Koleksi Karya

Isnin, 27 Februari 2012

Perginya Seorang Cendekiawan Masyarakat

Hari ini sekolah saya menerima Utusan Pengguna dalam tiga bahasa Mandarin (Cina), Inggeris dan Bahasa Melayu. Ketika masa terluang saya pun cubalah membelek-belek Utusan Pengguna itu. Belek punya belek hingga sampai ke akhir muka surat terpampang ruangan Belasungkawa. Saya lihat wajah Allahyarham Azizi Abdullah. Lantas ingatan terus mengingati karya-karya beliau yang selama ini menjadi koleksi bacaan saya.

Penulis yang prolifik ini juga dikenali penulis sayembara kerana banyak memenangi sayembara yang disertai. Antaranya Senja Belum Berakhir (memenangi novel terbaik Hadiah Sastera Malaysia 1971), Seorang Tua di Kaki Gunung (memenangi Hadiah Kedua Sayembara Menulis Novel Gapena-Yayasan Sabah 1982), Wi & William (Hadiah Sako, 1999), Kawin-Kawin (Hadiah Sako 2001), Sangeetha (Hadiah Sastera Mastera ke-5 pada 2007).

Allahyarham yang pernah bekerja sebagai editor Utusan Pengguna (CAP), seringkali menggangkat kemiskinan, penderitaan, kemelaratan, kesusahan sebagai subjek utama  dalam penulisannya.  Saya begitu senang menguliti karya-karyanya. Nampak segar, gaya bahasa yang baik-terasa jujur. Di sini saya petik daripada Utusan Pengguna  akan  kata-kata Allahyarham di Majlis Sepetang Bersama Penulis Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka, Pulau Pinang.

Proses Kreatif

* Bahan menulis seorang pengarang:
Alam dan manusia.
* Cetusannya ialah dari:
Daya intelek dan pancaindera
*Kebiasaan seorang pengarang mendapat bahan hasil daripada dua perkara di atas ialah:
Sentuhan rasa.
Mendengar dengan kritis.
Kepekaan melihat kemudian mentafsir.
Pengalaman.
Penyampaian idea atau dedahan pemikiran.
*Contoh:
Seorang nelayan atau seorang penganggur mengalamai kemalangan ngeri.
Pengarang yang peka, sensitif, kritis akan melihat berlainan sekali dengan seorang wartawan.
Wartawan hanya melaporkan kejadian.
Penulis kreatif akan mentafsir tentang kejadian itu.
*Penulis juga:
Mesti mendapat rangsangan.
Merancang sehingga menjadi masak dalam fikiran.
Membawa persoalan yang hendak ditulis ke mana-mana.
Membuat kajian. Jika tersangkut, berhenti.
Ambil masa berfikir dan buat penyelididkan/membaca semula/mengadu kepada kawan-kawan/solat istikharah.
Ambil waktu yang agak lama dalm satu masa ketika menulis. Seperti dua jam sekali menulis.
Menulis apa yang anda tahu.

Allahyarham telah menulis kurang lebih 30 buah novel, 200 buah cerpen, beberapa skrip drama tv dan radio juga pentas. Novel terbaru ialah Mandala Dunia Kedua terbitan PTS.

4 ulasan:

  1. Azizi Hj Abdullah sepatutnya sudah lama bergelar sasterawan negara. mungkin ada silapnya dimana-mana. Semoga Allah tempatkan rohnya disisi roh orang-orang yg saleh. Zahari Hasib juga sudah meninggal, adakah anaknda tahu?

    BalasPadam
  2. Innalillahhiwainnailaihirajiun...Semoga rohnya di tempatkan juga di sisi roh orang-orang beriman.

    Bilakah dia pergi, ayahanda?

    Lepas ni dah tak boleh baca dah karyanya di media.

    BalasPadam
  3. Seminggu lalu ...tak tersiar dlm akhb ar. Zahari barangkali sebaya ayahnda.Dari Allah dia dtg kepada Allah dia pergi.

    BalasPadam
  4. Terima kasih ayahanda kerana memberitahu.

    Pernah dahulu saya bertanyakan ayahanda tentang beliau akan blog untuk saya mengenalinya dengan lebih dekat. Nampaknya tidak ada rezeki. Tuhan lebih sayangkannya.

    BalasPadam