Koleksi Karya

Ahad, 13 Januari 2013

Cerpen: Budi Beruk di Dewan Siswa


Alhamdulillah, BUDI BERUK merupakan cerpen saya yang kedua yang tersiar pada tahun 2013. Cerpen ini disiarkan di DEWAN SISWA. Terima kasih kepada editornya.

Cerpen ini saya tukangi pada tahun lepas. Tiga (3) bulan lebih saya menunggu cerpen ini disiarkan. Akhirnya, rezekinya tetap ada. Cerpen ini memaknakan BUDI dalam pelbagai tafsiran. Jadi sudilah membacanya.

Masih ada kekurangan pada cerpen ini. Saya akan cuba perbaiki dan lebih berhati-hati dalam pemilihan diksi, frasa dan ayat. Pengalamanlah yang dapat mematangkan penulisan seseorang penulis.

Sekian.

*Sewaktu pulang dari rumah kawan, saya singgah sebentar di Jalan Tunku Abdul Rahman semata-mata untuk mendapatkan Dewan Siswa, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Tunas Cipta dan Dewan Sastera sudah dilanggan. Jadi perlu bersabar untuk membacanya setelah pulang ke kampung nanti.

8 ulasan:

  1. Tahniah Cikgu!

    Saya sungguh kagum dengan ketekalan dan istiqamah Cikgu dalam berkarya. Bagi orang yang kuat dan rajin berusaha pasti ada rezeki baginya.

    Saya memerhati fokus adalah kelebihan dan kekuatan Cikgu, dan saya benar-benar ingin mencontohi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudara Jamal Ali. Syukur alhamdulillah. Kerana-Nya saya mampu melakukan segala-galanya.

    Berbesar hati saya apabila semangat itu dapat menjadi contoh kepada orang lain.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu, juga tahniah sajak dalam Tunas Cipta. Teruslah berkarya!

    BalasPadam
  4. Terima kasih Kak Long. Sama-samalah kita memartabatkan dunia penulisan ini.

    BalasPadam
  5. Terima kasih saudara Efandi Yusop yang sudi menjengah blog ini lagi. Terima kasih atas ucapannya itu.

    BalasPadam
  6. Terima kasih kepada Cikgu Hanom yang sudi singgah.

    Alhamdulillah. Rezeki.

    BalasPadam