" Apabila saya menulis saya lebih dekat dengan dunia membaca, lebih dekat lagi dengan haruman buku. Saya menjadi seorang yang ketagih membaca. Saya tidak pernah akan menyalahkan anda sekiranya anda menggelar saya penagih buku, pencandu buku kerana itu yang saya mahu. Saya juga tidak akan teragak-agak untuk membakar duit untuk membeli buku, tidak akan teragak-agak untuk menyuntik jiwa saya dengan koleksi buku baharu."
*Bukankah ia lebih baik daripada menjadi penagih rokok dan pencandu dadah.
ya, dunia yang indah...
BalasPadamKepada, Rositah Ibrahim
BalasPadamBenar-benar indah.
Membaca dan menulis. Mereka itu kembar tak seiras tetapi saling memerlukan antara satu sama lain.
BalasPadamYa, orang yang membaca tidak semestinya dia akan menulis, namun orang yang menulis perlu membaca.
Padam