Koleksi Karya

Selasa, 2 Julai 2013

Program Susu 1Malaysia di Sekolah

Alhamdulillah, selesai juga program susu 1Malaysia di sekolah. Kepada ibu bapa, tahukah anda di sekolah ada diberikan bantuan susu 1Malaysia secara percuma kepada anak-anak anda? Jika tidak pasti, boleh tanya semula dengan anak-anak. 


Sebagai Penyelaras Susu 1Malaysia di sekolah, sebelum mengagihkan susu kepada murid, saya keluarkan surat kebenaran kepada ibu bapa terlebih dahulu. Jika ibu bapa setuju barulah anak mereka akan diberi minum susu. Takut juga, ada murid yang alah dengan susu. Hanya ibu bapa saja yang tahu. Tak tahulah di sekolah lain macam mana pelaksanaannya. 


Pagi tadi, pihak tetrapak (syarikat yang membuat kotak susu dan minuman) datang ke sekolah untuk memberi penerangan sedikit berkenaan pengurusan selepas meminum susu. Maksudnya, selepas susu diminum, kotaknya tidak boleh dibuang di merata-rata tempat. Perlu dikumpulkan di satu tempat atau dalam satu plastik besar supaya kotak-kotak tersebut dapat dikitar semula. Di samping itu juga, murid-murid diajar cara minum susu dengan betul. 


Bukan main seronok lagi murid-murid apabila dapat susu. Lepas ni, bertambah sihatlah, bertambah aktiflah murid-murid ni. Jangan sampai guru tak terkawal sudah!

27 ulasan:

  1. dr dulu smpai skrg :) ada je susu ni..bguslah, dpt pupuk budak2 sukakn susu..pttnya sek men pn kena ada hu3

    BalasPadam
  2. dari mama kecik, sampai mama sendiri sekolahkan anak mama, susu ni masih ada kan,.. terbaik lah susu ni.
    seingat mama, mama pernah mengidam nak minum susu ni dulu semasa mengandung 7 tahun lepas, berkotak-kotak mama sedut.. hihihi

    BalasPadam
  3. S.K.A,
    Ya, dari dulu sampai sekarang. Sekolah menengah... boleh juga. Tapi mereka dah besar. Boleh beli sendiri kot, huhu

    BalasPadam
  4. Norhasniza Khalid@mama,

    Wah, berselera ya. Tapi ada juga yang tak suka walaupun berperisa coklat.

    BalasPadam
  5. oklah...dengan adanya programme susu sekolah dapat elakkan pelajar belajar dengan perot kosong...sebab budak-budak neh bukan sume nya brekfast pepagi...huhuhuh!!!

    BalasPadam
  6. P#eoniX,

    Itulah, tak semua budak sarapan pagi. Bila ada susu dapat juga minum.

    BalasPadam
  7. Ingatkan dah xde pemberian susu ni. Dulu2 main bagi jer, xde penerangan atau tanya2 pun. Ingat lagi...memang suka sgt dpt susu percuma, maklumlah kat kg. benda2 ni payah nak dapat, minta ibu bapa beli...jgn harap dpt, betapa susahnya hidup dulu2...bila dapat, minum pun jimat2, hehe

    BalasPadam
  8. Bin Muhammad,

    Masih ada lagi. Saya dulupun suka minum susu ni. Tak sangka pula, sekarang ni jadi penyelarasnya.huhu

    BalasPadam
  9. assalamualaikum..

    huhuhu.. dulu time sekolah fiza x merasa pun dpt. sbb yang dapt hanya student RMT .. so kadang2 mintak sikit kat budak RMT .. ehehhee

    BalasPadam
  10. syaafi sushi,

    Kesiannya. Saya tak pastilah, di sekolah saya sekarang ni susu diberi mengikut jumlah murid. Jadi, semua murid dapat kecuali yang ibu bapa tidak setuju.

    BalasPadam
  11. mungkin dulu len kot.. dulu yang dpt hanya pelajar yang mendapat RMT .. lame dah sy skang ny pun dah abis IPTA .. hehehe x silap around 199-2004 kot.. hehhe

    BalasPadam
  12. terima kasih sudi drop komen dan follow blog saya..

    BalasPadam
  13. syaafi sushi,

    Waalaikumusalam, lupa pula nak jawab salam. Mungkin kot. Tapi, saudari janganlah terkilan pula ya. Kalau ada adik, boleh tanya dia. Dapat tak. Kalau dapat, suruh dia bawa balik. Makan sama-sama, huhu.

    BalasPadam
  14. ANIM,

    Sama-sama. Terima kasih juga kerana kunjung balas.

    BalasPadam
  15. lagi sedih... adik saya sume dah x sek rendah ag... hehee.. xpe.. dulu pernah rase, mmber slalu dpt 2 kotak.. hehe.. =)

    BalasPadam
  16. Teringat pulak masa sekolah rendah dulu.. :)

    BalasPadam
  17. syaafi sushi,

    Oh, tak apalah. Yang penting pernah rasa kan. Biarlah ia menjadi kenangan.

    BalasPadam
  18. teringat ketika aiza bersekolah rendah dahulu (tahun 90-an) ada disediakan susu kotak begini tetapi namanya program RMT.. semoga insentif ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk melahirkan murid-murid yang cergas tubuh badan dan cerdas pemikiran.. :D

    BalasPadam
  19. Khamsi Abdullah,

    Tak salah mengimbas kenangan. Kadangkala kenangan itu boleh membawa kita menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa.

    BalasPadam
  20. Mizz Aiza,

    Ya betul tu, harap-harap dengan pemberian susu ni, murid sekarang lebih aktif dan produktif.

    BalasPadam
  21. salam TI..setiap hari anak kembar saya pun dapat susu.kadang2 diorang bawa balik,saya sejukkan dalam fridge.dan anak yang tadika minum.suka tengok iklan kat tv cara2 minum susu ni.mudah faham ^^

    BalasPadam
  22. aLeaSaRa,

    Waalaikumusalam, ya iklan di TV juga membantu.

    BalasPadam
  23. ala seronoknya dapat susu nie, teringt waktu sekolah dulu, dulu siapa kalau dapat no satu kat kelas dapat extra satu :)

    BalasPadam
  24. Aku Penghibur,

    Baguslah. Dapat menjadi pembakar semangat untuk rajin berusaha.

    BalasPadam
  25. Untungnyaa budak2 sekarang. Semua dapat susu free. Zaman saya dulu budak2 RMT je yang dapat. Huhu~

    BalasPadam
  26. Aida Ismail,

    Alhamdulillah, rezeki mereka.

    BalasPadam
  27. hee..ingat dulu waktu sekolah rendah dapat susu kotak free..=)

    BalasPadam