Pengikut

Selasa, 2 Disember 2014

BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON

Assalamualaikum.



Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan BR1M tuan/puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:

i. Maklumat pasangan/tanggungan;

ii. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;

iii. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu, tuan/puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan/puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampiran; dan

iv. Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas layak dipertimbangkan untuk menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian. 

Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https:ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan /Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM. 

Kegagalan tuan/puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan/puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia). 


3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78