Koleksi Karya

Selasa, 8 Januari 2013

Artikel: Citra Dialek Kedah dalam Kawin-kawin


Syukur Alhamdulillah, artikel saya berjudul CITRA DIALEK KEDAH DALAM KAWIN-KAWIN telah tersiar di PELITA BAHASA, Januari 2013. Permulaan yang baik bagi saya. Sebenarnya, artikel ini sudah lama saya tulis. Namun, tertangguh. Sewaktu cuti sekolah lepas, saya cuba siapkan dan setelah berpuas hati saya terus mengirimkannya kepada editor Pelita Bahasa. Walau bagaimanapun, saya masih belum melihat artikel ini dalam bentuk bercetak kerana majalah ini belum berada di tangan saya. 

Artikel ini berupa kajian ringkas saya terhadap novel Allahyarham AZIZI HJ ABDULLAH. Novel ini sangat menarik untuk dibaca. Saya melihat dari sudut penggunaan bahasanya yang teradun dalam kepekatan dialek Kedah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah dapatkan majalah ini di pasaran (entahlah, sudah ada ke belum). 

Tahniah juga kepada saudara Mohd Haniff Mohamad Yusoff atas penyiaran dua buah karyanya yang berupa komentar bahasa dan puisi. 

*Masih bekejar untuk menyiapkan beberapa 'kerja penulisan' yang tertangguh. Harap-harap sebelum 28 haribulan ini siap dan dapat dihantar kepada editornya. 

8 ulasan:

  1. Tahniah berganda cikgu! Teruslah menulis, menulis dan menulis. Majalah yang Kak Long langgan belum sampai. Ada karya anak Perlis juga dalam Pelita Bahasa, cikgu Nordin Saad.

    BalasPadam
  2. Tahniah bang Helmi! Karya tahun baru! :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih, terima kasih, terima kasih Kak Long. Begitulah juga, selalunya majalah yang dilanggan sekitar pertengahan bulan baru sampai.

    Tahniah juga kepada Cikgu Nordin Saad.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Sue. Ya, karya tahun baharu. Rasanya, tahun ini hendak lebih tumpukan pada penulisan artikel pula.

    BalasPadam
  5. Terima kasih Bang Helmi. Tahniah juga untuk artikelnya.

    BalasPadam
  6. Sama-sama, Haniff. Terima kasih kembali. Semoga kita terus menulis untuk berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  7. Tahniah juga untuk cerpen "Budi Beruk" yang tersiar di ruangan "Cerpen Dari Siswa" dlm Dewan Siswa Januari 2013...

    BalasPadam
  8. Terima kasih Tuan Abdul Rahman atas makluman itu. Ini merupakan berita yang baru saya terima. Langsung berasa gembira.

    BalasPadam