Koleksi Karya

Selasa, 11 Disember 2012

Ulasan Buku: Kisah Hantu yang Bukan Hantu di Mingguan Malaysia



Setelah mencuba pelbagai genre penulisan, saya harus berani mencuba genre ulasan buku pula. Bak kata seorang penulis yang saya kagumi, "sekali kita mengaku seorang penulis, kita perlulah mencuba sesuatu genre yang belum pernah kita cuba."

Ulasan buku ini berjudul KISAH HANTU YANG BUKAN HANTU. Bukan tajuk asal seperti yang dicadangkan. Ulasan ini saya kira pendek dan kurang puas jika dibaca oleh pembaca. Sepertinya, ada ketergantungan. Namun, saya harus reda setelah ulasan saya itu dipenggal sebegitu rupa. Barangkali keterbatan ruang menyebabkan ulasan saya itu disunting begitu. Tidaklah menjejaskan ulasan secara keseluruhan tetapi alangkah baiknya lagi jika disiarkan secara menyeluruh.

Walau bagaimanapun saya perlu berterima kasih kepada editor yang mengendalikan ruangan ini kerana memberi peluang kepada saya. Selepas ini, insyaallah akan saya usulkan ulasan buku yang lain pula.

Jika ditanya kerana apa saya menulis ulasan buku GUNTING karya MARSLI N.O ini saya akan katakan bahawa semangat buku itu telah merasuk saya untuk menulisnya. Saya sangat berpuas hati membaca kumpulan cerpen ini hingga saya terus memburu karya beliau yang lainnya.

Tahniah kepada MARSLI N.O.

6 ulasan:

  1. Terima kasih Jamilah.

    Sokongan anda sangat diharapkan.

    BalasPadam
  2. Antara tugas Kak Long ialah membuat ulasan buku juga ringkasan ulasan buku. Sebelum ini, Kak Long ingatkan cuma kakitangan akhbar berkenaan sahaja yang buat ulasan buku ni. Kak Long nak tanya, bagaimana caranya menghantar ulasan buku ke penerbitan? Mohon cikgu berikan pencerahan. Terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
  3. Wah ya ke... kalau ke Mingguan Malaysia, Kak Long boleh hantar ke Ku Seman.

    Ni dia emelnya: ku_seman@yahoo.com

    Bolehlah cuba.

    Tahniah untuk puisi Kak Long di Mingguan Warta Perdana.

    BalasPadam
  4. Kulit buku berkenaan perlu diimbas dan kena sertakan sekali ya? Utusan Malaysia tu hanya terima ulasan buku terbitan UPD, DBP dan ITBM saja ka? Haha, Kak Long ni banyak tanya laaa pulak. Errrkkk sajak Kak Long kat MWP tu bila tarikh tersiarnya huhuhu tanya lagi. Lagi satu, cikgu takdak Facebook ka? Kalau ada, bolehlah Kak Long tambah. Hahaha lagi, lagi dan lagi tanya :)

    BalasPadam
  5. Tak mengapa Kak Long. Malu bertanya sesat jalan. Tidak salah saya berkongsi.

    Saya kurang pasti akan penerimaan buku terbitan itu. Rasanya tidak menjadi masalah. Hantar saja ulasannya.

    Saya tak ada facebook lah kak. Blog dan emel (mie_adham86@yahoo.com) saya.

    Saya ada tinggalkan komen di blog akak untuk beritahu puisi yang tersiar di MWP. Alang-alang dh kat sini, tak apalah. Edisi 23 Disember 2012. Saya tak pasti tajuknya, saya tengok begitu saja. Penerimaan kalau tak salah.

    Tahniah lagi kak, puisi akak tersiar di Wanita Januari 2013. Wah, berganda-ganda ya. Dah lama ke hantar puisi ni?

    BalasPadam