Alhamdulillah, saya selamat tiba di rumah semalam pada pukul 7.30 petang. Dari Alor Setar mengikut masa yang tercatat pada tiket 8.45 pagi, tetapi bas bertolak pada pukul 9.30 pagi. Kemudian, mengutip orang di stesen Guar, Gurun dan Sungai Petani.
Setelah sampai di Sungai Petani, orang yang ditugaskan di sana meminta kami turun kerananya bas yang kami naiki itu dikatakan akan ke Ipoh. Astaghfirullah, apa semua ini?
Setelah seorang penumpang membuat 'bising' barulah kami diarahkan semula untuk menaiki bas tersebut. Dari perjalanan Sungai Petani ke suatu hentian, hanya yang berada di dalam bas itu 7 orang termasuk pemandu dan pembantunya. Rasanya mencatat sejarah juga, bas yang saya naiki tidak penuh.
Setelah itu sampai di Pudu Sentral saya bergegas ke Kedai Buku 1 Malaysia. Ingatkan hendak membeli buku terbaru terbitan ITBM, tetapi tidak ada. Hampalah juga. Namun, saya sempat membeli novel Salmi Maja-SAYANG USTAZAH SAYANG dan kumpulan cerpen Hafizul Osman-DIA SEORANG GEISHA.
*Mesyuarat pertama untuk sesi 2013 sudahpun selesai tadi. Menanti pula pada 31 Disember 2012 sesi pendaftaran dan orientasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan