BONUS BULAN MADU merupakan cerpen saya yang disiarkan di Harmoni, 15-30 Mac 2013. Cerpen ini sudah lama saya tulis. Dan berkali-kali juga saya edit dan murnikan. Hinggalah yang dapat dibaca di Harmoni. Entahlah ini versi yang ke berapa. Namun ada hikmahnya juga. Rasanya versi ini lebih baik daripada yang awal saya tulis dulu. Saya fikir cerpen ini terpilih kerana bersesuaian dengan keluaran edisi khas perkahwinan Harmoni. Terima kasih editornya.
Cerpen ini saya tulis, setelah saya membaca artikel tentang Skim Bonus Bulan Madu di Harian Metro sekitar tahun 2010 ataupun 2011 kalau tak salah. Saya menjadikan artikel tersebut sebagai rujukan. Kredit kepada wartawannya yang telah mencetuskan ilham untuk saya menulis cerpen ini.
Untuk rekod, ini merupakan cerpen kedua saya di Harmoni untuk tahun ini.
Untuk rekod, ini merupakan cerpen kedua saya di Harmoni untuk tahun ini.
Wah! Tahniah!
BalasPadamTerima kasih Sue.
BalasPadamMoga sama-sama kita terus menulis.
*Masih mencuri masa untuk menulis cerpen terbaru.
Tahniah, cikgu. Teruslah berkarya!
BalasPadamTerima kasih Kak Long.
BalasPadamTahniah untuk pelancaran buku 10 penulis wanita. Hebat!
BalasPadamTahniah untuk karya di harmoni. Untuk tahun 2013, masih belum ada karya saya yang menembusi media. Hehe.
Saya ada satu soalan. Untuk cerpen di harmoni, berapakah jumlah patah perkataan yang ideal untuk disiarkan? Teringin juga nak tahu.
Terima kasih, Syukri Sapuan.
BalasPadamWah, penulis Kembara ITBM datang ke blog saya. Terujanya. Tahniah ya, bukan senang nak terpilih.
Untuk cerpen sekitar 1400-1500 patah perkataan. Saya pernah menulis hingga 1600 lebih tapi disunting kerana tidak cukup ruang.