Koleksi Karya

Rabu, 2 Mei 2012

Pandangan Kalian Tentang PBAKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sudah berlangsung selama enam (6) hari. Jadi apa pandangan kalian tentang acara ini? Adakah ia meriah? Sekiranya ia meriah dari segi apa kalian melihat? Adakah dari segi jumlah pengunjung? Acara pentas mahupun koleksi buku yang dijual?

Bagi saya yang mengunjunginya pada hari kedua saya merasa agak kecewa dengan gerai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pertamanya kerana koleksi buku yang dijual terhad. Majalah DBP terbitan lama juga sudah tidak dijual. Kecuali tahun 2011 dan ada sedikit 2010. Mengapakah DBP tidak mengambil kesempatan ini untuk menjual koleksi buku yang berlonggok sahaja di stor mereka? Seharusnya masa inilah paling sesuai memandangkan jumlah pengunjung yang ramai.

Namun kepada peminat KEMALA bolehlah dapatkan kumpulan puisi, cerpen dan drama beliau di gerai DBP. Buku-buku ini adalah cetakan Edisi Khas Sasterawan Negara. Kepada yang mencari novel Hujan Pagi karangan A. Samad Said juga ada di sana. Itupun kalau belum habis.

Hari itu saya pergi hanya ada Tunas Cipta dan Dewan Kosmik bulan Mei 2012 sahaja yang ada. Harap-harap kalau saya pergi sekali lagi majalah-majalah lain akan dan masih ada terutamanya Dewan Sastera, Dewan Siswa, Dewan Bahasa dan Pelita Bahasa.

*Saya harap kepada yang berkesempatan mengunjungi PBAKL dapat berkongsi cerita dengan saya.

4 ulasan:

  1. Tahun ni tak berkesempatan pun pergi menjengah Pesta buku, sangat hampa. Mahukan karya-karya terbaharu Andrea Hirata!!!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saudara Helmi.

    Bagi saya pesta buku meriah dari segi jumlah pengunjungnya, namun bagi saya sedikit gangguan apabila ada penjual-penjual buku yang menahan apabila kita melewati gerai mereka dan perlu mendengar keterangan mereka. Kita ke sana dengan tujuan untuk membeli buku-buku yang kita inginkan, kadang apabila kita tidak berhenti dan meneruskan perjalanan dikatakan kita sombong.

    Apa sekalipun bagi saya, PBAKL tetap jadi platfom untuk bertemu penulis yang selama ini kita baca karya mereka...

    Cuma kesesakan luar biasa tahun ini.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Terima kasih nad kerana sudi meninggalkan komen. Masih ada masa nad. Sebelas Patriot yang terbaru kan? Aku pun kata nak beli tak sempat lagi.

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam Jamilah. Terima kasih kerana sudi berkongsi. Ya betul tu. Saya pun rasa kurang senang.

    Bila kita tak layan dia cakap kita sombong. Mula-mula bukan main mesra lagi nak sapa kita, Assalamualaikum Encik, lepas tu saya ckp saya tak nak dia cakap saya sombong. Pas tu ada juga yang sanggup cakap saya ni tak faham cakap Melayu. Kecewa betul saya.

    BalasPadam