Menulis satu kepuasan. Alhamdulillah, setelah berperih membanting tenaga dan memerah fikiran, akhirnya usaha itu berbalas apabila menerima kiriman sampul surat berisi cek.
Saya masih mengingati detik Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, memasuki dewan kuliah kemudian menunjukkan sampul yang berisi cek-pembayaran honorarium. Katanya, apabila anda menulis, terasa seronoknya apabila menunggu sampul berisi cek tiba.
Tulisan ini hanya untuk perkongsian. Manalah tahu dapat menyuntik semangat kepada penulis baharu untuk terus berjuang dalam bidang penulisan.
Siapa kata, menulis tidak dapat menjana pendapatan sampingan? Walaupun ada yang menyatakan bahawa tujuan dia menulis bukan kerana wang ringgit. Namun tidak salah, sambil menyelam minum air.
Cek-cek ini akan diuruskan masuk ke akaun saya. Terima kasih kepada DBP, Utusan Karya, Berita Publishing dan MMP Comunications atas pembayaran honorarium kepada karya saya yang pernah disiarkan di majalah kelolaan mereka. Cek di atas juga termasuk hadiah kemenangan saya dalam HSKU 2011 baru-baru ini.
Bang belanja set HSKU satu set! Hehehe
BalasPadamPernah atau tidak berdepan dengan penerbit majalah yang culas membayar?
BalasPadamDan kalau pernah, bagaimana sdr menanganinya?
Kepada Haniff:-
BalasPadamHehehehe
Setakat ini alhamdulillah, Tuan Al Ghazali. Penerbit-penerbit itu melangsaikannya dengan baik. Tetapi, tidak tahulah jika majalah atau surat khabar tersebut membayar karya penulis yang disiarkan sebaliknya saya pula yang tidak tahu.
BalasPadamTahniah ya, saya pun teringin hantar karya tetapi selalu tak ada masa..
BalasPadamTerima kasih, anynora. Cubalah cari masa yang sesuai.
BalasPadam