Bilik darjah merupakan kawasan atau tempat yang digunakan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran. Secara asasnya, di dalamnya terdapat papan hitam, meja murid, meja guru, kerusi, papan kenyataan, kipas dan lampu.
Maka, kepentingan dalam pengurusan bilik darjah amat penting untuk menyediakan prasarana yang baik dalam usaha menyediakan persekitaran yang selesa semasa proses P&P berlangsung.
Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan utama dalam menyediakan bilik darjah yang selesa agar murid dapat belajar dengan selesa dan mudah serta mampu merangsang mereka untuk menimba ilmu dengan lebih berkesan. Perhatikan bilik darjah ini. Bilik darjah ini merupakan bilik darjah untuk tahun satu.
saya tak sangka ada seorang penulis di sekolah. Sebelum cikgu lapor diri saya dah baca profil cikgu. pada hari gpk 1 umum nama cikgu saya terkejut.saya teringin sangat nak bersembang dengan cikgu cerita pasal sastera sebab sekarang saya sedang buat kajian tentang cerpen saadiah ibrahim. Tapi minggu ni sangat sibuk dengan fail kssr. Minggu depan saya cuti 2 minggu pergi penang. Jika cikgu dapat realif kelas saya bimbingla anak-anak saya ye..sebab ada yang tidak mahir membaca lagi..
BalasPadamSaya lagi tak sangka ada guru di sk batang kali menjengah blog saya. Terima kasih cikgu kerana membaca profil saya.
BalasPadamMaaf cikgu, saya belum dapat mengenali dan mengigati nama cikgu-cikgu di sekolah. Rasanya ambil masa sedikit.
Sebenarnya, saya masih baru belajar menulis. Masih banyak yang perlu dipelajari. Jika saya mampu bantu, saya akan bantu. Saya harap cikgu juga dapat bagi tunjuk ajar terutama dalam pengajaran.
Insyaallah, saya akan cuba yang terbaik.