Assalamualaikum.
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56
Oleh: Mohd Helmi Ahmad
Oleh: Mohd Helmi Ahmad
| 
Bil | 
Acara | 
Teks | 
| 
Umumkan ketibaan VIP 
Paluan kompang | 
Mengumumkan ketibaan 
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
  Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh 
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK
  Batang Kali, bersama En.
  Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru
  Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali. | |
| 
Ucapan alu-aluan | 
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke
  Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.  
Yang Berhormat 
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
  Kali,  
Yang Berusaha 
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali, 
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong
  Kanan Kokurikulum SK Batang Kali,  
Yang dihormati  
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan
  Pentadbiran SK Batang Kali,  
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong
  Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang Kali,  
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,  
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya
  murid-murid SK Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian. 
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola
  kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
  Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan
  puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
  beraksi dalam acara pada hari ini. | |
| 
Perbarisan lintas hormat | 
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan
  ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen
  yang mengambil bahagian. | |
| 
Menjemput VIP menerima
  tabik hormat dari peserta perbarisan | 
Dengan itu, kami dengan
  segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
  Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menerima tabik hormat daripada
  peserta perbarisan. Dipersilakan. 
-      
  MUZIK PERBARISAN | |
| 
Perbarisan Bendera
  kejohanan | 
Perbarisan lintas hormat
  dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd
  Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa
  bendera Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman, pembawa
  bendera Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa
  bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.  
Sementara
  itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik Sutan Bin Sutan
  Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan
  adik Mohd Arif Bin Aris. | |
| 
Perbarisan Rumah Biru | 
Menyusul di belakang
  adalah kontinjen rumah Biru dengan
  mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel
  Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk
  bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah
  Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal
  Abidin. | |
| 
Perbarisan Rumah Merah | 
Seterusnya ialah kontinjen
  daripada rumah Merah yang dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan
  dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh
  adik  Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
  Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim. | |
| 
Perbarisan Rumah Kuning | 
Seterusnya ialah
  kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai 130 orang peserta
  perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini
  diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik
  Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn.
  Timah bt Awang.  | |
| 
Perbarisan Rumah Hijau | 
Kontinjen seterusnya
  ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau Sapu Habis’. Kontinjen
  ini diketuai oleh adik Mohd Idlan
  Ikhwan bin Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa
  sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik
  Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa. | |
| 
Prasekolah | 
Kontinjen yang terakhir
  yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah merupakan murid-murid
  Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah
  bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan
  Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt Shamsudin. 
Parasekolah 1 dan 2 turut
  dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar
  dan Pn. Siti Hawa bt Aziz. 
Majlis merakamkan terima
  kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana
  sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.  | |
| 
Bacaan Doa | 
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
  sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Mohd Irwan Bin Ismail. 
Dipersilakan. …. 
 (Bacaan doa)……………….. 
Majlis merakamkan terima
  kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail. Semoga dengan bacaan
  doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh
  Allah s.w.t. Insya-Allah. | |
| 
Nyanyian Lagu Negaraku | 
Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
  seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.   
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
  dipersilakan duduk. | |
| 
Ucapan perasmian | 
Majlis seterusnya
  mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan,
  ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
  Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan. 
…………………… 
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG 
Majlis merakamkan terima
  kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di
  atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
  merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. | |
| 
Upacara menaikkan bendera | 
Majlis diteruskan lagi
  dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang
  atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan. 
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN 
Berkibarlah sudah bendera
  kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.   | |
| 
Menjemput pembawa bendera
  mengiringi pembaca ikrar 
Lafaz ikrar kejohanan | 
Seterusnya, dipersilakan
  pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama
  mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd
  Faiz Izzudin bin Azhari. 
……… 
Majlis merakamkan terima
  kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi. | |
| 
Persembahan Silat | 
Bagi meredakan debaran
  atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan
  Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini
  terdiri daripada adik Mohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin,
  adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul
  Azhar dan adik Khairul Zharif
  Idham bin Khairul Azhar.  
Dipersilakan. – MUZIK SILAT 
Majlis merakamkan terima
  kasih pada Pasukan Silat SK Batang
  Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.  | |
| 
Perbarisan Keluar padang | 
Majlis diteruskan lagi
  dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk
  masuk ke khemah masing-masing. 
– MUZIK PERBARISAN 
…………. 
Dengan itu maka
  sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
  kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
  mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat. | |
| 
Acara Sukan | 
Hadirin dan hadirat
  sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK
  Batang Kali kali ke-56.   
Acara pertama pada hari
  ini ialah Tarik Tali.  
Diminta kepada semua
  peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan
  sebentar lagi. 
Untuk itu majlis
  menjemput Yang Berhormat Tuan Mat
  Nadzari bin Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara
  pertama. Dipersilakan. | |
| 
Penyampaian hadiah (1) | 
Dengan ini pihak Majlis
  dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan guru besar, En.
  Mohamad Akhwan Bin Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat
  Nadzari Bin Ahmad Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
  Dipersilakan. 
Bagi acara………… 
Pingat emas dimenangi
  oleh adik…..daripada rumah...... 
Pingat perak pula
  disandang oleh adik…dari rumah…. 
Pingat gangsa menjadi
  milik adik…dari rumah... 
........................ 
Majlis merakamkan terima
  kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana telah
  sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi. 
Sebagai tanda terima
  kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi
  menyampaikan cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas
  kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang. 
Terima kasih diucapkan
  kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi menyampaikan cenderamata itu
  tadi. | |
| 
Penyampaian Hadiah(2) | 
Hadirin dan hadirat
  sekalian, 
Kejohanan Sukan Tahunan
  berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah. 
Seterusnya majlis
  penyampian hadiah bagi acara ______________________________ 
Untuk menyempurnakan
  penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan: 
Nama: 
Jawatan: 
Dengan diiringi oleh 
Nama: 
Jawatan: 
Dipersilakan tuan. 
Bagi acara ............................... 
Emas dimenangi oleh
  adik...dari rumah... 
Perak dimenangi oleh
  adik...dari rumah... 
Gangsa dimenangi oleh
  adik...dari rumah.. 
Majlis merakamkan terima
  kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana
  telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. 
Seterusnya
  dipersilakan  .............................. menyampaikan
  cenderahati kepada ................................... 
Pihak majlis mengucapkan
  setinggi-tinggi terima kasih. 
Seterusnya adalah
  penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah. 
Dipersilakan: 
Penerima Anugerah
  Olahragawan kejohanan disandang oleh
  adik.................................................................... 
Penerima Anugerah
  Olahragawati kejohanan disandang oleh
  adik..................................................................... 
Bagi kategori Perbarisan
  terbaik disandang oleh: 
 rumah..................................................... 
Johan Sukantara jatuh
  kepada rumah .............................................. 
Dan Johan
  keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56,
  jatuh pada:   rumah................................... 
Tahniah diucapkan kepada
  semua pemenang. | |
| 
Majlis penutupan
  kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6) | 
Kejohanan Sukan Tahunan
  SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke penghujungnya.  
Oleh itu, semua murid
  diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing. 
(marching song) 
Seterusnya, tibalah acara
  kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu,
  dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
  menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.  
Dengan hormatnya dipersilakan. | |
| 
Kami ingin merakamkan
  sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
  secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan
  perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini. 
................................................................. 
Sekarang kita tampilkan
  En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray
  sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali
  ke-56. Dipersilakan. 
Akhir kata dari kami 
Majulah sukan untuk
  negara. Assalamualaikum w.b.t | 
#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan tahunan sekolah

nice sharing
BalasPadamboleh dijadikan contoh...
BalasPadamTerima kasih...sangat2 membantu
BalasPadamterima kasih atas perkongsian tuan..
BalasPadamterima kasih tuan, sgt membantu!
BalasPadamterimakasih byk cikgu...semoga Allah membalas kebaikan cikgu....
BalasPadamassalammualaikum mohon copy paste
BalasPadammohon copy paste ya... TQ
BalasPadamAssalam...Mohon copy paste cgu😊
BalasPadamTERIMA KASIH CIKGU HELMI,LEGA SIKIT TUGAS MC LEPAS TENGOK TEKS CIKGU.
BalasPadamterima kasih cikgu..saya copy teks cikgu..jazakallahu khairan kasiran
BalasPadamAslmkm.. mohon copy paste teks ni..tqvm.
BalasPadamassalamualaikm..mohon share share teks cikgu ye...tq
BalasPadamassalamualaikm..mohon share share teks cikgu ye...tq
BalasPadamassalamualaikum.mohon diguna pakai utk majlis sukan sek sy ye..terima kasih sgt2..smga Allah kurniakan ganjaran pahala juga buat tuan...
BalasPadamALHAMDLILLAH, TERIMA KASIH NO..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian..moga dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan anda.
BalasPadamterima kasih sekalung budi, moga sentiasa dipermudahkan urusan
BalasPadamterima kasih atas perkongsian..moga dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan anda.
BalasPadamTq so much ye cikgu..saya guna teks ni...moga dimudahkan urusan cikgu.
BalasPadamASSALAMUALAIKUM. Mohon kongsi utk majlis sekolah sy ye? terima kasih banyak-banyak.
BalasPadam