kredit foto dari klienconsult.net |
Begini kira-kiranya. Dalam sedar tidak sedar, selama usia pengarangan saya terutamanya dalam penulisan cerpen, saya telah menghasilkan hampir 100 buah cerpen. Setelah membelek Bank Cerpen saya, masih terdapat lebih kurang 30 buah cerpen yang belum pernah tersiar di mana-mana media penerbitan (walaupun pernah dihantar). Saya teliti kembali, lebih kurang 20 buah cerpen yang masih boleh diselamatkan. Ertinya, cerpen-cerpen ini bagi saya masih relevan untuk dihantar ke pelbagai media, sama ada arus perdana mahupun tabloib. Berbaki 10 buah cerpen lagi, telah saya murnikan dan sudah dihantar ke media penerbitan. Harapan saya, cerpen-cerpen ini akan menemui pembaca semua.
Nasihat saya kepada penulis muda, wujudkanlah bank karya untuk menyimpan karya-karya anda seterusnya memudahkan anda menyemak dan merekod karya yang pernah tersiar, pernah dihantar dan belum pernah dihantar. Tidaklah anda akan terkeliru dan tercari-cari di mana anda menyimpan karya tersebut.
Tinggal dua hari sahaja lagi persekolahan sesi 2012 bakal berakhir. Oleh itu, saya akan pulang ke kampung. Perkiraan saya, kepulangan saya akan menjadikan saya seorang penulis sepenuh masa. Saya akan menebus kembali masa untuk menulis. Saya akan cuba melunaskan semua ilham yang tertunggak untuk direalisasikan. Misalnya, tidak berkesempatan untuk dihantar dan diterbitkan pada tahun ini memandangkan hanya berbaki sebulan setengah, saya harap karya itu disiap sedia untuk tahun baharu akan datang, iaini 2013. Bukankah persiapan awal lebih bagus. Sementara itu, bolehlah saya simpan dahulu dalam Bank Karya saya.
Dalam masa terdekat ini, saya juga sudah jarang menulis puisi. Nafsu saya lebih terarah untuk menulis cerpen. Entah mengapa. Salah satu faktornya, saya kerap menulis cerpen. Jadi apabila sudah selesa menulis cerpen, momentum itu tidak dapat disekat lagi. Jika saya mula menulis puisi pula, akan lahirlah beberapa buah puisi tanpa henti. Em.... (sudah macam penulis mapan pula kan?).
Saya harap, pendedahan ini bukan untuk menunjuk sikap ego tetapi sekadar perkongsian pengalaman. Pengalaman itu tidak boleh dibeli mahupun dipindah milik. Selagi seseorang itu tidak pernah merasa seharusnya tidak sepatutnya dia mengakui bahawa menulis itu suatu kerja buang masa ataupun kerja yang meletihkan. Tanpa kesediaan diri, semangat untuk menulis, anda akan menulis tanpa jiwa. Sebaliknya, serahkan diri dalam dunia penulisan, berlayarlah dalam lautan kata. Rasai, saat kesedihan, kebahagiaan, kesusahan. Saya pasti, karya itu secara sendirinya mampu berdiri sebagai sebuah karya yang baik tanpa dibayangi nama penulisnya. Selamat menulis!
1) Sue kagum dengan kegigihan bang helmi dalam menulis. 100 karya bukan jumlah yang sedikit. Kalau dibukukan, wahh!
BalasPadam2) Terima kasih atas perkongsian entri ini. Sebelum ini, sue langsung tak ada bank karya. Maknanya, sue sekadar menulis dan hantar serta tersiar begitu saja tanpa merekodkannya. Bila difikir-fikirkan semula, betul bang Helmi, setiap penulis perlu ada bank karyanya sendiri. Penulis kena tahu 'wang (karya) yang keluar masuk ke dalam akuannya' :)
3) Jeles dengan ayat 'pulang ke kampung' tu. huuu. Apa pun, selamat bercuti dan selamat berkarya ya!
4) Sue tak sabar nak melihat karya2 bang Helmi tika tirai 2013 tersingkap kelak. :)
Terima kasih Sue yang sudi membaca dan meninggalkan komen di sini. Sue bukan sahaja penulis 'baru' yang rajin mencari ilmu malah mempunyai semangat ingin belajar yang tinggi. Tahniah.
BalasPadam1) Ya, kalau diikutkan jumlah cerpen itu memang banyak. Namun, ada yang mempertikaikan dari segi kualiti apabila saya mendedahkan kuantitinya. Saya tidak mudah melatah. Setiap cerpen yang dihasilkan memberi saya pengalaman. Saya akan perbaiki dari sebuah cerpen ke sebuah cerpen yang dihasilkan.
2) Seharusnya penulis mempunyai bank karya. Perlu menrekod setiap pergerakan karyanya. Saya juga ada membuat fotokopi setiap karya yang tersiar dan disimpan dalam satu fail. Alhamdulillah, hampir 90 peratus salinan itu dijumpai dan dapat disimpan.
3) Insyaallah, esok akan pulang ke kampung. Terima kasih, doakan selamat sampai, ya.
4) Saya doakan juga Sue terus menulis dan ingin melihat karya Sue pada tahun depan.
*Panjang pula berceloteh ya. Sebab Sue orang pertama yang memberi maklumbalas.
100 karya bukan suatu yang mudah. Saya tabik dengan Tuan Helmi yang ketekalan dalam berkarya membuat saya cemburu. Sedang saya mahu menghabis satu cerpen memerlukan kudrat yang dipaksa-paksa, apatah lagi 100 karya dalam usia pengarangan yang muda.
BalasPadamTahniah Tuan!
Saya pun ada bank karya. tapi sedihnya ianya agak tak teratur. Nota-nota idea saya berselerak di sana-sini. Perlunya sungguh saya ini pengurusan yang sistematik.
Terima kasih, saudara Jamal Ali. Seorang penulis yang baik mutu bahasanya.
BalasPadamSemuanya bergantung kepada kemahuan dan semangat yang tekal untuk menyiapkan sesebuah karya. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kekuatan kepada saya.