Masih relevan lagikah pepatah ini, Malu Bertanya Sesat Jalan????? Yang nak dijadikan cerita dua hari lepas saya ke sebuah Klinik.... untuk melakukan Pemeriksaan Kesihatan. Selepas selesai mengisi borang dan melakukan pemeriksaan kesihatan termasuk timbang berat, ukur tinggi dan periksa tekanan darah saya dikehendaki naik ke tingkat 1 untuk ke makmal bagi pemeriksaan air kencing. Selepas itu saya pun naiklah.
Sebelum ini saya tidak pernah pun ke klinik ini (dahulunya Hospital Besar tapi dah berpindah setelah hospital baru siap dibina). Apabila saya naik, terdapat beberapa kaunter di situ. Saya pun kurang pasti kaunter yang mana satu. Saya pun bertanyalah. Sebelum itu bagi salam dulu. Seorang jururawat di situ yang boleh dikatakan sudah 40 tahun usianya pun menjawab. "Encik jalan terus, belok ke kiri." Lebih kurang macam itulah. Selepas saya pusing saja belakang. Terdengarlah suara-suara sumbang. "Eshy.... tak baca ke papan tanda." Ketika itu saya merasakan saya ini seperti buta huruf. Sampaikan jururawat itu boleh berkata begitu.
Saya pun mengucapkan terima kasih. Entah di dengarnya ataupun tidak. Wajahnya tetap sama (masam). Tak tahulah kalau begitu asal muasalnya. Saya berjalan mengikut arah yang ditunjukkan jururawat sebentar tadi. Ya, papan tandanya ada di dinding. Tapi tulisannya agak kecil. Dari jauh memang kurang jelas.
Saya tertanya juga kalau orang yang lebih tua daripada saya bagaimana dia mahu melihat tulisan itu.
Kadang-kadang saya pun malu nak bertanya. Tak tahulah macam mana nak buang sikap ni. Tetapi selalunya memang dalam keadaan terdesak. Nak atau tak nak, terpaksa juga tanya. Hehe.
BalasPadamYa, kalau kita berat mulut susah sikit. Tapi, kalau yang jenis pemalu juga entahah.... saya nak cakap macam mana pun tak tahu.
PadamHaha, rasanya bukan malu kot. Memang berat mulut. :)
BalasPadam