Pada hujung minggu yang lalu saya berkesempatan ke Jalan Tunku Abdul Rahman bersama seorang kawan. Apabila berada di sana, saya tidak akan melepaskan peluang untuk memasuki kedai buku. Kebiasaannya di kedai buku bahagian novel menjadi sasaran pengunjung. Begitu juga dengan saya. Walau bagaimanapun, saya sekadar memerhati lambakan novel popular yang berada di setiap kedai buku yang saya masuki. Namun tidak menarik perhatian saya untuk membelinya.
JALAN RETAK dan ANTARA KABUS KE KABUS merupakan buku yang sudah lama saya cari. Tidak sangka pula jumpa di sini. Di tangan A. Samad Said kedua-dua buku ini tampil berbeza untuk dibaca bukan sahaja kepada kanak-kanak, sebaliknya remaja mahupun orang dewasa.
Buku yang dicetak semula oleh PTS ini sememangnya mengujakan dengan reka bentuk kulit yang lebih segar. Kandungan di dalamnya juga turut dimasukkan gambar untuk memudahkan dan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada kanak-kanak yang membacanya.
Buku ini sesuai dicadangkan kepada anak-anak kita untuk membacanya
Cemburu!
BalasPadamJamilah, jika cemburu, ayuh dapatkannya.
BalasPadamSaya baru sahaja memesan buku terbaru lagi. Pertama kali beli buku melalui pesanan.
Gila sungguh saya dengan buku.
assalamualaikum,
BalasPadamjika berminat un tuk mendapatkan buku-buku terbitan dewan bahasa dengan kadar diskaun menarik, sila emel saya ke saifulnazaree@gmail.com. kadar diskaun diberikan hanya untuk transaksi tunai sahaja