Koleksi Karya

Isnin, 8 Oktober 2012

Kemenangan Adalah Suatu Anugerah (HSKU 2011)


Tanpa berselindung lagi saya sangat bersyukur atas kemenangan ini. Kemenangan ini saya sifatkan anugerah yang dikurniakan-Nya kepada saya (penulis kecil) yang baru hendak merangkak untuk memanjat menara peradaban kesusasteraan negara kita.

Debaran di dada saya, hanya Dia yang tahu. Sesekali saya salurkan juga kepada rakan (pengiring) sepanjang perjalanan hinggalah masih meruntun saya tatkala berlabuh di meja bulat yang penuh dengan hidangan istimewa.

Ini merupakan kemenangan saya yang kedua sepanjang sejarah penglibatan saya dalam dunia penulisan. Pada tahun lepas saya juga telah memenangi Hadiah Penghargaan Kategori Cerpen Remaja dengan cerpen berjudul BUNGA TELUR KENDURI KAHWIN. Alhamdulillah, sekali lagi tuah yang sama memihak kepada cerpen KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN. Walau bagaimanapun saya tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis penyampaian tersebut. Kali ini saya tebus. Dengan keizinan-Nya sampai juga saya pada malam yang penuh gilang-gemilang bersaksikan persembahan Adibah Nor dan kepetahan pengacaranya Ahmad Fitri Yahya.

Saat saya memasuki BALLROOM Hotel Seri Pacific, betapa kerdilnya saya. Saya terpandang-pandang akan wajah penulis-penulis yang terkenal antaranya Nisah Haron, Dr. Mawar Safie, Husna Nazri, Zaen Kasturi, Tuah Sujana. Ramah mereka bergaul mesra yang sudah pasti telah menjadi kawan akrab. Mereka ini dalam diam menjadi idola dan pembakar semangat kepada saya. Saya sangat kagum dengan hasil penulisan mereka.

Dalam kegugupan itu, sempat juga saya melamar beberapa orang penulis untuk bergambar dengan saya. Termasuklah beberapa orang peserta yang mengikuti bengkel penulisan dan penerbitan bersama ITBM.

sekadar bergambar kenangan
Pemenang utama setiap kategori bergambar sebagai kenangan
Dari kiri, Prof Madya Dr. Lim Swee Tin (panel penilai),
Tengah Husna Nazri (pemenang utama dan penghargaan kategori cerpen remaja)

Tuah Sujana (pemenang hadiah utama puisi-Kudup Perang)
Salina Ibrahim merangkul dua hadiah untuk kategori cerpen dewasa dan remaja
Tengah-Siti Hajar Mohd Zaki (Mencatur Kasad Sekujur Jasad) 
dan kanan adik kepada Norziati Mohd Rosman

Peserta yang mengikuti bengkel bersama ITBM turut diundang
MK Riza penulis cerpen Masjid Tua Berwarna Hijau
Fathul Khair (Tinta Aksara Rawian Kata-penulis cerpen Marga Ranah Rusuhan)
Suhada Sayuti - penulis cerpen Senandungkan Gurindam itu
*Alangkah gementar dan berdebarnya lagi sekiranya keputusan diumumkan pada dan ketika itu juga dan bukannya di meja pendaftaran. (Baru setanding Anugerah Juara Lagu)

18 ulasan:

  1. Baju Tetamu Istimewa dan Nur Suhada sepadan. :)

    Melihat daripada jauh para pemenang sebagai penonton sudah bertuah, apatah yang dapat naik ke pentas. :) Tahniah sekali lagi ya.

    teringat kata -kata Zaen Kasturi dalam sesi bengkelnya : "dah orang nak beri kita ambillah." Apabila ditanya apakah karya saudara yang melayakkan saudara memenangi SEA Write Award.

    :)

    BalasPadam
  2. Tahniah atas kemenangan HSKU. Terasa begitu cepat malam tu. Tak sempat nak berborak.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Jamilah.

    Sepandan? Kebetulan saja, tidak berjanji.hehehe

    Nanti jangan lupa kongsikan pula pengalaman dan ilmu di bengkel ITBM ye, Jamilah.

    BalasPadam
  4. Fathul, terima kasih. Ya, masa pantas berlalu. Tapi jika kita duduk semeja pasti macam-macam dapat berborak.

    BalasPadam
  5. tahniah tetamu istimewa... teruskan berkarya untuk bangsa :)

    BalasPadam
  6. Terima kasih, Kak Riesna. Sama-samalah kita berjuang.

    BalasPadam
  7. Tahniah diucapkan! Semoga ini menjadi pemangkin untuk saudara terus berkarya demi umat.

    BalasPadam
  8. Terima kasih saudara Iwan Ghazali. Insyaallah, amanat itu suatu tanggungjawab.

    BalasPadam
  9. Tahniah tuan!

    Semoga selepas ini akan hadir karya-karya yang bermanfaat. :)

    BalasPadam
  10. Terima kasih saudara Jamal Ali.

    Insyaallah, moga yang ditulis mampu memberi manfaat kepada semua.

    BalasPadam
  11. Terima kasih, syukri. Kejayaan itu bukan milik saya seorang. Harus dikongsi dengan sesiapa sahaja yang menyokong saya selama ini.

    BalasPadam
  12. Terima kasih, Puan Norziati. Teruja dapat ucapan daripada pemenang utama kategori puisi.

    Tahniah juga untuk Puan atas kemenangan tersebut.

    BalasPadam
  13. Harapnya masih belum terlewat untuk saya hulurkan ucapan tahniah buat saudara. Kebelakangan ini jarang online.

    Saya berbangga mengenali Helmi yang begitu komited dalam menulis sehingga ke peringkat ini. Akan saya jadikan inspirasi untuk lebih bersemangat menulis.

    Tahniah sekali lagi. Teruskan berkarya... (^_^)

    BalasPadam
  14. Terima kasih, Rizai Reeani. Alhamdulillah semuanya anugerah kurniaan-Nya.

    Masih banyak yang perlu saya pelajari. Bersama-samalah kita membantu santara satu sama lain.

    *saya juga berbangga dengan Wan kerana telah memiliki buku (novel) sendiri.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,

    boleh tak saya minta jasa baik cikgu Helmi buangkan gambar saya yang ada di sini. Maaf, sebab saya rasa tidak selesa pula saat menggogle nama sendiri dan melihat ada gambar yang hanya ada dua orang.. Maaf ya.. Jika menjadi kesudian saudara untuk membuang gambar itu dari blog ini...

    maaf banyak-banyak ya...

    BalasPadam
  16. Waalaikumsalam, saudari Jamilah.

    Tidak menjadi masalah. Akan saya gugurkan gambar tersebut.

    BalasPadam