Pengikut

Sabtu, 25 Mac 2017

Karya Mohd Helmi Ahmad Mula Menjadi Bahan Kajian

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sewaktu saya mula menulis, tujuan saya menulis adalah untuk melihat karya saya disiarkan dalam akhbar dan majalah sahaja. Apabila karya saya disiarkan dalam media cetak, bermakna akan lebih ramai membaca karya tersebut.

Hasil daripada menulis secara eceran, kini saya telah berjaya menerbitkan tiga buah buku.

1. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa
2. Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan
3. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam 


Kini saya tidak menjangkakan apabila karya saya itu menjadi kajian dan bahan bengkel penulisan pula.
Saya berasa teruja apabila ada yang memaklumkan bahawa:

"Cikgu, saya telah membaca buku cikgu. Buku cikgu dijadikan bahan perbengkelan sewaktu saya mengikuti bengkel penulisan."

"Cikgu, saya nak minta izin untuk menggunakan buku cikgu untuk Projek Ilmiah Tahun Akhir saya."

"Cikgu, saya nak temu ramah cikgu berkaitan buku cikgu untuk tugasan saya."

"Cikgu, izinkan saya gunakan cerpen cikgu untuk pertandingan bercerita."

"Cikgu, izinkan saya gunakan buku cikgu untuk dijadikan bahan kajian jurnal saya!"

"Cikgu, izinkan saya gunakan buku cikgu untuk tugasan saya!"

Bagi saya adab mereka meminta izin sebelum menggunakan karya saya amatlah terpuji. Sebagai penulis, saya amat terharu apabila karya saya baik yang eceran mahupun buku dipilih dan digunakan untuk kajian ilmiah dan seumpamanya.

Selalunya saya mengizinkannya dengan syarat setelah siap mereka memberikan kepada saya satu salinan tugasan tersebut untuk saya simpan sebagai dokumentasi.

Mohd Helmi Ahmad
Terima Kasih kerana Memilih Karya Saya

Jumaat, 24 Mac 2017

Hadiah Sastera Selangor 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



HADIAH SASTERA SELANGOR 2017

Ada yang bertanya kepada saya beberapa perkara tentang HSS ini. Adakah hadiah ini seperti hadiah sastera negeri seperti yang pernah diadakan oleh Kelantan, Perak, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak? 

TIDAK. 

Hadiah Sastera Selangor ini ataupun lebih tepat dijudulkan Hadiah Sastera SelangorKini ini mengiktiraf atau menilai karya; cerpen, puisi dan esei yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini dan Portal SelangorKini sahaja.

Akhbar SelangorKini, diedarkan secara percuma. Selalunya saya memperoleh akhbar ini di masjid pada hari Jumaat.

Untuk syarat penyertaan bolehlah rujuk pada iklan bergambar.

Sebagai maklumat tambahan, menurut Fazallah Pit, cerpen dan esei sekitar 800 patah perkataan. Honorarium juga diberikan kepada karya yang tersiar.

Keputusan Pemenang Hadiah Sastera SelangorKini 2015

PUISI
Hadiah Utama (RM5,000)
Arafat Hambali, Hujan
Sagu Hati (RM1,000)
Ismail Suhadi, Cerita tentang Api
Aziz Zabidi, Hujan Malam Disember
Hadi Jaafar, Nazak
Hazayani Zakaria, Wajah Siasah Kita?

CERPEN
Hadiah Utama (RM5,000)
Roslan Jomel, Telefilem
Sagu Hati (RM1,000)
Syafiq Ghazali, Membunuh Serangga
Nuruddin Abu Bakar, Madam Buchanan Ingin ke Bintang
Hadi Ja’afar, Ruang Kubikel Putih
Razali Endun, Burung Tiong Tok Jib

RENCANA
Hadiah Utama (RM5,000)
Karl Agan – Beban Puisi dan Tanggapannya
Sagu Hati (RM1,000)
Al Ghazali, Licik yang Kurang Ajar
Najmuddin Yusoff, Penulis Mati Selepas Karya Terbit
Roslan Jomel, Dongeng Masih Diperlukan Dunia
Najibah A. Bakar, Amanat Terpenting Balai Maqamat Affandi Hassan
Karya pemenang ini telah dihimpunkan dalam satu buku yang dijudulkan SIPENA. Buku ini diterbitkan bersama dengan ITBM. Untuk dapatkan buku ini bolehlah membuat pembelian terus daripada ITBM.

Mohd Helmi Ahmad
Hadiah Sastera SelangorKini 2017

Ahad, 19 Mac 2017

Sayembara Cerpen Media Baharu 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2016
- KATEGORI CERPEN MEDIA BAHARU


SYARAT PENYERTAAN
♤ Cerpen perlu menggambarkan elemen ICT yang positif.


♧ Manuskrip ditulis dalam Bahasa Melayu, bertaip komputer, fon Times New Roman siaz 11 dan langkau sebaris. Anggaran panjang manuskrip adalah 1,500 - 2,000 patah perkataan (4 - 5 halaman kertas A4).


♤ Semua karya yang dihantar mestilah dikepilkan dengan surat penyerahan yang mengandungi maklumat diri, alamat, nombor telefon, dua keping gambar berwarna berukuran pasport dan pengakuan bahawa karya adalah asli. Karya tanpa maklumat yang lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk pertandingan.




■ E-melkan karya anda kepada hadiahsastera@utusan.com.my

☆ HADIAH UTAMA - RM5,000
5 Hadiah Penghargaan RM1,000 Setiap 1


》 TARIKH TUTUP: 10 APRIL 2017

Mohd Helmi Ahmad
Iklan HSKU 2016

Ahad, 5 Mac 2017

Buku dan Majalah Terbaik Bulan Mac 2017

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Koleksi bacaan untuk bulan Mac 2017.

1. Dewan Sastera, Bil. 3/2017

2. Tunas Cipta, Bil. 3/2017

3. Pelita Bahasa, Bil. 3/2017

4. Koleksi Teks Pengacaraan Majlis Rasmi Sekolah - Absha Atiah Abu Bakar, 2016

5. Kumpulan Cerpen Remaja: Kemelut Jiwa Merdeka, ITBM 2017 - Siti Nur Hidayah @ Princess Pueh 

6. Stetoskop: Aku Budak Medik 3.0, Kata-Pilar, 2017

7. Kumpulan Cerpen Remaja: Cinta Menyala di Constantinople, Kata-Pilar 2016 - Fahd Razy
 
Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan penulis. Teruslah menyumbang karya dalam majalah yang bermutu seperti DBP.

Rakan-rakan yang telah berjaya menerbitkan buku, teruslah mempromosikan buku kalian moga sampai kepada pembaca.

Saya akan sentiasa menyokong dan meraikan hasil karya kalian yang diterbitkan secara eceran mahupun buku.

#Majalah #BukuSastera #DBP #ITBM #KataPilar
 
Mohd Helmi Ahmad
Koleksi Bacaan Peribadi

Sabtu, 4 Mac 2017

Mengapa Perlu Baca Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kalau setakat nak baca info dan maklumat berkaitan kesihatan atau tip-tip dan panduan kesihatan, banyak sumber yang boleh diperoleh. 

Tetapi mengapa perlu membaca Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 ini? 

Doktor itu manusia. Pesakit juga manusia. Apabila doktor dengan pesakit berinteraksi - sewaktu sesi mendapatkan rawatan pasti ada kisah atau cerita yang tidak dapat diperoleh daripada mana-mana sumber. 

Adakala pengalaman seorang doktor yang merawat dan pengalaman pesakit yang menerima rawatan boleh dijadikan panduan dan pedoman kepada masyarakat lain pula.

Siapa yang mahu ceritakan kisah yang menyedihkan, melucukan atau menyayat hati kepada orang lain? 

Adakala kisah itu menjadi rahsia yang tidak terceritakan. Adakala ada yang mahu ceritakan tetapi tidak ada medium yang sesuai. Oleh sebab itu, saya memuji usaha Dr Fahd Razy menerbitkan siri ini.

Pernahkah anda mendengar kata-kata; mencegah lebih baik daripada merawat? Justeru, saya melihat CASD 2.0 ini bertindak sebagai rawatan pencegahan tersebut. 

Tahniah kepada semua doktor yang menulis dalam buku ini. Buku ini terbitan KATA-PILAR. Boleh beli sebuah buku ini dengan harga RM28.

Mohd Helmi Ahmad
Berhati-hati dengan Tulisan Doktor dalam CASD 2.0 ini, Takut Nanti Tercakar Hati pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78