Koleksi Karya

Isnin, 9 April 2012

Cerpen: Hanya Geran di Mingguan Malaysia

Mingguan Malaysia - 8 April 2012

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana tidak jemu-jemu mendengar dan memberkati doa saya. Berkali-kali saya berusaha dan tidak pernah putus asa untuk menembusi tembok Mingguan Malaysia. Setelah puisi sudah walaupun hanya dua buah namun keazaman saya untuk melihat karya cerpen saya tersiar di ruangan sastera Mingguan Malaysia akhirnya tercapai. 

Saya bukan untuk menunjuk riak memberitahu semua orang yang cerpen saya tersiar di Mingguan Malaysia tetapi saya harus meraikannya kerana inilah cerpen tunggal saya setakat ini yang mendapat tempat dalam Mingguan Malaysia. Terima kasih editornya yang tidak jemu-jemu melayan kiriman karya saya saban bulan. 

Harapan saya pembaca-pembaca dapat memperoleh sesuatu daripada cerpen ini walaupun tidak banyak. Sokongan kalian amat saya perlukan untuk terus menukang kata kata seorang sahabat saya. Terima kasih juga Hanif seawal pagi menghantar mesej menanyakan sama ada, ada atau tidak cerpen saya bertajuk Hanya Geran. Lantas bunga senyum semakin berkembang seawal pagi pada hari itu. Kepada yang tidak sempat membeli dan berkeinginan untuk membacanya bolehlah melayari laman sesawang Utusan online dan klik pada bahagian sastera. Selamat membaca. 

9 ulasan:

  1. Bukan menunjuk, betul. Kita menghargai karya kita sendiri. Walaupun tidak sebaik dan secantik mana, tapi itulah sebenarnya kepuasan. Kalau nak kaya kita berniaga saja....jarang penulis malaysia yang kaya raya. Kepuasan, itulah yang dicari-cari....TAHNIAH

    BalasPadam
  2. Betul tu ayahanda. Kepuasan tatkala melihat karya di media adalah suatu kemenangan yang tak ternilai. Terima kasih ayahanda.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.

    Tahniah atas cerpen yang tersiar. Bagaimana tuan menghantar karya ke Mingguan Malaysia?

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam Fathur. Terima kasih. Hantar saja ke emel labuan02@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Tahniah sekali lagi. Saya juga belajar sesuatu. Seteguh mana tembok, kalau kita menumbuknya berkali-kali, walaupun tak runtuh, akan berbekas juga.

    BalasPadam
  6. Ya betul tu saudara MKriza. Usaha yang tidak pernah kenal putus asa amat perlu.

    BalasPadam
  7. tahniah!!!
    bila mau bukak meja jumpa-jumpa?
    hehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum, Helmi.
    Tahniah ya atas cerpen di MM. Terus cekal menulis ya.

    BalasPadam
  9. wksalam, terima kasih Effa. Sama juga, harap Effa terus menghasilkan karya-karya yang bermutu dan bermanfaat.

    BalasPadam