Hari ini hari sabtu. Hari ini juga merupakan hujung minggu kepada yang bergelar pekerja. Begitu juga dengan saya. Namun kami warga pendidik Hulu Selangor seramai 400 orang terpaksa berkorban sedikit demi menjayakan program Rapat 1 Malaysia ini. Program ini anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Institut Perkembangan Minda (INMIND), Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabar Pelajaran Daerah (PPD) Hullu Selangor dan sebagai tuan rumah iaitu tempat di mana program ini berlangsung Sek. Men. Keb. Syed Manshor.
Program yang bermula pukul 9 pagi ini berakhir pada pukul 2 petang. Antara atur cara majlisnya ialah ceramah dan forum. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti dirancang. Saya tertarik dengan forum yang mana ahli panelnya terdiri daripada seorang tokoh yang cukup habat iaitu YBhg. Prof. Dr. Teo Kok Seong dan YBhg. Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian.
Antara yang dibangkitkan oleh Prof. Dr. Teo tentang PPSMI, dan tegurannya tentang penterjemahan yang salah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Misalnya facebook. Fenomena lagu Najwa Latif Cinta Muka Buku. Katanya ramai yang tidak sedar apabila berlakunya penyalahgunaan bahasa terhadap tajuk lagu itu. Sepatutnya Cinta Buku Muka. Bukannya sebaliknya. Dan ada beberapa lagi.
Persoalan yang juga ditimbulkan adalah tentang penggunaan bahasa Inggeris: antara kekuasaan atau kepentingannya. Kita belajar untuk menunjukkan kekuasaan bahasa itu atau demi kepentingan bahasa itu? Adakah kita belajar semata untuk terpengaruh dengan dunia glamournya atau menyedari bahasa itu penting sekarang ini. Dan satu lagi beliau menyatakan bahawa bahasa Inggeris bukan bahasa Ilmu tetapi bahasa sumber ilmu. Jangan tersalah menafsir perkara ini. Masa yang terhad menyebabkan perbincangannya terbantut. Harap-harap dapat berjumpa lagi dengan beliau.
Semasa menghadiri program ini kami diberi cenderamata sebagai tanda kenangan. Selain sijil diberi juga buku yang saya kira baik mutunya. Buku yang berbentuk karikatur dengan mesej yang unik dan petikan kata-kata PM sangat mengagumkan saya.
Sebenarnya ada beberapa lagi yang hendak dimuat naik tapi internet buat hal. Jadi saya kira cukuplah dua gambar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan