Koleksi Karya

Isnin, 4 Mac 2013

Cerpen: Dalam Lingkungan Hantu di Dewan Budaya


Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memperkenankan doa saya. Cerpen yang berjudul DALAM LINGKUNGAN HANTU telah disiarkan dalam Dewan Budaya, Mac 2013. Hampir tiga bulan lebih saya menunggu untuk melihat cerpen ini disiarkan. Terima kasih kepada editornya yang memberi peluang kepada penulis muda seperti saya ini.

Saya bermula dengan Tunas Cipta, Dewan Siswa. Kemudian artikel saya disiarkan di Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa (artikel, puisi, cerpen, komentar bahasa), Dewan Sastera (puisi, surat kepada editor) kini, akhirnya Dewan Budaya. Saya masih menaruh harapan untuk melihat cerpen saya disiarkan di Dewan Sastera.

Usaha itu tidak pernah menemui jalan buntu dan putus asa. Saya akan tetap berusaha untuk menghasilkan karya yang lebih baik.

Dah lama tak menulis cerpen mahupun puisi. Sekarang suka pula menulis artikel. 

9 ulasan:

  1. Tahniah berganda cikgu, ada dua lagi tak silap Kak Long artikel, tersiar dalam sebuah lagi majalah terbitan DBP. Tempoh hari sempat melihat kelibat karya cikgu. Kalau tak silap, Pelita Bahasa. Ada berita bahasa dan artikel. Kalau Kak Long tak silaplah :) Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  2. Tahniah juga untuk resensi buku di Mingguan Malaysia

    BalasPadam
  3. Terima kasih, Kak Long.

    Itulah saya pun baru perasan sebab broadband saya ke block. Malam tadi baru boleh online.

    Alhamdulillah. Sama-samalah kita berkarya!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Jamilah.

    Rupanya ada yang perasan.

    BalasPadam
  5. Jamilah, cubalah hantar ulasan buku anda.

    BalasPadam
  6. Tahniah bang Helmi! Bagimana dengan pengisian dalam cerpen untuk siaran dalam Dewan Budaya ya?

    BalasPadam
  7. Terima kasih, Sue.

    Oh, Abang tak dapat memberi gambarannya dengan jelas. Perlu baca cerpen yang pernah tersiar di sini. Itulah yang abang buat.

    Namun, tema utamanya menjurus kepada budaya.

    BalasPadam
  8. Terima kasih Haniff. Anda harus mencuba.

    BalasPadam