Ini cerita malam pertama
kali pertama juga kita berbicara tentang
rahsia kejujuran dan kecurangan
mempertimbangkan kebahagiaan
sulit untuk ditafsir dengan kata-kata
hati nian bertafakur mengikat janji-janji setia
tidak semudah melepaskan sebuah kapal kertas
berlayar di lautan api
menongkah samudera gelora
seorang diri tanpa sebulat hati
memperjudikan nasib
merajut tali keimanan.
20/9/2012
Desa Alam Ria, Selangor
* Koleksi buku baharu yang dibeli di Jalan TAR
Beli buku baharukah? hehe
BalasPadamAbang Lutfi Ishak, dia penyair yang berbakat. Sebelum ini dia ada menghasilkan kumpulan puisi - Kafe. Abang Helmi pernah baca? Menarik puisi-puisi dia.
Ya, Sue. Buku baharu. Sebenarnya sudah lama hendak beli Cerita Malam Pertama, tetapi sudah berkali juga tertangguh. Cerpennya juga sangat hebat. Pengolahan cerita membuatkan kita ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya.
BalasPadamBelum lagi. Di mana dapat dibeli? Sue di MPH Midvalley ada jual buku ITBM tak?
Kalau mahu, abang Helmi boleh dapatkan terus dengan dia. Di MPH, sangat susah nak cari buku-buku terbitan ITBM. Itu menandakan, buku-bukunya sangat eksklusif. Eh, sekarang sudah ada kedai buku 1Malaysia! :D
BalasPadamBang Helmi sertai bengkel ITBM-Pena 5-7Okt ini?
Oh, ada juga dengar. Kalau tak salah di Hentian Pudu Sentral ya? Senang lah macam tu.
BalasPadamBengkel? Tak tahu pun. Bengkel tentang apa? Lagipun 5 haribulan tu abang kerja la. Sekolah lagi.
Tahniah....
BalasPadam