Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Anda
rasa tak ada masa nak membaca novel? Anda rasa tak ada masa nak membaca
cerpen? Panjang dan tebal? Jangan musnahkan impian anda untuk terus
membaca. Ada bahan bacaan lain yang boleh dibaca dalam relatif masa yang
pendek dan sibuk, iaitu anekdot.
Melalui Siri Anekdot dan Cerita
Kehidupan: Rimbun Kehidupan, Langit Kehidupan, Rencah Kehidupan, Lautan
Kehidupan dan Pelangi Kehidupan, pembaca dapat menikmati aneka cerita
yang mampu menjentik rasa dan membuai perasaan. Silap hari bulan, boleh
ketawa seorang diri.
Saya turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku "Rimbun Kehidupan" dan "Rencah Kehidupan".
Dalam buku Rimbun Kehidupan, saya ada menulis lima tajuk berkaitan buku dan dunia pembacaan.
1. Yang Pertama, Yang Diingati
- Cerita tentang buku pertama yang saya beli sewaktu di sekolah rendah. Buku apa yang saya beli?
2. Kedai Buku Bergerak
- Cerita tentang kedai buku bergerak yang datang ke sekolah saya. Ada
kisah ibu bapa yang nak pulangkan semula buku yang dibeli oleh anaknya
sebab dia hanya bekalkan duit belanja sahaja tetapi bagaimana anak dia
dapat beli buku?
3. Sepucuk Surat Sekeping Harapan
- Cerita tentang hadiah buku yang saya berikan kepada murid saya dibalas dengan sepucuk surat. Apa isi surat?
4. Bibliofil Bukan Orang Gila!
- Cerita tersilap bagi alamat penghantaran buku sehinggakan posmen telefon.
5. Dalam Puisi Ada Jiwa
- Cerita tentang seorang remaja yang mahu membeli buku puisi tetapi "dihalang" oleh ibunya.
Dalam buku Rencah Kehidupan pula saya menyentuh tentang pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dan kerenah murid sekolah rendah.
1. Ikan Menjala Pak Ali
- Kata orang, senang mengajarkan Bahasa Melayu? Betulkah senang? Habis, macam mana ikan boleh menjala Pak Ali?
2. Cikgu Sebut, Salah!
- Apa respons guru jika ditegur oleh murid? Betulkah apa yang ditegur itu salah?
3. Cikgu Ambil Rasuah?
- Tersentap sekejap gara-gara murid menuduh guru ambil rasuah. Rasuah apa? Betulkah?
4. Duta Susu Sekolah
- Yang dok berebutkan kotak susu tu kenapa? Sedap sangatkah susu yang punggungnya berbelang warna-warni?
5. Fungel vs Fungsi
- Alahai, kerana salah membaca satu dua perkataan, terpesong maksudnya.
Sebelum terpesong, boleh bayangkan macam mana gelabahnya cikgu tu nak
berikan jawapan?
Ada banyak lagi kisah menarik dalam kelima-lima
siri penerbitan ini. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.
Buku-buku
ini sesuai dibaca oleh semua lapisan pembaca. Saya amat menyarankan
buku-buku ini dibeli oleh guru di sekolah untuk bacaan pelajar dan guru.
Majlis Pelancaran Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan ini telah
dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan di Red Card Cafe, Bandar
Baru Bangi pada 9 September 2018. Beliau turut menyumbang anekdot dan
cerita kehidupan dalam buku Rencah Kehidupan.
Buku-buku ini boleh dibeli terus daripada saya pada pakej berikut:
1. Senaskhah - RM25
2. Set Lengkap: 5 Judul - RM100
*Tidak termasuk kos penghantaran.
Sokonglah industri penerbitan buku dengan membeli dan membaca buku tanpa jemu.