Koleksi Karya

Isnin, 14 Mei 2012

Cerpen: Cikgu di Wanita



Alhamdulillah, ini merupakan cerpen terbaru saya yang tersiar di media. CIKGU atau judul asal yang dikemukakan adalah RANGGI SEORANG GURU memaparkan kisah ranggi seorang anak dengan seorang bapa walaupun memikul tugas yang sama iaitu guru. Perbezaan dari taraf pendidikan membuatkan pelbagai konflik yang terjadi. 

Aziz yang memegang watak utama menganggapkan bapanya tidak lebih sekadar guru mukadam berbanding dirinya lulusan daripada universiti. Pelbagai lagi kekacauan jiwa yang berlaku kepada Aziz hingga dia diserang darah tinggi. Ikuti kisah CIKGU ini di WANITA edisi MEI 2012 sempena HARI GURU. Untuk mengetahui bagaimana Aziz tersedar dari rasa riak itu bacalah cerpen ini. Saya mengharapkan cerpen ini meninggalkan kesan yang positif.

Cerpen ini juga merupakan cerpen terbaru yang saya hasilkan pada tahun ini. Cerpen ini juga pernah diulas oleh HASNI JAMALI. Boleh baca di sini. Terima kasih saya ucapkan.

4 ulasan:

  1. Apa makna Ranggi? kalau dibaca ceritanya, macam tak kena saja dengan judul ranggi tu.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Hasni Hanna. Soalan yang baik. Saya sudah agak pasti ada yang tidak bersetuju dengan judul asal saya itu.

    Ranggi bermaksud, angkuh, lagak, sombong. Ranggi adalah bahasa percakapan namun sudah diterima dalam Kamus Dewan. Boleh rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1282.

    Dalam konteks judul cerpen saya itu dengan ceritanya saya pasti saudari mampu mengaitkannya. Kerana saudari telah membacanya.

    Sebenarnya Allahyarham Azizi Abdullah pernah menulis cerpen dengn judul Ranggi Anak Cucu. Kalau berkesempatan eloklah Hasni Hanna memiliki Siri Kumpulan Cerpen Terbaik Abad ke 20 ini.

    Saya saya menjawab soalan Ranggi itu.

    BalasPadam