Koleksi Karya

Khamis, 3 Januari 2013

Cerpen: Pinang Nan Sebatang di Harmoni


Lembaran baharu 2013 dibuka dengan penuh takzim dan kesyukuran apabila cerpen yang saya tukangi sewaktu cuti sekolah dahulu mendapat tempat di Harmoni dengan judulnya PINANG NAN SEBATANG.

Cerpen ini sudah tentulah mengambil pokok pinang sebagai subjek ceritanya. Namun, perkisahannya bukan semata pokok pinang sebaliknya, falsafah yang hendak disampaikan adalah perjuangan dan pengorbanan. Selain, keazaman seorang pelajar di tahun baharu dan kasih sayang seorang nenek. Serta, benarkah wujudnya lagi penindasan terhadap golongan 'miskin@orang kampung' ini?

Jadi untuk mengetahui siapakah yang berjuang dan siapakah yang berkorban dan terkorban, dan apakah yang terjadi kepada Adin, anda harus membacanya di Harmoni (Harapan saya beli dulu baru baca, nanti tidaklah dikejar oleh tuan punya kedai itu).

*Aduh, susahnya hendak memulakan semula penulisan setelah kembali ke tempat baharu ni. Beberapa buah cerpen yang saya lakarkan (dalam fikiran dan sekerat jalan sudah tulis) belum mampu dilunasi. Peluang penulisan artikel sudah ada, tapi belum bersedia (mental, fizikal dan bahan rujukan) untuk menulis. Harap-harap sempat. (Semuanya bergantung pada diri sendiri).

14 ulasan:

  1. Tahniah Abang Helmi. Hadiah Tahun Baharu! Saya juga begitu, ada beberapa buah cerpen yang hanya siap separuh jalan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Fathul.

    Huhu, entahlah moga cepat-cepat dapat kembali kepada kondisi asal. Walau bagaimanapun kerja di sekolah perlu diutamakan. Mungkin dah tak boleh serancak tahun lepas lagi.

    BalasPadam
  3. Tahniah. Pembukaan yang baik untuk 2013.

    Nampak lebih 'cerah' blog ini dengan wajah baharu.

    BalasPadam
  4. Malam tadi saya menulis bermula pada jam 1.00 pagi dan selamat tamat pada jam 4.00 pagi. Saya rasa waktu itu, ilham dan ideanya meluncur. Syukur, dipermudahkan segala hal waktu itu.

    Dan, hasilnya selamat dihantar ke kantung emel editor. Tetapi, tidak tahu nasibnya bagaimana.

    Ya, benar juga! Kerja di sekolah perlu diutamakan juga. Saya juga sekarang sedang sibuk dengan segala tugasan yang diberikan. Tambahan pula, waktu kuliah semakin padat semata-mata hendak mengejar waktu praktikum April nanti...

    Moga kita sama-sama cekal dan tekal dengan mata pena kita.. :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih Jamilah kerana sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak dan catatan.

    Cerah? Huhu harap-harap begitulah.

    BalasPadam
  6. Wah, Fathul. Tahniah! Cerpen ke? Ke mana? Huhu tak sabar rasanya nak baca nanti. Semoga berjaya.

    Praktikum, semoga berjaya.

    BalasPadam
  7. Tahniah cikgu! Juga tahniah, puisi dalam majalah Jelita Januari 2013. Pembukaan yang baik tu. Teruslah menulis lagi dan lagi dan lagi ...

    BalasPadam
  8. Terima kasih. Ya, cerpen. Saya lebih fokus jika menulis cerpen, walaupun permulaan penulisan saya ialah daripada bidang puisi.

    Insya-Allah jika diberikan ruang dan peluang, nantikan keluarna hujung minggu. Namun, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Jika ada rezeki, alhamdulillah...

    BalasPadam
  9. Terima kasih Kak Long.

    Alhamdulillah, moga terus diberkati.

    BalasPadam
  10. Saya akan nantikan, Fathul. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  11. Tahniah Saudara Helmi. Saudara memang hebat dalam menulis cerpen. Kagum dengan kebolehan saudara. Saya juga sedang menyiapkan sebuah cerpen tetapi terhenti sekerat jalan. Semoga di permudahkan.

    BalasPadam
  12. Kehebatan itu tidak tercipta sendiri. Pengalaman mematangkannya. Saudara Efandi juga bakal mengikutinya. Teruskan berusaha.

    BalasPadam
  13. Terima kasih sekali lagi. Moga cerpen ini memberi inspirasi dan pengguat semanat kepada pelajar sekolah semua.

    BalasPadam