Pengikut

Sabtu, 4 April 2015

Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan: Respons Pembaca

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tanpa pembaca buku tidak akan pernah hidup.

Terima kasih kepada pembaca yang telah memiliki Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan, ITBM 2015. Moga karya yang kecil dan seadanya ini mampu mengembalikan dan melentur keras diri untuk mengenang dan mengingat alam remaja yang pernah mengasuh diri. 









Yang berminat untuk menyangkir madu di taman puisi boleh buat pesanan terus daripada saya: Pakej istimewa diberikan kepada pembaca semua. 

Khamis, 2 April 2015

Teks Pengacara Majlis Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah

Assalamualaikum.




TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56
Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil
Acara
Teks

Umumkan ketibaan VIP
Paluan kompang
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.


Ucapan alu-aluan
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,
Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.


Perbarisan lintas hormat
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.


Menjemput VIP menerima tabik hormat dari peserta perbarisan
Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

-       MUZIK PERBARISAN


Perbarisan Bendera kejohanan
Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman, pembawa bendera Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.


Perbarisan Rumah Biru
Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi Kalsom bt Zainal Abidin.


Perbarisan Rumah Merah
Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh adik  Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.


Perbarisan Rumah Kuning
Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.


Perbarisan Rumah Hijau
Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Rohaida bt Md Isa.



Prasekolah
Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.


Bacaan Doa
Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh  Ustaz  Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
 (Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.


Nyanyian Lagu Negaraku
Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.  

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.


Ucapan perasmian
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.  Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.


Upacara menaikkan bendera
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014. 


Menjemput pembawa bendera mengiringi pembaca ikrar

Lafaz ikrar kejohanan
Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.
………

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Persembahan Silat
Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adik Mohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.


Perbarisan Keluar padang
Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.


Acara Sukan
Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. 

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama. Dipersilakan.




Penyampaian hadiah (1)



Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Penyampaian Hadiah(2)
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan  .............................. menyampaikan cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:
 rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56, jatuh pada:   rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Majlis penutupan kejohanan dan penyampian hadiah ketegori khas(6)





Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.



Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Skrip pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah
#Teks pengacara majlis acara perasmian, perbarisan, penyampaian hadiah dan penutup sukan tahunan sekolah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78