Koleksi Karya

Isnin, 27 Jun 2016

Promosi Buku Ganti Duit Raya Serendah RM3, RM5 dan RM10

Assalamualaikum.

Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada rakan-rakan blogger. 

Di sini saya menyambut baik promosi yang dijalankan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) iaitu Buku Ganti Duit Raya. Saya melihat idea ini sangat menarik. 

Oleh sebab itu, kalian boleh menyokong usaha ini dengan memiliki buku-buku terpilih terbitan ITBM termasuklah buku-buku saya.

Buku-buku saya dijual dengan harga:
Tetamu Istimewa - RM10
Madu di Tangan - RM5
Bila Ayah Berkaca Mata Hitam - RM10

Jomlah beli buku saya kawan-kawan!
Untuk dapatkan tandatangan saya, boleh juga buat pesanan terus daripada saya.

*Promosi ini sah sehingga 4 Julai 2016 sahaja


2 ulasan:

  1. Salam sejahtera.
    Terlalu lama blog ini sepi tanpa perkongsian kisah dan cerita-cerita yang memberi inspirasi. Sudah tidak istimewakah Tetamu Istimewa?

    Sejujurnya saya rindu akan Tetamu Istimewa yang begitu mesra. Masih saya ingat wajahnya dahulu, berwarna coklat dengan bunga-bunga kecil yang menghiasi. Bukankah di sini pernah menjadi medium kita berkomunikasi?

    BalasPadam