Assalamualaikum semua. Moga sihat dan dapat meneruskan ibadah puasa yang sudah menjengah hari ke 22 ini. Sedar tak sedar, kita sudah berada di hujung Julai. Esok, akan melangkah kita ke bulan baharu, Ogos 2013.
Menyentuh tentang bulan Ogos, alhamdulillah karya saya berupa cerpen telah terpilih untuk disiarkan di majalah JELITA. Dengan mempertaruhkan judul MAKBUL DI PAGI LEBARAN, sudah tentulah kisahnya berkisar pada hari raya.
Cerpen ini telah lama saya tulis. Namun rezeki untuk melihat cerpen ini tersiar cepat tidak kesampaian hinggalah cerpen ini tersiar di majalah Jelita setelah dimurnikan semula. Sememangnya rasa gembira itu cukup dirasai setelah berhempas pulas menulis dengan penuh kesungguhan, walaupun melalui jalan yang agak panjang dan berliku. Terima kasih kepada editornya yang memilih cerpen ini.
kredit foto dari FB Jelita |
Melalui cerpen ini saya tidak banyak menghadirkan plot yang komplek dan dramatik. Namun perjalanan plot ini sekadar diselitkan dengan unsur kesamaran menjelang hari raya. Sememangnya banyak perulangan kata yang saya lakukan dengan sengaja untuk menimbulkan kesan keterujaan. Barangkali ada yang menganggap cara begini membosonkan, namun saya masih percaya bahawa perulangan itu memaparkan kelainannya.
Ingin mengetahui apakah yang terjadi dalam penantian ini ikutilah kisah seterusnya dengan mendapatkan cerpen ini di majalah Jelita, yang berharga RM7.00.
tahniah. duit raya tu.
BalasPadamUstaz, tak ada duit raya. Mulai tahun ini Jelita dah tak bayar honorarium setiap karya yang diterbitkan.
Padamwah!! tahniah ye cikgu..Alhamdullilh karya cikgu terpilih dan disiarkn pada bulan ramadhan ni..insyaAllah nanti bila senang2 zara akn cri majalah tu..insyaAllah..=)
BalasPadamSama-sama. Terima kasih kerana berminat untuk membaca karya saya.
PadamTahniah! Kejayaan tuan menjadi inspirasi buat saya untuk turut menulis. Sekarang saya sedang membelek kumpulan cerpen SM Zakir. Memang mengujakan. Seperti kena dengan jiwa saya ini.
BalasPadamSiapakah pula sasterawan pujaan saudara?
Kumpulan Cerpen? Tajuknya apa? Bidadari Burung ke? Buku ini pernah saya ulas dan tersiar di Mingguan Malaysia.
PadamSM Zakir sememangnya karyanya dalam kelas tersendiri.
Saya sangat mengagumi Allahyarham Azizi Haji Abdullah.
tahniah..:)
BalasPadamtahniah diucapkan.. :D
BalasPadamTerima kasih ucapannya.
Padamalhamdulilah :) tahniah... mesti best .. nak bace juga
BalasPadamTerima kasih. Oh, biarlah pembaca yang menilainya. Silakan.
PadamJika sentiasa berusaha, pasti akan berjaya jua akhirnya. Tahniah cikgu...;)
BalasPadamAlhamdulillah, Allah SWT memberi keberkatannya kepada usaha saya. Terima kasih.
Padamharith iskander :D
BalasPadamYa, kulit luarnya Harith Iskandar.
PadamTahniah tahniah tahniah
BalasPadamTerima kasih, terima kasih, terima kasih.
PadamTahniah cikgu kerana karya terpilih...teruskan berkarya
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah selagi dikurnikan ilham dan kesihatan yang baik saya akan terus menulis.
Padammama sokong cikgu!!.... teruskan.
BalasPadamTanpa berbelah bagi mama menyatakan begitu, terharu saya. Terima kasih ya.
PadamNampaknya kena beli majalah ni setiap bulan utk membaca hasil karya helmi..tahniah..teruskan menghasilkan karya yang hebat2 semoga menjadi penulis yg hebat.
BalasPadamTerima kasih kak zam. Oh, masih banyak yang perlu saya pelajari.
PadamTahniah mi..teruskan berkarya ya
BalasPadamTahniah ...,seorang penulis yg penuh kreativiti
BalasPadamOh, kreativiti kurniaan Ilahi.
PadamAssalamualaikum.
BalasPadamSeronoknya bila melihat karya sendiri terpilih untuk dipaparkan dalam majalah sperti ini..tahniah ya helmi ^_^
Waalaikumusalam,
PadamTerima kasih. Ya, sememangnya saya berasa puas apabila karya terbit dan dibaca pula oleh pembaca.
Tajuknya jer dah menarik. Cikgu ada terbitkan novel ke? Sebab sy suka baca karya2 dari cikgu.
BalasPadamKadangkala susah juga hendak memberi tajuknya. Tapi, kalau dah Teena cakap menarik, alhamdulillah. Terima kasih ya.
PadamOh, saya tak tulis novel. Tapi dalam proses penerbitan kumpulan cerpen. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan dah terbit nanti saya akan maklumkan di sini.
tahniah encik helmi =) hehehe.. alhamdulillah =)
BalasPadamAlhamdulillah, rezeki. Terima kasih ya. Tak perlulah berencik-encik dengan saya, panggil Cikgu Helmi pun dah cukup.
Padammabruk alaika :)
BalasPadampeh dpt duit ni..sedekah2 sikit la..hehe
BalasPadamTak dapat duit raya pun. Sebab Jelita dah tak bayar honorarium.
Padammacam mana sahabat tahu cerpen dan penulisan sahabat yang lain keluar majalah yer??
BalasPadamOh, kenalah rajin membelek majalah atau media tersebut. Selalunya editor tidak maklumkan. Kena usaha sendiri. Pernah juga kena marah dengan pekedai, kerana belek majalahnya.
PadamTahniah, cikgu! Teruslah berkarya. Cuma, Kak Long berasa ralat sedikit. Kenapa ya, tiada karya sajak sejak kebelakangan ini dalam majoriti majalah wanita? Hmmm ...
BalasPadamTerima kasih Kak Long. Saya pun kurang pasti. rasanya yang masuk konsisten menyiarkan sajak ialah majalah Wanita dan Harmoni. Yang lain sudah tidak kelihatan. URTV sudah lesap terus. Jelita kadang-kadang.
PadamTahniah cikgu! Kena beli ni..semata-mata nak baca karya cikgu :)
BalasPadamTerima kasih. Terharu saya dibuatnya ada peminat macam ni.
PadamTahniahhhhh !! nak menulis jugak lah ... antaq resepi kat majalah ... hehe
BalasPadamTerima kasih. Bolehlah cuba, mana tahu tersiar.
Padamtahniah bro krane terpilik..kongsi la dkat sini gak.
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah.
Padam