kredit foto dari kuali.com |
Alhamdulillah, semuanya dapat berbuka dengan hidangan yang disediakan. Tidak kisahlah sama ada juadah itu dimasak sendiri, beli di bazar atapun ada jiran tetangga yang menghantarnya.
Sebut tentang bulan Ramadan, pasti bubur lambuk turut disebut sama seolah-olah bubur lambuk tidak dapat dipisahkan pada waktu ini. Namun begitu, di kampung saya (Simpang Empat, Kangkong-Alor Setar, Kedah), kami tidak menyebut bubur lambuk sebaliknya kanji. Tidak tahulah mengapa dipanggil begitu. Adakah ada perbezaan antara kedua-dua juadah ini.
Selain dua nama ini adakah ada nama lain?
Pasti yang membuatkan bubur lambuk atau kanji itu sering disebut-sebut kerana resipinya yang istimewa. Jika anda peminat setia bubur lambuk tentu anda tahu di mana tempat yang menyediakan bubur lambuk yang sedap dan anda tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkannya.
Setahu saya, bubur lambuk atau kanji akan disediakan secara bergotong-royong di masjid, surau ataupun balai raya. Kemudian, bubur lambuk ini akan diagihkan kepada sesiapa yang berminat.
Pernahkah anda melihat bubur lambuk di jual di bazar Ramadan?
belum pernah lagi rasa bubur lambuk .... mesti sedapkan ...
BalasPadamKalau yang suka makan bubur tu, sedaplah.
Padamkanji tuh kalau kat tempat saya hanya dipanggil pada waktu biasa, hanya waktu2 bulan ramadhan atau dimasak secara banyak baru dipanggil bubur lambuk... kah3.. boleh tak macam tuh?
BalasPadamBoleh juga tu. Kalau banyak dipanggil bubur lambuk ya. Tapi, tempat saya tu, buat banyak pun tetap dipanggil kanji juga.
PadamKalau kt sp nie xdak lg la.. selalu p ambik kt masjid ja.. hehehe
BalasPadamEh tp sama ka bubur lambuk ngn kanji..kanji tue bukan moi ka..
Selalunya dekat masjidlah depa buat. Lepas tu edar dikawasan terdekat.
PadamMoi, dia pekat sikit. Kanji cama cair lagi.
bubur lambuk kurang minat...sy suke bubur tepung@bubur pulut hitam...hehhehee...
BalasPadamOh, ya ke. Ayah saya paling suka bubur pulut hitam.
PadamApabila saudara berkata begitu, baru saya perasan. Selama ini kita dapatkan percuma dari surau ataupun daripada jiran tetangga. Teringat pula bubur lambuk edaran di UPM. Sedap!
BalasPadamBetul tu, bubur lambuk biasanya diedar secara percuma di masjid.
PadamOh, sewaktu di UPM dulu tak sempat pula nak merasa bubur lambuknya.Rugikan!
kanji tu bermaksud bubur lambuk ye cikgu ?
BalasPadammana dapat perkataan kanji ??
Saya pun kurang pasti, tapi di tempat saya memang dipanggil kanji. Bubur lambuk tu macam panggilan orang bandar.
Padamada kot sekali pernah nampak orang jual bubur lambuk, tapi jarang orang jual bubur lambuk nie yelah masjid kebiasaannya atau organisasi tertentu mesti bagi bubur lambuk percuma..
BalasPadamYa betul tu. Jarang nampakkan. Sebab bubur lambuk ni orang bagi percuma saja. Harap-harap bila dah dapat percuma janganlah membazir. Kena makan bagi habis.
Padamorang sebelah utara semenanjung panggil kanji...
BalasPadamYa, memang panggil kanji.
Padamngee,,kenapa kat bazar Ramadhan xdek jual plak??tempat saya ada je.huu
BalasPadamSelalunya bubur lambuk ni, diedarkan secara percuma.
PadamMungkin di sesetangah tempat yang ada jual dan sebaliknya.
Betul tu cikgu..selalunya mereka bergotong -royong..pastu bgi pada sesiapa yg nak..=)
BalasPadamTengok, betapa beruntungnya kita dikurniakan bulan Ramadan ni kan. Contohnya dalam gotong -royong buat bubur lambuk ni. Boleh bekerjasama, mengeratkan silaturrahim dan berkongsi makanan.
PadamAlhmdullilh..beruntunnya kita menjadi umatNYA..=)
PadamSEdapnya buboq lambok, dah lama tak makan, cikgu try lah buat tao... hihi :D
BalasPadamTak pandailah nak buat. Lagipun malas, hehe
Padampernah tengok orang jual masa ramadhan tahun lepas.. tahun ni tak jumpa lagi orang jual.. aiza tak merasa makan bubur ni ramadhan tahun ni..
BalasPadamSaya pun belum merasa lagi tahun ni. Balik kampung nilah, insyaallah dapat kot.
Padamxpernah makn bubur lambuk..huhu
BalasPadamBoleh cuba lepas ni, mana tahu terpikat. Boleh tinjau di masjid yang ada edar bubur lambuk. Takpun, boleh cuba buat sendiri.
Padamnampak sedap la, >.< tp blm pernah rasa lagi bubur lambuk..
BalasPadamKalau tengok dah sedap, apa lagilah kalau makan ye. Bolehlah cuba lepas ni.
Padamyg dijual di pasar ramadhan tu rasa nyer agak kurang sebb dah dikomersialkan... buat sendiri la senang hehehe puas hati lagi
BalasPadamSetuju. Kalau yang jual tu mereka buat ala kadar je. Ramuan dia pun tak seberapa. Lebih puas kalau buat sendiri.
Padamselalu jugak tengok bubur lambur ni.. tapi, tak makan pun hee
BalasPadamKalau makan hari-hari jemu juga kan.
Padam2 2 maksud sama, macam MJ lebih kepada kanji jugak ;D
BalasPadamIngatkan saya ni dah salah. Betullah kan. Kanji dengan bubur lambuk tu sama.
Padamaha~ betul...krole ada juga sahabat dari sana...dia pnah ceta benda ni kat krole...walhal menu yang sama..besa r tu kan bro~ bestnye bubur lambuk bla campur nga bilis goreng pergh!
BalasPadamSelalunya kalau di tempat saya, ada satu lagi masakan dipanggil moi. Selalunya moi kalau nak sedap, kami letak bilis goreng yang ditumbuk. Sedap.
Padamtempat saya panggil bubur lambuk, dan ini antara hidangan wajib keluarga saya apabila menjelang bulan puasa.sy tak tahu pulak nama lain bubur lambuk tu bubur kanji..
BalasPadamDi tempat saya panggil kanji. Mungkin lain tempat lain namanya.
Padamsaya tak suka bubur lambuk. tak masuk dalam selera
BalasPadamItulah keunikannya cipta Allah SWT ni. Ada perbezaannya antara satu sama lain.
Padamsedapnya bubur lambuk...kalau kat sarawak biasanya org bagi sedekah kat masjid masjid...
BalasPadamSamalah di Semenanjung, kebanyakan masjid memberi secara percuma. Modalnya mungkin dikutip daripada kariah setempat.
PadamSedap! Kalau resipi yang istimewa dimasukkan dengan udang kering, dan beberapa ramuan lagi memang sedap. Tapi kalau yang kosong saja, kurang sikitlah.
BalasPadamwahhh tadi baru mkn bubur lambuk berbuka di masjid
BalasPadamYa ke. Saya belum berkesempatan untuk menikmatinya.
Padamsejak berpuasa nin belum pernah mama makan bubur lambuk tau..
BalasPadamSaya pun. Balik kampung ni kot dapatlah makan.
Padamslalu je tgk org bahagi2 bubur lambuk kat masjid..tapi xprnah pn ambik..
BalasPadamBagi saya kalau kita tak berapa suka sangat makan, lebih baik jangan ambil kan. Bagi yang betul-betul suka makan. Nanti, takut makan tak habis, membazir saja dibuangnya.
PadamHari kedua puasa dah teringin bubur lambuk...beli kat bazar Ramadhan. Puas hati dgn rasanya. Di kampung saya pun ada yg memanggilnya kanji.
BalasPadamBetullah apa yang saya katakan itu kan. Ada yang panggil kanji.
Padamowh mak mertua kat perak pun panggil bubur kanji.kalau moi tu yang bubur nasi biasa tu hah.masa mula2 kawin,memang blur sebab dah namanya bubur lambuk,awat disebut bubur kanji he3..kak lea cukup suka bubur lambuk.makan waktu berbuka dan sahur..pekena pulak dengan serunding atau sambal ikan bilis..nanges he3..
BalasPadamYa, moi tu bubur nasi biasa. Kalau kanji atau bubur lambuk dia macam ada kuih atau cair sikit.
PadamHa... kalau makan dengan bilik goreng atau sambal memang sedap.
bagi papachef; kanji atau bubur lambuk sebenar satu jenis makan yang sama yang berasaskan bubur. cuba di utara tanah air kita, bubur lambuk dipanggil kanji mungkin perkara ini berkait rapat dengan kejadian nasi itu sendiri, apabila dimasak dengan air yang banyak akan mengeluarkan kanji. apa pun namanya bubur lambuk memang sedap dimakan..terutamanya kalau dapat free
BalasPadamYa, memang sama. Oh, terima kasih berkongsi.
PadamSudah tentu dan bila dapat free janganlah kita membazir. Makan sampai habis.
Saya suka betul makan bubur lambuk ni. Kat bazar ada je jual. Tapi kalau masak sendri rasanya lagi puas makan. Hehe.
BalasPadamSudah semestinya, kalau masakan sendiri itu lebih sedap.
Padam