Koleksi Karya

Rabu, 11 September 2013

Kasih Ibu Sayang Bapa

sekadar gambar hiasan (kredit foto dari www.hmetro.com.my)
Hari ini merupakan hari pertama UPSR. Alhamdulillah, calon UPSR telah pun melepasinya. Sebagai ibu bapa pastilah kita mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita. 

Di sekolah tadi, saya berasa terharu apabila ada beberapa orang ibu dan ayah yang sanggup datang ke sekolah dan menunggu anak-anak mereka hingga tamat peperiksaan dijalankan. 

Bagi saya betapa ibu dan ayah ini sangat prihatin. Tindakan mereka itu membuktikan bahawa kasih dan sayang mereka kepada anak-anak memang tak dapat dijual beli. 



Sejujurnya di dalam kelas apabila murid tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak bawa buku dan lakukan sesuatu yang tidak wajar mereka lakukan sebagai seorang murid, saya tidak bertangguh untuk memberi "leteran." Biar mereka tidak suka dengan cara saya. 

Selalunya saya kaitkan dengan pengorbanan ibu bapa menghantar mereka ke sekolah dengan harapan apabila mereka besar nanti mereka menjadi anak yang berjaya dan berguna. Ibu bapa tidak mengharapkan lebih daripada itu apatah lagi hendak meminta wang ringgit yang diperolehi, tetapi cukuplah sekadar mereka dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, anak yang mereka asuh dan didik menjadi manusia. 

Saya meminta mereka membayangkan, suatu hari nanti mereka menjadi ibu dan ayah, apakah perasaan mereka setelah mengetahui anak-anak mereka tidak mengikut perintah dan gagal dalam kehidupan. Pasti sesiapapun tidak menginginkan itu berlaku. Oleh itu, jika kita tidak mahu suatu hari nanti anak-anak kita lakukan sesuatu yang tidak baik pada kita, maka janganlah kita lakukan perkara itu pada hari ini. 


38 ulasan:

  1. betul sangat2..ibubapa tidak minta balasan..cukuplah anak2 berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga anak-anak juga melihat dari kaca mata ibu bapa.

      Padam
  2. teringat dekat abah bila time nak periksa dulu selalu hantar makanan walaupun hujan ribut. tak pernah sekali pun dia gagal buat macam tu

    mak pula sepanjang hari duduk atas tikar sejadah dok berdoa biar anak-anak tenang jawab periksa. sepanjang malam teman anak-anak belajar.

    sekarang bila teringat rasa sayu pula. tak tahu boleh buat benda yang sama atau tak pada anak-anak sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu perkongsian pengalaman yang baik untuk dijadikan sebagai teladan. Isya-Alah, jika kita ikhlas menjalankan amanah pasti akan dibalas dengan setimpal.

      Padam
  3. bagusnya.Moga2 mereka juga dpt jadi ibu bapa yg terbaik utk anak2 mereka....bermula dari sekarang kan?

    BalasPadam
  4. setuju.... kerana orang tua kita sanggup lakukan apa saja...

    BalasPadam
  5. teringat masa ambik exam upsr dulu2..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebuah nostalgian yang tidak boleh dilupakan dalam hidup.

      Padam
  6. .hari ni hari pertama jd pngawas upsr..td nmpk ade parents bt solat hajat..ade yg setia tunggu ank2 kt sek..anak2 ptt x sia2kn pengorbanan ibu bapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah macam tu. Ibu bapa yang prihatin akan soal pendidikan anaknya.

      Padam
  7. ibu bapa mana tak sayang anak- anaknya, semua mahu tengok anak mereka berjaya :) teringat pula masa UPSR dulu2

    BalasPadam
  8. wahh banyak tu :) boleh la belanje ice kacang :)

    BalasPadam
  9. Hari ni ramai ibu bapa yang cuti sebab anak-anak mereka UPSR..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ibu bapa sanggup berkorban, sebagai anak hargailah dan lakukan yang terbaik.

      Padam
  10. Mmg betul.. bila dah jadi bapa baru rasa debaran peperiksaan, walhal bukan kita yg ambil periksa. Sayu bila sy mengenang pengorbanan ibu & bapa kita pula. T kasih diatas perkongsian yg bermanafaat ini ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita letakkan diri kita sebagai ibu bapa walaupun yang belum berkahwin, pasti kita akan merasainya.

      Padam
  11. moga mereka mendengar nasihat itu
    budak2 kalau kita nasihat secara baik..kompom diorg akan dengar..mudah-mudahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap hari mereka ni dapat motivasi percuma daripada guru-guru.

      Padam
  12. Balasan
    1. Ibu bapa yang prihatin. Bukan bermakna yang tak datang tak prihatin ya.

      Padam
  13. ibu bapa sanggup buat apa saja asal anak mereka berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak juga harus begitu. Bila sudah berjaya janganlah lupa ibu bapa yang berjasa.

      Padam
  14. Terlalu besar pengorbanan parents kita untuk pastikan kita berjaya. Even parents kita tak tunggu masa exam, tapi kita tau dia orang tak pernah putus berdoa untuk kejayaan kita...Itu yang semua parents lakukan...moga kita semua tidak lupa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Moga kita sebagai anak sedar akan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa masing-masing.

      Padam
  15. pertamanya..tahniah dengan wajah baru blog TM. cantik..

    kedua, tahun ni saya jadi waris murid UPSR juga. beruntungnya anak satu sekolah, jadi saya hampiri dia setiap kali habis paper. Mak ayah ambil cuti jengok anak exam di sekolah ni bergantung TM. ada setengah murid, dia suka. ada pulak yang "stress" bila nampak muka mak ayah dia di kantin. so..terpulanglah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berwajah baru? Tak adalah cuma saya alihkan butang followers tu ke atas saja.

      Ya, benar. Ikut kesesuaian dan keselesaan anak-anak juga.

      Padam
  16. betul tu cikgu..macam mana pun semua akn laluinya..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya tunggu masa dan ketikanya saja kan. Insya-Allah.

      Padam
  17. kasih sayang ibu bapa tiada tandingannya.. bertuahnya mereka masih ada ibu dan bapa yang memberi sokongan.. aiza dulu hadapi upsr dalam keadaan sedih sebab arwah ayah aiza meninggal dunia sehari sebelum peperiksaan upsr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ya Aiza, kalau entri ini menyinggung perasaan.

      Padam
  18. susah nak jadi ibu bapa ni, macam benda dan urusan perlu difikirkan..harapan tinggi memang terletak kat anak-anak, harap anak-anak jelah yang membantu bila mereka tua nanti..pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa tiada nilainya..harap anak-anak pandai menghargai =) selamat berjuang calon-calon upsr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya kita kenalah belajar untuk menjadi ayah yang terbaik.

      Padam