Pengikut

Isnin, 29 September 2014

Blog Niche Sastera dan Penulisan vs Niche Bahasa dan Pendidikan

Assalamualaikum.

Sudahkah anda mengenal pasti kekuatan yang ada pada blog anda? Perlukah seseorang blogger menganalisis kekuatan dan kelemahan blog sendiri? Untuk apakah perkara-perkara ini dilakukan oleh seseorang blogger? Pasti banyak manfaat yang akan diperolehi daripada kerugian dengan melakukan perkara-perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger. 

Saya bukanlah seorang blogger yang hebat yang boleh menawarkan tips atau perkongsian yang terperinci dalam hal blog. Jauh sekali untuk bercakap soal SEO Bounce Rate, Alexa, PR dan sebagainya. Namun begitu, pengalamanlah yang boleh mematangkan seseorang blogger itu untuk terus berjaya. 


Niche Tetamu Istimewa

Niche Sastera dan Penulisan


Sekiranya anda yang mengikuti blog Tetamu Istimewa ini, dari awal hingga sekarang ini, pasti dapat menerka niche blog ini. Pada awal pembabitan saya dalam dunia blog ini, entri saya banyak ke arah perkongsian sastera dan penulisan

Melalui blog inilah saya merakam atau mendokumentasikan hasil penulisan saya yang berupa cerpen, puisi, artikel yang tersiar di majalah dan surat khabar. Selain itu, saya ada juga berkongsi sisi-sisi kerja penulisan dan seumpamanya. 

Bagaimanapun, saya perlu akui niche ini perlukan sesuatu daya tarikan yang kuat untuk menjana trafik. Tetapi, untuk sekadar perkongsian untuk menambahkan ilmu dan sebagai bahan bacaan, saya akan terus menerbitkan entri berkaitan niche ini. 


Entri untuk Niche Bahasa dan Pendidikan


Satu lagi niche yang cuba saya tonjolkan ialah bahasa dan pendidikan. Nampaknya, niche ini lebih menyerlah daripada niche sastera dan penulisan. Setelah mengkaji dan menganalisis sebab musababnya saya beranggapan, niche bahasa dan pendidikan boleh menjana trafik yang tinggi berdasarkan perkongsian yang dikongsikan. 

Hal ini kerana, info dan perkongsian berkaitan pendidikan umpamanya banyak dicari oleh pembaca. Mereka memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat dalam pencarian sumber rujukan dan membuat permohonan online.

Antara entri yang boleh dikongsikan oleh blogger dan pernah dilakukan oleh saya sendiri ialah entri Semakan Keputusan Peperiksaan iaitu (SAPS), Semakan Permohonan Kemasukan ke kolej, universiti, Institut Pendidikan Guru dan sebagainya. 

Entri yang saya sifatkan paling berjaya ialah entri berkaitan rujukan seperti Tugasan PT3 yang nampaknya masih kukuh dan berjaya menarik ribuan pageviews. 

Tugasan PT3 Menjana Trafik Tinggi


Untuk niche pendidikan, saya pernah berkongsi maklumat di blog ini. Alhamdulillah, entri Tugasan PT3 Geografi dan PT3 Sejarah telah menjana trafik yang tinggi hingga masih kekal dalam Top 10 entri paling popular Tetamu Istimewa

10 entri Popular Tetamu Istimewa - 29/9/2014

Buktinya, pengunjung Tetamu Istimewa ketika itu berjaya mencecah 1704 orang pada satu masa. Dan, Tetamu Istimewa pernah mencatat Pageviews pada masa itu hingga mencecah 176 453 sehari



Oleh itu, para blogger harus mengenal pasti niche blog masing-masing supaya dapat menonjolkan kekuatan blog dengan entri yang berkualiti dan dapat menjana trafik yang tinggi

Isnin, 22 September 2014

www.ithinkonline.org.my

Assalamualaikum.



Ingat lagikah kalian dengan Kursus i-Think dalam Talian (KiDT) yang pernah saya tulis dalam entri lepas? Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang kursus ini. KiDT merupakan lanjutan daripada Program i-Think yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam fasa kedua ini, semua guru di Malaysia perlu mengikuti KiDT. 

Log In:
(Guna Nombor IC)

Password:
(Tanya Penyelaras i-Think Sekolah)

Kursus ini memerlukan guru menyiapkan 25 modul yang disediakan secara online. Antara kandungan 25 modul yang dikenali dengan Peta Kursus tersebut termasuklah:

Gambaran Keseluruhan
1. Gambaran Keseluruhan MPK
2. Gambaran Keseluruhan i-Think
3. Mesej Penting

Penetapan Konteks
4. Murid Abad ke-21
5. Sekolah Pemikiran
6. Enam Titik Permulaan

Proses Pemikiran
7. Alat Visual untuk Pembelajaran
8. Gambaran Keseluruhan Proses Pemikiran
9. Mendefinisikan Mengikut Konteks (Peta Bulatan)
10. Menerangkan (Peta Buih)
11. Membanding Beza (Peta Buih Berganda)
12. Membuat Pengelasan (Peta Pokok)
13. Hubungan Seluruh Bahagian (Peta Dakap)
14. Urutan (Peta Alir)
15. Sebab dan Akibat (Peta Pelbagai Alir)
16. Melihat Analogi (Peta Titi)
17. Bingkai Rujukan 

Alat Latihan
18. Peta Pemikiran Bestari
19. Latihan Berpandu
20. Kuiz Sekolah i-Think

Kemahiran Berfikir dan Menyoal
21. Penyoalan dan Pembinaan Soalan yang Berkesan
22. Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Kemahiran Menyoal 

Penilaian
23. Penetapan Konteks
24. Proses Pemikiran
25. Ujian Terakhir

KiDT harus disiapkan dalam tempoh 3 bulan. Fasa Perluasan ini bermula pada September hingga Disember. Guru-guru juga harus melepasi Ujian Terakhir dalam kadar 60 peratus untuk lulus.

Sabtu, 20 September 2014

Kuah Rojak Mak Bee Popular di Alor Setar

Assalamualaikum.

Pernah dengar Kuah Rojak Mak Bee? Pernah beli? Pernah rasa? Sememangnya Kuah Rojak Mak Bee sangat popular di Alor Setar, Kedah. Kepada yang pernah datang ke Alor Setar, pasti tahu di mana Kuah Rojak Mak Bee dijual. Di mana lagi, kalau bukan Pekan Rabu



Setiap kali saya pulang ke kampung, pasti ada rakan guru yang memesan Kuah Rojak Mak Bee. Kata mereka, sedap. Sebagai penduduk Alor Setar, kami lebih suka buat Garam Belacan sendiri untuk cecah dengan buah-buahan seperti jambu air, jambu batu, cermai, mempelam, belimbing dan lain-lain lagi. 

Tempat Pengeluaran 


Kuah Rojak Mak Bee juga dikenali dengan Kuah Rojak Kacang Mak Bee yang dikeluarkan oleh MAK BEE UTARA ENTERPRISE, beralamat 34, Jalan Serai, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kepada yang berminat untuk menempah boleh menghubungi nombor ini 04 7334726. 

Bahan-bahan yang Diperlukan


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuah Rojak Mak Bee ini seperti kicap, cabai, gula, belacan, garam dan kacang. 

Harga 

Saya kira sudah pastilah banyak yang tertanya-tanya, berapa harga sebotol Kuah Rojak Mak Bee?Sebotol yang beratnya 350 gram adalah RM4. Tetapi kalau beli 3 botol harganya RM10

Kalau yang datang ke Alor Setar, Kedah jangan lupa singgah Pekan Rabu boleh beli Kuah Rojak Mak Bee yang popular. Selain itu, boleh beli juga barangan yang lain. 

Nota: Tamat cuti sekolah. Malam ini akan pulang semula untuk bertugas seperti biasa. 

Jumaat, 19 September 2014

Novel Langka yang Diterbitkan Semula

Assalamualaikum.

Sekiranya ada yang sudah "menjadi kawan" saya di Facebook pasti menyedari yang saya ada berkongsi koleksi bacaan saya. Status siri Koleksi Bacaan saya itu akan saya teruskan untuk memberi pilihan kepada pembaca atau ulat buku yang suka membaca. Tiada niat untuk saya menunjuk-nunjuk yang saya membaca buku itu buku ini. 

Setelah mengenali dunia Facebook, saya turut menyertai kelab atau kumpulan Kolektor Buku2 SeMalaysia dan Pasar Buku Malaysia. Kedua-dua kelab ini cuba berkongsi koleksi bahan bacaan langka yang dimiliki. Jika bernasib baik, mereka turut menjual koleksi yang ada kepada yang berminat. 

Berbalik pada siri Koleksi Bacaan saya, eloklah saya lanjutkan di sini juga untuk tujuan perkongsian. 

Novel Nostalgia Terbitan Alaf 21


Sekitar tahun 2006 dan 2007, Alaf 21 muncul dengan terbitan Novel Nostalgia. Antara matlamat terbitan ini adalah untuk memberi peluang pada generasi baru untuk menatap karya sastera yang kaya dengan mesej tersirat untuk dijadikan iktibar bersama.

"Sesebuah karya yang baik tak akan lekang dek panas, tak lapuk dek hujan meski berabad lama usianya.

Dalam tempoh penerbitan itu sempat saya memiliki empat buah novel tersebut.

1. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad (2006).
2. Badai Semalam - Khadijah Hashim (2006).
3. Tukcai - Azizi Abdullah (2007).
4. Jalur Dinar di Celah Daun - Zaharah Nawawi (2007).

Bagaimanapun, terbitan Novel Nostalgia ini terhenti begitu saja. Seharusnya, siri ini diteruskan untuk penerbitan novel sastera yang lain. Barangkali Puan Sri Diah boleh menjawab tentang perkara ini.

#Sekiranya diberi peluang untuk mengemukakan judul karya sastera tersebut, anda mahu novel apa dicetak ulang?


Ameen Kreatif terbitkan novel Azizi Hj Abdullah


Selain daripada Alaf 21 yang menerbitkan Novel Nostalgia, Ameen Kreatif turut menerbitkan semula karya (novel) sastera seperti novel Allahyarham Azizi Hj Abdullah.

Antara novel beliau yang terpilih:

1. Suriati (2009).
2. Beruk (2010).
3. Anak Belantara (2011).
4. Badai Cinta (2011).


*Anak Belantara pernah diterbitkan oleh Marwilis Publisher, 1992 dengan judul Anak Belantara Tropika.

*Badai Cinta pula pernah diterbitkan oleh Creative Enterprise, 1996 dengan judul Ateik Putriba.

*Beruk pula diangkat Dari cerpen "Beruk" dan pernah menjadi bacaan teks sastera untuk SPM.

*Suriati juga pernah diterbitkan pada tahun 1993 dengan judul yang sama.

Novel Langka Harus Diterbitkan Semula


Dalam hayat pengarangan Allahyarham Azizi Hj Abdullah banyak karya yang telah dihasilkan beliau. Antaranya yang telah saya miliki hasil pencarian yang bersungguh-sungguh ialah:

1. Pertiwi - kumpulan cerpen terbitan Teks Publishing (1985).
2. Wi & William - novel Hadiah Novel National 1992/94 terbitan UP&D (1995).
3. Anak Kampung Kuala Raga - novel remaja terbitan DBP (1991).


Karya-karya begini harus dibaca dan dicetak ulang.

Setelah berkongsi koleksi buku ini di Facebook ada yang memberi maklum balas bahawa buku yang diterbitkan semula harus diberikan promosi dan diketengahkan pada khalayak. Promosi yang berterusan ini adalah untuk memastikan karya yang berkualiti ini disedari pembaca dan sampai kepada pembaca untuk ditelaah. 


Isnin, 15 September 2014

Cerpen: Kekabu Mimpi di Harmoni

Assalamualaikum.

Sewaktu pulang cuti persekolahan pada bulan Jun lalu, sempat saya menghasilkan satu cerpen. Setelah lama saya tidak menulis cerpen untuk majalah Harmoni dan kali terakhir cerpen saya disiarkan di majalah ini adalah pada Januari dengan judulnya Rakit Buluh di Tahun Baru




Kekabu Mimpi

Alhamdulillah, cerpen Kekabu Mimpi yang saya tukang itu telah disiarkan pada 1-15 September 2014 dalam majalah Harmoni. Kepada yang berminat untuk membaca cerpen ini bolehlah mendapatkan majalah ini dalam pasaran. Rasanya masih ada. 

Sesungguhnya, saya amat suka dengan cerpen ini. Cerpen ini sangat sederhana, namun membawa satu wacana yang besar tentang kejujuran, keberanian dan pendirian teguh. Prinsip inilah yang cuba saya sampaikan melalui watak penjual kekabu dan anaknya. Biarpun tidak secara terang-terangan melalui kata-kata, saya percaya pembaca dapat merungkaikannya setelah membaca keseluruhan cerita ini. 

Persoalan Budaya

Selain itu, persoalan budaya "tidur dengan bantal kekabu" cuba saya terapkan. Kenalkah anak-anak anda ataupun generasi sekarang ini dengan bantal kekabu? Oh, alangkah ruginya jika generasi sekarang ini sudah tidak mengenali "bantal kekabu"! 

Jika ada sekalipun, pasti cerita-cerita mistik berkaitan pokok kekabu yang tidak enak didengar lebih daripada kelebihan kekabu yang lebih baik daripada segi kesihatan berbanding gentian kapas tiruan. 

Ayuh, kepada yang minat menulis mulakan penulisan anda sekarang juga. Penilaian keberhasilan sesuatu karya itu bukan terletak pada keinginan untuk menulis semata-mata, sebaliknya pada hasil keseluruhan setelah karya itu siap. 


Sabtu, 13 September 2014

Apa Nak Buat Masa Cuti Sekolah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam kira-kira pukul 11.30 malam selamat sampai di kampung halaman. Kepulangan kali ini sempena cuti sekolah selama seminggu. Ada yang kata, pantang cuti sekolah terus lesap. Macamlah ada orang di kampung yang sedang menunggu. 

Saya senyum sahaja, dengan bersahaja saya menjawab saya masih ada insan yang istimewa di kampung iaitu ibu bapa dan keluarga saya. Mereka ini buah hati saya yang selalu menyinari hidup saya. 

Apa nak buat masa cuti sekolah? 


Sebelum itu saya terfikir juga masih adakah blogger-blogger yang nak baca dan singgah di blog saya ini? Semakin hari semakin sunyi blog ini. Apatah lagi kekangan masa untuk saya berblogwalking ke blog kawan-kawan. 

Namun begitu, demi berkongsi maklumat dan mencoret lembaran kisah yang pelbagai ragam saya tetap bersemangat untuk menghidupkan "Tetamu Istimewa". 


Semak Kertas Peperiksaan


Cuti persekolahan seminggu bukanlah tempoh penuh untuk saya berehat di kampung. Bukan juga masa untuk saya berbulan madu. Oleh kerana selama tempoh UPSR lalu, murid Tahun 5 di sekolah saya turut bertarung di medan peperiksaan. 

Selaku guru Bahasa Melayu yang mengajar tiga kelas daripada lima kelas yang ada perlulah menyemak kertas peperiksaan tersebut. Saya bawa semua kertas tersebut pulang bersama saya ke kampung. Jadi, masa cuti sekolah inilah saya akan cuba menyiapkan tugasan memeriksa kertas tersebut.


Kursus  i Think dalam Talian


Selain itu, masa cuti sekolah ini juga saya akan mengikuti Kursus i Think dalam Talian (KiDT). Kursus ini mengkehendaki guru menyiapkan 25 modul berkaitan i Think dalam talian. Saya cuma mengharapkan talian internet di kampung baik. 

Kerja-kerja Penulisan dan Pembacaan


Insya-Allah, kerja-kerja penulisan juga akan saya lunaskan. Di samping, membaca bahan-bahan bacaan terutama buku-buku yang telah lama saya beli. Dalam semua hal ini, masa bersama keluarga adalah yang terbanyak untuk dihabiskan. 

Bagaimana pula dengan kalian? Apa yang anda buat masa cuti sekolah?


Rabu, 10 September 2014

Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 Bocor

Assalamualaikum.



Nampaknya isu soalan bocor sekali lagi menghantui sistem peperiksaan di Malaysia. Kali ini belum pun soalan tersebut diduduki oleh murid telah dilaporkan soalan tersebut bocor.

Kertas Peperiksaan Sains (018, 028, 038) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada esok Khamis 11 September 2014 pada pukul 8.15 pagi hingga 9.30 pagi telah dilaporkan bocor menerusi laman sosial.

Dalam Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan yang dipetik dari Berita Harian Online, peperiksaan ini akan ditangguhkan. Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains (Science)  adalah pada 30 September 2014

Alahai, kesiannya kepada calon-calon yang telah bertungkus lumus belajar dan membuat ulang kaji. Moga segala yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. 



Isnin, 8 September 2014

Tips UPSR: Skor Markah Tinggi Bahagian C Nilai Murni/Pengajaran

     Assalamualaikum.

Nilai Murni - kredit foto dari id.slideshare.net


Esok merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh murid sekolah rendah untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Justeru, berbaki masa yang ada saya ingin berkongsi sedikit lagi tentang tips untuk skor markah tinggi bahagian C: Nilai Murni/Pengajaran. Sebelum ini telah saya kongsikan tentang Formula Menjawab Bahagian C. Boleh rujuk entri tersebut. 

Kesilapan Semasa Menjawab


Untuk mendapat markah yang cemerlang bahagian C, murid-murid haruslah mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini. 

1. Menyalin petikan
Murid/calon yang hanya menyalin petikan hanya diberi markah Tahap Pencapaian Minimum (TPM). 

2. Meringkaskan petikan
Murid/calon perlu mengambil keseluruhan ayat untuk mengemukakan huraian nilai.

3. Menyenarai nilai dalam bentuk poin atau frasa
Murid/calon perlu menulis dalam satu perenggan.

4. Ada nilai diberi tanpa huraian
Murid/calon hendaklah mengemukakan ayat yang lengkap bersama nilai dan huraian nilai.

5. Ambil nilai dalam petikan tetapi huraian luar petikan
Murid/calon perlu menjelmakan nilai daripada petikan dan huraiannya juga perlu berdasarkan petikan.

6. Tidak menjelmakan nilai
Murid/calon perlu jelmakan nilai daripada kata kerja yang terdapat dalam petikan bukannya menyalin nilai yang sedia ada.

7. Mengulang nilai atau idea
Murid/calon perlu memastikan nilai yang dijelmakan tidak sama antara lima nilai yang dikemukakan.



Ahad, 7 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Syarahan Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Syarahan Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri



Kita digalakkan menjaga kesihatan diri. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Rangka Karangan


1. Kita mesti menjaga _______________ .
2. Sihat bermaksud tidak ___________________ atau elok.
3. Seseorang itu perlu melakukan _______________ untuk kesihatan badan.
4. Kita digalakkan ____________ sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
5. Antara aktiviti ________________ yang mudah dilakukan ialah berjoging, berbasikal atau          berenang.
6. Kita juga perlu menjaga __________________ diri.
7. Kebersihan diri , pakaian, tempat tinggal dan ______________ penting supaya kita terhindar    daripada penyakit.
8. Persekitaran yang bersih akan mewujudkan ___________ yang indah.
9. __________ yang seimbang dan berkhasiat juga penting untuk kesihatan diri.
10. Rehat dan _____________ yang cukup juga penting untuk diamalkan.
11. Badan akan bertenaga dan ________ pula akan cerdas jika ini menjadi amalan.
12. Selain amalan jasmani, amalan ______________ juga penting.
13. Kita perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang luhur dalam hidup ___________ .
14. Kita perlu ___________, baik budi dan tidak meninggi diri antara satu sama lain.
15. Amalan menjaga kesihatan diri perlu dipupuk sejak ______________.
16. Oleh itu, kita mesti _________________ .

Rangka karangan ini boleh digunakan untuk menjawab soalan berbentuk ceramah dan ucapan. 

NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. Kredit juga perlu diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu). 

Formula Menjawab Bahasa Melayu UPSR: Bahagian C Nilai Murni/Pengajaran

Assalamualaikum.

Tinggal dua hari sahaja lagi murid Tahun 6 akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014. Barang diingat juga kepada murid haruslah bijak mengurus masa dan membuat ulang kaji dengan terancang mengikut kemampuan bukannya dalam tekanan yang menggunung. Kesihatan juga perlu dijaga. 

Sebelum ini saya ada berkongsi tentang Tajuk Penting Kertas Penulisan Bahagian B, untuk kali ini pula saya hendak berkongsi sedikit tentang Bahagian C - Nilai Murni/Pengajaran. Saya kira, murid sudah didedahkan dengan Bahagian C membina ulasan ini. 

Teknik menjawabnya juga saya kira sudah dipraktikkan dengan berkesan. Bagimanapun, suka saya ingin berkongsi tentang formula atau teknik menjawab Bahagian C ini. Murid boleh menggunakan formula atau teknik ASSDA seperti di bawah. 

Nilai Murni -kredit foto dari slideshare.net

Formula atau Teknik Mudah ASSDA



   i.  Antara nilai murni/pengajaran….                A
   ii.  Seterusnya……………..                              S
   iii. Selain itu………                                          S
   iv. Di samping itu…….                                    D
   v.  Akhir sekali ……….                                   A
  

Murid boleh mengikut kerangka menjawab atau menulis nilai murni/pengajaran dalam satu perenggan seperti di bawah. 

Antara nilai murni / pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah …………………….........................................
………………… . Seterusnya, kita perlulah………............................
................................................................................Selain itu, kita mestilah……………………………….........................................................
Di samping  itu, kita sewajarnya .............................................
….....................................Akhir sekali,kita ……….............................

Senarai Nilai Murni/Pengajaran

Sebelum itu, murid-murid haruslah mengetahui senarai nilai murni/pengajaran terlebih dahulu. Berikut disenaraikan nilai murni/pengajaran yang boleh murid pelajari dan digunakan untuk menjawab soalan Bahagian C Membina Ulasan.

Baik Hati
Pecahan Nilai
belas kasihan
bertimbang rasa
murah hati
saling memahami
saling memaafkan

Berdikari
Pecahan Nilai
berupaya bertindak sendiri
yakin pada diri sendiri

Hemah tinggi
Pecahan Nilai
kesopanan / berbudi bahasa
mengaku kesalahan sendiri
ramah mesra

Hormat menghormati
Pecahan Nilai
hormat ibu bapa
hormat kerajaan dan negara
patuh kepada undang-undang
hormat ahli keluarga, guru,rakan, guru dan jiran
hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa
patuh kepada ketetapan masa

Kasih sayang
Pecahan Nilai
menghargai nilai nyawa
menyayangi alam sekitar
cinta akan negara

Keadilan dan kebebasan
Pecahan Nilai
Adil
Saksama
kebebasan di sisi undang-undang

Keberanian
Pecahan Nilai
berani mencuba
berani kerana benar

Kebersihan akal dan fizikal
Pecahan Nilai
kebersihan diri
kebersihan alam sekitar

Kejujuran
Pecahan Nilai
amanah
bercakap benar
ikhlas

Kerajinan
Pecahan Nilai
daya usaha
dedikasi

Kerjasama
Pecahan Nilai
gotong -royong
perpaduan
toleransi

Keserderhanan
Pecahan Nilai
perlakuan
pertuturan
tidak melampau

Kesyukuran
Pecahan Nilai
berterima kasih
menghargai
mengenang budi

Rasional
Pecahan Nilai
membuat pertimbangan

Semangat bermasyarakat
Pecahan Nilai
bermaufakat
semangat kejiranan
peka isu sosial dan masyarakat

Patriotisme
Pecahan Nilai
taat setia
menghormati lagu dan bendera
cintakan negara
berbangga jadi warga negara

Saya berharap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada murid bahkan guru sendiri untuk menjawab Bahagian C: Membina Ulasan (Nilai Murni/Pengajaran).

Terima kasih juga kepada pihak PPD yang sering membantu guru-guru dengan mengedarkan bahan seperti ini untuk membantu peningkatan prestasi murid dalam UPSR.

Sabtu, 6 September 2014

Fokus Karangan UPSR: Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan Sekolah

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklah Bahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan Peringkat Sekolah


Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Ceritakan suasana sambutan tersebut.

Rangka Karangan

Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan

1 Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa)
2 Majlis itu diadakan pada __________ (bila) dan __________. (di mana)
3 Murid-murid berkumpul di __________________. (mana)
4 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat oleh ________. (siapa)
5 Tujuan sambutan itu diadakan untuk _____________ (mengapa).
6 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu __________________. (apa)
7 Murid-murid mengibarkan ____________________. (apa)
8 Kemudian, _________________ (siapa) dijemput untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan.
9 Murid-murid tahap 1 menyertai pertandingan _______________. (apa)
10 Manakala murid-murid tahap 2 pula menyertai ______________. (apa)
11 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat ________________ (apa) daripada murid-murid.
12 Penyampaian hadiah diadakan pada _______________. (bila)
13 ________________ ( siapa) yang menyampaikan hadiah.
14 Murid-murid yang berjaya menerima _________________. (apa)
15 Saya berasa gembira _____________________ . (kenapa)
16 Berharap agar sambutan ________________ (apa) dapat diadakan lagi pada lain kali.

Murid-murid boleh menggunakan rangka karangan ini untuk mengembangkan isi karangan dan seterusnya menghasilkan karangan yang baik. 

NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Modul Mulus Bahasa Melayu). 

Fokus Karangan UPSR: Dialog/Temu ramah Perkhemahan Sekolah

Assalamualaikum.

Jika hendak dikira bilangan hari UPSR 2014, hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Ketika ini, di sekolah guru dan murid sudah pastilah membuat ulang kaji, pecutan terakhir dan menggunakan formula terbaik untuk menelaah tajuk-tajuk penting, fokus utama setiap mata pelajaran termasuklahBahagian B: karangan atau penulisan Bahasa Melayu

Antara kaedah tersebut, guru akan memberikan isi-isi penting atau rangka karangan atau karangan contoh tajuk yang ditekankan untuk UPSR 2014. Oleh itu, saya cuba berkongsi rangka karangan untuk tajuk-tajuk penting itu. Untuk permulaan ini, saya kongsikan tentang Aktiviti Perkhemahan Sekolah

Rangka karangan ini juga boleh diubah ke bentuk atau format Dialog/Temu ramah.

Aktiviti Perkhemahan - kredit foto dari cempakabiru


Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang perkhemahan itu.

Rangka Karangan


Pen      :           - Tarikh/ masa/ tempat perkhemahan

Isi 1      :           - sebelum perkemahan
 - berkumpul / taklimat / bas

Isi 2      :           - semasa perkhemahan
 - diagihkan kepada kepada kumpulan/  pasang khemah

Isi 3      :           - cari kayu api –meredah hutan –flora dan fauna-    unggun api
 - masak air / makanan

Isi 4      :           - persembahan –nyanyian /lakonan

Penutup           - mengemas / membersihkan kawasan /    perasaan


Karangan Contoh


Perkhemahan diadakan _________ 12 April 2014. _____________ 3 orang guru dan 30 orang murid terlibat.
        Perkhemahan diadakan di tepi __________. Kami berkumpul di sekolah dan ________________ bas ke tapak perkhemahan. Pemandangan sangat ________ di sepanjang perjalanan. Kami menurunkan barang setelah ____________ di situ.
      Kami mengikut kumpulan selepas mendengar arahan guru. Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberikan. Selepas mendirikan ___________, kami memasak.
Kami ____________ hutan dan melihat banyak tumbuhan. Waktu malam, kami membuat __________ api.
         Pada hari terakhir, kami adakan persembahan mengikut kumpulan. Walaupun letih kami terhibur Kami bersiap-siap untuk pulang.
        Saya berasa ___________ dan gembira.


sampai
Seramai
pada
cantik
seronok
menaiki
unggun
khemah
hutan
meredah

NOTA: Bahan ini merupakan perkongsian daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hasil daripada perbincangan dan perbengkelan yang dianjurkan. Oleh itu, saya panjangkan di sini untuk perkongsian bersama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78