Alhamdulillah, artikel saya yang berjudul TRANSFORMASI DALAM PENDOKUMENTASIAN HASIL PENULISAN telahpun terbit di Dewan Bahasa, Mei 2013. Terima kasih kepada editor yang menyiarkannya. Walaupun, "seksa" untuk menulis sebuah artikel, tetapi nikmatnya amat berganda-ganda. Namun begitu, sesekali tidak menyerikkan saya untuk terus menulis artikel.
Dalam artikel ini saya ada menyentuh tentang transformasi mendokumentasikan hasil penulisan. Bermula dari zaman menulis di atas batu, hinggalah kini, di blog dan diterbitkan pula dalam bentuk buku. Saya mengambil contoh, buku Nisah Haron menerusi buku kembara sasteranya yang merakam perjalanan dan peristiwa di United Kingdom.
Kepada pembaca yang berkeinginan untuk membaca artikel saya sudilah beli. Banyak lagi artikel menarik dan bermanfaat untuk ditelaah menerusi majalah ilmu ini.
Selamat membaca!
Tahniah cikgu. Teruslah berkarya :)
BalasPadamTerima kasih Kak Long. Rindu rasanya hendak baca komen daripada Kak Long.
BalasPadamAlhamdulillah, rupa-rupanya blog yang saya senaraikan itu ada virus. Jadi bila saya buang blog itu dah kembali ok blog saya.