Assalamualaikum semua. Syukur alhamdulillah, hari ini masih kita diberi kesempatan untuk menghela nafas dalam bulan Ramadan yang mencecah 20 hari kiraannya.
Pada hari ini juga sekolah saya telah melancarkan Program Patriotik sempena Bulan Kemerdekaan yang akan menjelma tidak lama sahaja lagi.
Seperti biasa, pelancaran ini melibatkan persembahan murid dan nyanyian lagu patriotik sambil mengibar bendera.
Sewaktu acara pelancarannya itu tadi satu simbolik telah dilakukan yang mana guru besar telah melepaskan tiga ekor burung yang berada di dalam sangkar (saya tak sempat nak ambil gambar).
Melalui program ini pelbagai aktiviti yang dirancang. Antaranya, deklamasi sajak, pertandingan melukis poster, pertandingan menghias kelas, pertandingan pantomin, pertandingan menghias kereta, basikal dan motosikal dan beberapa aktiviti lagi.
Diharapkan melalui program ini dapatlah memupuk sikap cintakan negara dalam kalangan murid. Sememangnya sekolah menjadi medan terbaik untuk mengasuh dan membentuk jati diri murid sejak dari kecil lagi.
P/S: Kerana saya guru kelas, murid sudah bertanya bila nak hias kelas?
syok kan ada program macm nie...dlu slalu join masa jadi cikgu ganti..:)
BalasPadamMemang seronok kalau ada program macam ni. Murid sudah tentu akan menyertainya kerana ada hadiah akan diberikan.
PadamProgram yang bagus untuk mendidik anak bangsa cintakan negara. Jangan lupa menonton tayangan filem Tanda Putera 29 Ogos nanti.
BalasPadamYa, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
PadamInsya-Allah, terima kasih maklumannya.
masa kecik dah didedahkan dengan semangat patriotisme..bagus ni
BalasPadamMoga mereka ini menjadi pewaris negara yang sanggup mempertahankan negara.
Padamsekolah saya belum lagi. tak tau bila. bendera pun belum pasang lagi
BalasPadamTak lama lagi la tu ustaz. Mesti akan ada juga.
PadamBagus buat program macam ni.. ayah kak Erin pun seorang guru besar.. boleh nak suggest kat dia untuk adakan program macam ni di sekolahnya..
BalasPadamRasanya semua sekolah akan buat macam ni. Cuma yang bezakannya meriah atau sederhana saja.
PadamSalam merdeka..bukan mengibarkn bendera sahaja..tpi kita kena tahu juga sejarah tanah melayu kita..mcm mana kita beroleh kemerdekaan kn cikgu..=D
BalasPadamSalam kemerdekaan...Ya, setuju sejarah itu tetap perlu dipelajari dan difahami.
Padamnmpak semangat je semua =) he3..smgat kemerdekaan..
BalasPadamMereka semua ni memang bersemangat. Bukan main lagi mereka kibar Jalur Gemilang.
Padamprogram sebegini patut dilaksanakan untuk mengingati sejarah. :)
BalasPadamMoga apa yang dilaksanakan mampu menyemaik kecintaan murid terhadap negara. Bukan sekadar untuk berseronok-seronok.
Padamcomelnya ... ceq dulu sek rendah kalo ad prog gini selalu ceq masuk ptandingan melukis n of coz lah ceq dpt no 1... hehe seronok jdi budak2, semangat je smbut merdeka...
BalasPadamMemang berbakat Cik YuYu ni.
Padamsemangat.. masa sek dulu fiza selalu join sajak patriotisme .. berlakon.. kebudayaan.. seronok.. hehehe
BalasPadamMereka kalau bab-bab macam ni memang bersemangat. Oh, penyajak jugalah ni. Tahniah!
Padamdulu je encik Helmi .. heheh =) sekarang dah malu.. hehhe
PadamSaya hanya pandai menulis sajak tapi tak pandai nak deklamasikannya.
Padamsokong program cm gini :) acik suka betul :) kat sekolah dulu acik mmg join pertandingan yang di anjurkan pada bulan merdeka :) pernah menang karangan merdeka
BalasPadamNampaknya samalah kita. Saya juga pernah menyertai pertandingan menulis esei kemerdekaan, tapi di sekolah menengah la. Alhamdulillah, dapat tempat pertama.
Padamawal jgk yer dh lancar :) moga bakal-bakal penyambung generasi ini mampu sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab menyanyangi Malaysia.amin ^^
BalasPadamAmin.
PadamPelancarannya sahaja, segala aktiviti akan dilaksanakan selepas cuti raya nanti. Jadi pada waktu itu hanya berbaki 2 minggu sahaja.
bukan suatu yg mudah sebenarnyer... !
BalasPadamYa, proses pembentukan ini bukan sesuatu kerja yang mudah. Namun, segala-galanya bermula dengan langkah pertama.
Padamhuhu..biasanya jie jdi pnonton je
BalasPadamPenonton yang bersemangat dan menghargai segala apa yang diberikan atau dipersembahkan oleh kawan-kawan juga suatu sikap yang baik.
Padamsemangat cintakan negara elok dipupuk sejak kecil..
BalasPadamYa, betul tu Aiza. Segalanya bermula dari kecil.
Padamseronok juga jadi cikgu kelas ye...hamba sememangnya minat untuk menghias kelas dan sebagainya ni
BalasPadamHhehehe, saya ni tak kreatif. Tak tahulah macam mana nanti nak hias kelas.
PadamWahh teruja ya nak sambut Hari Merdeka. Apa lagi cikgu, cepat2 la hias kelas tu ^^
BalasPadamHuhuhu... saya ni tak kreatif. Dah cakap dengan murid, lepas raya kita hias. Tak tahulah apa nak jadi kelas tu nanti.
Padam