Koleksi Karya

Selasa, 4 Disember 2012

Selamat Hari Lahirku

YANG LEBIH TAHU

Jika tidak ada yang mahu mengucapkan selamat hari lahir
Jika tidak ada yang mengingati tarikh penting ini 
Jika tidak ada yang sudi mengirimkan sebarang pesanan ucapan
Jika tidak ada yang menghulurkan sebarang bungkusan hadiah

Cukuplah 

Saya sendiri yang melafazkan selamat hari lahir
Seharusnya saya pindahkan penghargaan itu
Kepada seorang ibu yang telah mencipta tarikh keramat ini
Kepada seorang ayah yang telah menyambut dengan alunan azan
Kepada keluarga yang mengauli saya sejak kecil hingga dewasa
Hadiah dan ucapan itu tidak mungkin melebihi kasih sayang anda
Terima kasih dan selamat hari lahir buat diriku sendiri.

4 Disember 198_?

Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah

10 ulasan:

  1. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga senantiasa berterusan berkarya untuk manfaat semua... :)

    tak tahu pun hari ini tarikhnya...

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir Tuan!

    Semoga dengan kedatangan umur yang baru akan menambah usaha dan tekal.

    Semoga dengan bertambahnya usia akan menambah hasil yang bermanfaat daripada tangan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Fathul atas kiriman ucapan ini.

    Ya, tidak ramai kenalan terutama rakan penulis yang tahu tarikh lahir saya.

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudara Jamal. Tidak usahlah memanggil saya Tuan! Kata Ustaz Mohd Adid "besar sangatkah aku ni"-cukup sekadar panggil nama pun tidak mengapa, cikgu Helmi pun boleh, abang pun boleh. Saya kira saya lebih berusia daripada saudara.

    Insyaallah. Amin

    BalasPadam
  5. salam...
    alangkah kebetulan
    hari lahir adik lelaki saya juga pada 4 disember. Adik saya juga berbakat menulis....hehe..Sebetulnya, kalau ikut masa dulu, tarikh bulan 12 selalu masa bulan puasa. btw, selamat

    BalasPadam
  6. Selamat hari ulangtahun, cikgu Helmi! Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, ilmu yang berguna dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

    nak hadiah...:D

    BalasPadam
  7. Terima kasih sdr jengking Malaya.

    Siapakah nama adik sdr? Selamat hari lahir juga untuk adik sdr.

    BalasPadam
  8. Terima kasih Sue.

    Amin.

    Insyaallah, mudah-mudahan.

    BalasPadam
  9. Ahli Disember juga rupanya! Selamat Hari lahir sdr. Helmi. Semoga terus-terusan berkarya, dipermudahkan segala kerja dan sentiasa dibawah lindungan rahmat-NYA. Amin Ya Rabbal alamin. :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih cik ANA.

    Amin.

    Selamat hari lahir juga untuk cik ANA.

    BalasPadam