Alhamdulillah, sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan tanpa jemu pasti mendapat imbalan yang setimpal daripada Allah SWT. Itulah yang boleh saya gambarkan, apabila dua buah karya saya iaitu cerpen dan ulasan buku yang tersiar di Berita Harian (BH) dan Mingguan Malaysia semalam.
LAFAZ NIAT SEORANG USTAZAH adalah dahwah atau sedikit ilmu yang hendak saya kongsikan dengan pembaca terutama untuk kaum Muslimah. Itu tidak bermakna kaum lelaki (suami) boleh lepas tangan kerana peranan ini juga haruslah sama-sama dipikul. Saya tampilkan watak Ustazah Hamimah sebagai penggerak cerita. Sebelum kejayaan dicapai pasti ada halangannya. Bertambah manisnya lagi setelah perjuangan itu menuju kejayaan. Kepada pembaca yang telah membaca cerpen ini bolehlah memberi ulasan. Saya terima seadanya.
Untuk ulasan yang berjudul MENGHAYATI SENGSARA DAN KEMANUSIAAN pula adalah manisfestasi daripada sudut pandang pembacaan saya. Apa-apa yang saya tulis ini bukanlah memberi makna keseluruhan dan tidak bermakna juga wajah keseluruhan isi kumpulan puisi tersebut. Setiap pembaca boleh mentafsir dari kaca mata sendiri. Walau bagaimanapun, sememangnya kumpulan puisi ini perlu dihayati dengan hati nurani.
Selamat membaca!
Saya baca cerpen ni semalam. Hebat!Dengki pula rasanya. haha. Bila pula giliran saya nak tembusi media akhbar.. :)
BalasPadamTerima kasih saudara Wanariahamiza. Cerpen ini sekadar yang mampu saya tulis.
BalasPadamDengki yang membina, sangat digalakkan. Cabaran kepada diri sendiri.
Pasti, usaha yang tanpa jemu akan membuahkan hasil.
Haa su dah ketinggalan! Tak baca lagi karya bang helmi itu. Huhu. Tahniah!
BalasPadamSetuju dengan kata-kata bahawa setiap yg berusaha dengan ikhlas pasti dapat ganjarannya.
Ya ke ketinggalan Sue... Tak apa mungkin ada kawan-kawan yang beli, boleh pinjam.
BalasPadamTerima kasih. Masihlah kita sama-sama memartabatkan dunia penulisan ini.
Teruskan berusaha!