ini haruslah berkualiti dan bermanfaat. Tidaklah entri yang lewah dan sekadar liburan menjadi tatapan pembaca. Dalam masa yang sama, entri itu sentiasa segar dan boleh dijadikan sumber rujukan pada bila-bila masa sahaja.
sebenarnya satu penghargaan untuk diri sendiri apabila karya yang dihantar diterbitkan di media cetak.. jika media elektronik seperti blog pula, menjadi satu kepuasan apabila menulis entri yang berkualiti dan bermanfaat.. semoga terus bersemangat untuk menulis.. :D
BalasPadamBetul tu Aiza, kualiti sebaolehnya dititik beratkan. Mukan sekadar entri melepaskan batuk di tangga saja.
PadamAda orang suka tulis nama pena macam Keris Mas.. atau sebagainya.. Memang best bila karya dikeluarkan.. Tambah-tambah dapat hasilkan suatu novel..
BalasPadamSaya tidak menggunakan nama pena. Lebih selesa guna nama betul.
Padambanggakan kalau hasil penulisan kita dikeluarkan...hilang penat lelah mencari idea menulis selama ini...
BalasPadamSudah semestinya Bunda. Setelah berperih menulis, apabila karya diterima dan diterbitkan rasa bangga itu sangat terasa.
Padamsuka dengan pendapat cikgu yang ini, tak banyak blog personal yang kongsi info berilmiah dan bermanfaat dgn cara sedikit santai.pd masa sama cuba memperkaya dan memartabat bahasa melayu.sebenarnya jika utk berhibur dan bersenang2, dunia maya dah banyak tawarkan yg begitu.apapun, pilihan di tangan kita..:)
BalasPadamTeruja saya membaca respon CM ni. Terima kasih. Betul tu, pilihan di tangan kita sama ada hendak menjamu jiwa kita dengan ilmu ataupun hiburan semata-mata.
Padampayah jugk ye jadi penulis ni kan..tpi apa2 pun cikgu teruskan usaha mnjadi seorang penulis yang cikgu inginkn..semoga cikgu berjaya..=D
BalasPadamBukan sekadar penulis, menjadi siapapun ada cabarannya Zara. Terima kasih Zara. Semoga berjaya juga untuk Zara.
Padambetul tu cikgu =) kalau saya pun lebih suka buat macam cikgu..bukan publisiti yang di minta..tapi perkongsian dan kepuasan yang di cari =)
BalasPadamTerima kasih Fais yang bersetuju dengan saya. Perkongsian itu haruslah diutamakan agar blog kita itu ada pengisiannya.
Padammama faham perasaan cikgu, sebab mama pun pernah menulis satu ketika dulu, tapi hajat tak kesampaian... mama doakan semoga cikgu terus success...
BalasPadamAmin. Terima kasih ya mama. Sekadar mencurahkan pandangan tidak semestinya semua bersetuju.
Padamteruskn usaha n idea yang baru utk menjadi seorang penulis yang berkebolehan untuk semua pembaca...
BalasPadamTerima kasih titipan sokongannya ya.
PadamUnderstood ..semoga terus berjaya k...
BalasPadamGood luck semoga berjaya :)
BalasPadamTerima kasih, saudara Khairul Zamri.
Padambtul2x...nilai karya yg tercetak kat media tu tinggi tau..bkn sng2x blh masuk majalah oe media2x cetak lain..byk tapisannya..kawan pernah cerita sbb dia pon pernah keje kat bidang penerbitan...
BalasPadamOh, ya ke. Hanya yang pernah merasainya akan tahu.
PadamApabila karya kita diterima oleh editor utk di terbitkan, itu juga merupakan satu kepuasan.. satu penghargaan kan.. T kasih diatas perkongsian.. :)
BalasPadamYa, penghargaan yang tidak terhingga.
PadamKalau karya yg kita hasilkan tu letak kat dalam blog, kmungkinan besar peluang untuk "copy&paste" sangat besar dan tidak dapat apa-apa hasil.
BalasPadamSebab itu saya jarang letakkan karya saya yang belum tersiar di blog.
Padambetul sangat2 tu,kathy setuju..
BalasPadamJangan sia-siakan setiap entri yang kita tulis.
Padam