Koleksi Karya

Khamis, 11 Oktober 2012

Cerpen: Rafak Sembah Bidan Angsana di Jelita


Alhamdulillah, cerpen terkini saya yang tersiar di media cetak adalah berjudul RAFAK SEMBAH BIDAN ANGSANA. Cerpen ini tersiar di majalah JELITA keluaran OKTOBER 2012. Sudilah dapatlan majalah keluaran ini untuk membaca cerita lanjut berkenaan nasib seorang bidan yang bernama Angsana. 

Cerpen ini barangkali percubaan pertama saya menggunakan bahasa istana pada sesetengah tempat dan istilah secara sederhana. Namun saya tegaskan bahawa cerpen ini saya tulis sekitar tahun 2010 tetapi dimurnikan pada sekitar bulan Mei 2012 sebelum dihantar ke editor Jelita. Terima kasih kepada editor Jelita yang sudi memberi peluang kepada Bidan Angsana untuk menyuarakan hasrat hatinya itu. 


“Telah bertahun lamanya patik menjadi bidan tetapi setelah melangkah abad ke-21 ini khidmat patik tidak diperlukan lagi. Adapun kepakaran patik ditenggelamkan oleh teknologi yang canggih sekarang ini. Ampun tuanku.”

“Apa tuan hamba ini nenek kebayan. Masakan zaman moden ini masih ada orang seperti tuan hamba. Telah sekarang ini wujudnya hospital seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Mana mungkin orang akan memilih akar-akar kayu itu untuk dibuat ubat.” Panglima Mergastua memberikan pandangannya sendiri. 




Masih berbaki dua bulan - November dan Disember sebelum tahun 2012 berlabuh. Masihkah ada rezeki untuk karya saya tersiar. Saya mendoakan karya-karya yang masih berbaki di meja editor masih berpeluang untuk menemui pembaca pada akhir-akhir tahun ini. (Sukar untuk saya mencari rentak untuk menulis sekarang ini setelah berhenti beberapa lama). Sibuk juga dengan urusan di sekolah. 

*Tahniah kepada Nur Suhada Sayuti dengan tersiar cerpennya (Hatiku Menangis di Madrasah) di Harmoni edisi 15-30 Oktober 2012.

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah,

    semakin banyak karya awak di pasaran media. Tahniah!

    Moga karya2 yang dilahirkan adalah karya2 yang berkualiti, ok! :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Cik Hanna.

    Insyaallah, setiap kali saya menghasilkan karya, saya cuba untuk memperbaiki dalam semua aspek untuk lebih baik daripada karya-karya sebelum ini.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan kenyataan tetamu istimewa di bahagian akhir entri .. sukar mencari rentak menulis apabila berhenti.

    Terus berkarya!

    * Bagaimana dengan projek himpunan cerpen?

    BalasPadam
  4. Ya Jamilah, bila sudah berhenti, hendak mulanya itu yang susah.

    *projek itu terhenti seketika. walaup= bagaimanapun saya akan teruskan. Insyaallah, sudah menghimpun 20 buah cerpen dan 10 buah sudah diedit dan tinggal 10 buah lagi. Tidak tahu bila hendak menyambungnya lagi. Terima kasih, kerana menyokong.

    BalasPadam
  5. Terima kerana memaklumkan. Tahniah juga untuk bang Helmi!

    BalasPadam