Detik menyambut tahun 2013 semakin hampir. Justeru, sudah tidak ada banyak masa lagi untuk saya berceloteh. Kali ini saya akan membuat rumusan untuk genre cerpen pula. Sesuatu pencapaian yang amat membanggakan saya juga.
Beberapa buah media yang kebal sebelum ini telah berjaya ditembusi. Antaranya, MINGGUAN MALAYSIA dan PELITA BAHASA. Di samping, cerpen saya juga berjaya menembusi beberapa media baharu seperti UTUSAN MELAYU MINGGUAN, DEWAN SISWA, MINGGUAN WANITA, TUNAS CIPTA, PEREMPUAN, ANIQAH dan ERA MUSLIMAH. Selain akhbar tabliod METRO PERDANA.
Pada tahun ini, sangat luar biasa. Barangkali saya tidak mampu lakukan untuk tahun-tahun mendatang. Sebanyak 40 buah cerpen saya telah tersiar. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih editor.
Di sini saya hendak nyatakan bahawa, cerpen yang tersiar untuk tahun ini bukan bermakna karya yang saya hasilkan pada tahun ini, sebaliknya karya itu saya tulis di awal pembabitan saya. Setelah ditolak editor terdahulu, kemudian saya murnikan semula dan hantar lagi ke media lain.
Media yang memberi ruang dan peluang kepada cerpen tersebut adalah seperti berikut:
1) Berita Minggu - 2
2) Mingguan Malaysia - 1
3) Tunas Cipta - 3
4) Pelita Bahasa - 1
5) Utusan Melayu Mingguan - 3
6) Dewan Siswa - 2
7) Harmoni - 5
8) Jelita - 4
9) Perempuan - 3
10) Mingguan Wanita - 3
11) Wanita - 2
12) Aniqah - 1
13) Era Muslimah - 2
14) Mingguan Warta Perdana - 5
15) Metro Perdana - 2
Berikut merupakan senarai cerpen saya yang pernah tersiar untuk tahun 2012 sebagai rujukan:
Judul : Nakhoda di Laut Merah
Tahun : Januari 2012
Media : Jelita
Judul : Dunia
Baru Adik
Tahun : 1-15 Januari
2012
Media : Harmoni
Judul : Sepucuk
Warkah
Tahun : 8 Januari
2012
Media : Mingguan
Warta Perdana
Judul : Jangan
Bersedih
Tahun : Januari 2012
Media : Dewan Siswa
Judul : Rombongan
Masuk Jawi
Tahun : 6 Februari
2012 - 13 Februari 2012
Media : Utusan
Melayu Mingguan
Judul : Piala
Penentuan
Tahun : 1-15 Mac
2012
Media : Harmoni
Judul : Pekasam
Siti Rubaiyah Terbang ke London
Tahun : Mac 2012
Media : Jelita
Judul : Pusaka
Tanpa Nilai
Tahun : Mac 2012
Media : Aniqah
Judul : Seketul
Hati Seorang Datuk
Tahun : 5 Mac 2012 -
12 Mac 2012
Media : Utusan
Melayu Mingguan
Judul : Adiwira
Selat Melaka
Tahun : Mac 2012
Media : Tunas Cipta
Judul : Tulang
Pekasam
Tahun : 18 Mac 2012
Media : Mingguan
Warta Perdana
Judul : Setitis
Kasih Semarak Budi
Tahun : April 2012
Media : Dewan Siswa
Judul : Hanya
Geran
Tahun : 8 April 2012
Media : Mingguan
Malaysia
Judul : Perempuan
Di Persimpangan
Tahun : 15 April
2012
Media : Mingguan
Warta Perdana
Judul : Cikgu
Tahun : Mei 2012
Media : Wanita
Judul : Harum
Pandan Bunga Rampai
Tahun : 20-26 April
2012
Media : Mingguan
Wanita
Judul : Pulut
Durian Santan Kelapa
Tahun : 6 Mei 2012
Media : Berita
Minggu
Judul : Kerana
Bukan Cita-cita
Tahun : Jun 2012
Media : Jelita
Judul : Mencari
Natrah
Tahun : 1-15 Jun
2012
Media : Harmoni
Judul : Pelenggar
di Bawah Pokok
Tahun : Jun 2012
Media : Metro
Perdana
Judul : Seriosa
Kuih Raya Chef
Tahun : 15-30 Jun
2012
Media : Harmoni
Judul : Dangai
Ramadan
Tahun : Julai 2012
Media : Wanita
Judul : Rahsiaku
Kini Milikmu
Tahun : 29 Jun - 5
Julai 2012
Media : Mingguan
Wanita
Judul : Seri
Muka Ramadan
Tahun : Julai 2012
Media : Jelita
Judul : Memerdekakan
Ramadan
Tahun : 15-30 Julai
2012
Media : Harmoni
Judul : Mabuk
Cinta Keladi
Tahun : Julai 2012 (Bil
263)
Media : Perempuan
Judul : Ketupat
Palas Nasi Himpit
Tahun : Ogos 2012
Media : Era Muslimah
Judul : Tragedi
Suara di Bukit Sampah
Tahun : Ogos 2012
(Bil 264)
Media : Perempuan
Judul : Semanis
Gadis Berbaju Kurung
Tahun : 31 Ogos - 6
September 2012
Media : Mingguan
Wanita
Judul : Kompang
PM
Tahun : 30 September
2012
Media : Mingguan
Warta Perdana
Judul : Rafak
Sembah Bidan Angsana
Tahun : Oktober 2012
Media : Jelita
Judul : Tentang
Waris
Tahun : Oktober 2012
Media : Tunas Cipta
Judul : Pesona
Wasangka
Tahun : Oktober 2012
(Bil 265)
Media : Perempuan
Judul : Muhammad
Al Islam
Tahun : 28 Oktober
2012
Media : BH Ahad
Judul : Peah
Aku Mahu Pulang
Tahun : November
2012
Media : Tunas Cipta
Judul : Bendang
Serelung
Tahun : 11 November
2012
Media : Mingguan
Warta Perdana
Judul : Korban
10 Zulhijjah
Tahun : November
2012
Media : Era Muslimah
Judul : Saham
Anak Dara
Tahun : November
2012
Media : Metro
Perdana
Judul : Isteri
Seorang Pesawah
Tahun : 3 - 10
Disember 2012
Media : Utusan
Melayu Mingguan
Judul : Kenduri
di Kampung Pisang
Tahun : Disember
2012
Media : Pelita
Bahasa
Ada antara cerpen-cerpen ini telah saya masukkan dalam manuskrip kumpulan cerpen remaja saya "TETAMU ISTIMEWA". Doakan manuskrip ini dapat menemui pembaca semua pada tahun 2013 nanti.
Tahniah Abang Helmi!
BalasPadamMoga 2013 bakal menjadi taman untuk menyuburkan lagi karya-karya yang bakal muncul.
Terima kasih, Fathul.
BalasPadamAmin. Sama-sama ya.
Tahniah cikgu, sajak pembuka tahun 2013 tersiar dalam majalah Jelita Januari 2013 bersama-sama cikgu Mohd. Adid Ab. Rahman. Teruslah berkarya!
BalasPadamTerima kasih Kak Long yang sering menyokong dan memburu karya saya yang tersiar.
BalasPadamInsyaallah, selagi berdaya akan saya terus menulis. Sama-samalah kita melestarikan dunia penulisan ini.
Tahniah juga untuk Ustaz Mohd. Adid yang sering bertukar-tukar pendapat. Dan begitu juga dengan Kak Long. Semoga berjaya.
2012 yang berlalu penuh bermakna. 2013 yang bakal dilalui moga lebih berganda maknanya! Semoga perjalanan kita di arena penulisan sentiasa diberkati-Nya dari tahun ke tahun.
BalasPadammoga terus sukses bang Helmi.
Tahniah abang Helmi, syukur dengan rezeki Tuhan.
BalasPadamSemoga tahun 2013 dan seterusnya usaha lebih bertenaga dan rancak. Insya-Allah.
Selamat Tahun Baru.
Terima kasih Muzammil, alhamdulillah rezeki dari-Nya.
BalasPadamSelamat tahun baharu.
i) Sue ada tinggalkan komen pada entri ini tempoh hari, kenapa tiada ya?
BalasPadamii) 2012 yang berlalu penuh makna. 2013 yang sedang dan dalam perjalanannya ini semoga berganda maknanya. Semoga kembara di daerah penulisan sentiasa diberkati.
iii) Selamat kembali ke sekolah cikgu!
Tahniah saudara helmi. Kagum dengan kebolehan yang ada pada saudara. Tadi pergi ke kedai, belek-belek akhbar, tengok dekat akhbar metro perdana ada cerpen saudara. keluaran januari 2013...Tahniah.
BalasPadamTerima kasih Sue.
BalasPadami) Entahlah. Sebelum ini blog ini ada masalah sikit kot. Begitu juga kalau abang tinggalkan komen di blog orang. Hilang begitu saja.
ii)Insyaallah, selagai berdaya usaha itu akan diteruskan.
iii) Cikgu pun pening kepala di awal persekolahan ni.
Terima kasih saudara Efandi. Jika begitu, harapan saya, moga semangat itu mampu diserap oleh penulis muda yang lain. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita bantu membantu. Saya tidak selalunya hebat.
BalasPadam*Ya, terima kasih atas makluman berkenaan cerpen itu. Saya telah pun mendapatkannya.
Wah, tahniah Helmi. Akak kagum betul. Akak baru nak menulis cerpen secara serius. Itu pun sementara belum mula menulis manuskrip. Kalau sudah bermula, cerpen tak pandang dah. Akak nak tanya...
BalasPadam1- Dalam sebulan, berapa cerpen yang Helmi buat?
2- Berapa lama yang Helmi perlukan untuk siapkan sebuah cerpen?
Tak tahu hendak cakap apa tetapi kagum sungguh. Bersemangat untuk mengikut jejak langkah walaupun tidak cukup yakin untuk itu.
Tahniah sekali lagi.
Terima kasih Kak Muthiah. Akhirnya, berjaya juga tinggalkan komen.
BalasPadam1. Saya tidak tetapkan berapa saya menulis untuk sebulan. Tetapi, jika idea itu datang banyak, banyaklah. Tetapi tidaklah sebanyak mungkin. Mungkin 2 buah.
2. Oh, berapa lama ya. Itu bergantung pada kekuatan idea itu, jika idea itu kuat dan mendesak saya mampu habiskan cerpen itu dalam masa sehari atau beberapa jam saya berkuruung menghadap laptop. Tetapi untuk menyunting dan memurnikannya semula, mengambil masa beberapa hari. Paling kurang saya membaca dan menyunting cerpen itu 10 kali.
Akak lebih hebat kerana mampu menulis buku. Saya juga kagum.
Moga kita dapat berkongsi pengalaman.
Sekian.