Hari ini berkesempatan untuk membawa murid keluar menjalankan praktikalnya setelah mereka ini didedahkan dengan teori tanaman. Pelbagai gelagat yang boleh dilihat. Ada yang cakap bukan main lagi hebat di dalam bengkel, namun apabila sampai di tapak sebenar hendak pegang tanah pun berasa kotor.
Pendedahan ini untuk membiasakan mereka melalui sendiri pengalaman sebenar berkebun.
Hari ini aktiviti yang dilakukan adalah merumput dan menggembur tanah
Semoga anak-anak didiku berjaya suatu hari nanti.
cik nor masa sekolah dulu ambik aliran pertanian start tgkt 1-3..best sgt time kemahiran hidup dapat bercucuk tanam dan bertukang.Nasib tak dapat kelas masak memasak & jahit-menjahit klu tak mmg bosan la..hihik
BalasPadamOh, bukankah perempuan suka kelas masak memasak dan jahit-menjahit?
PadamSeronok melihat anak-anak ini.Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oh ya, abang Helmi saya baru berkesempatan membeli majalah Dewan Siswa edisi Julai 2013. Terkejut dan bersyukur saya apabila terlihat cerpen abang Helmi tersiar di majalah itu bertajuk "Sebungkus Tapai Sejalur Takdir". Tahniah ya, abang Helmi.
BalasPadamOh, terima kasih sudi membacanya.
Padampengalaman macam ni sangat penting..sebab ada je org bandar yg xpernah rasa bercucuk tanam ni kan :)
BalasPadamSaya setuju akmal. Saya mengajar dua kelas yang berbeza. Kelas pertama dan kedua. Ada perbezaannya. Kelas pertama ni ada yang tidak suka kotor.
Padambagus mereka didedahkan sejak di bangku sekolah..
BalasPadamCara begini mendekatkan mereka dengan alam sebenar.
Padamsekali sekala ada aktiviti outdoor.. okay juga kan.. selalu pembelajaran indoor saja di dalam kelas..
BalasPadamKalau tajuk yang sesuai, apa salahnya buat di luar kelas.
Padamiya saya setuju itu, teori hanya teori, yang terpenting adalah praktek. tidak teori saja. :)
BalasPadamYa, teori yang belajar sekadar dapat menambahkan ilmu. Praktikalnya adalah sebagai kemahiran yang dilakukan sendiri.
Padamberbakti dengan tanah :)
BalasPadamBerbudi pada tanah, tidak ruginya.
PadamAla dulu xde chance pun nak buat praktikal :(
BalasPadamKesiannya. Sekarang boleh berkebun di rumah sendiri.
PadamBagus saudara mendidik anak murid dari mana makanan datang.
BalasPadamMendedahkan mereka dengan cara betul belajar kemahiran hidup.
PadamBak kata omputeh, 'Learn as they grow (plants)'.
Padamwah..tringat zaman sekolah dulu2
BalasPadamantara salah 1 aktiviti yg bez kat skolah
Ramai yang meminati kemahiran hidup sebab ada praktikalnya.
Padambagus mendidik anak-anak kita untuk lakukan aktiviti seperti ini untuk memupuk semangat cinta pada alam sekitar
BalasPadamHarapan saya mereka ini memperoleh sesuatu.
Padamrindu dengan zaman skolah bercucuk tanam..
BalasPadamSatu nostalgia yang indah.
Padamkemahiran hidup bukan dinamakan sedemikian sekiranya hanya pembelajaran secara teori
BalasPadamBetul tu. Apa-apa yang dipelajari teorinya perlukan praktikalnya. Moga murid dapat mengaplikasi teori yang dipelajari.
PadamAmin =)..kemahiran hidup subjek yg best..praktikal paling banyak..
BalasPadamBetul tu. Kalau untuk sekolah rendah selalunya, projek kayu, elektronik, pertanian dan jahitan.
Padam