Pengikut

Isnin, 31 Mac 2014

Contoh RPH Bahasa Malaysia Tema Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika Tahun 4 KSSR

Assalamualaikum.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia. 

1. Kekeluargaan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas. 



CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH)
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR
TEMA: KEBUDAYAAN, KESENIAAN DAN ESTETIKA

TEMA
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
TAHUN
4 CERIA
TAJUK
Si Tanggang
STANDARD
PEMBELAJARAN
2.6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan bukan sastera  untuk mengenal pasti nilai murni.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i.      Membaca pelbagai bahan bukan sastera.
ii.     Memahami pelbagai bahan bukan sastera untuk mengenal pasti nilai murni.

AKTIVITI
  1.  Murid menonton tayangan video Si Tanggang.(Set Induksi)
  2. Murid bersoal-jawab dengan guru mengenai tayangan.
  3. Murid membaca petikan secara senyap.
  4. Murid membaca petikan secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu.
  5. Murid dan guru bersoal-jawab tentang petikan yang dibaca.
  6. Murid menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan secara berkumpulan.
  7. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan perbincangan dihadapan kelas.
  8. Murid diberikan lembaran kerja dan menulis jawapan  menggunakan ayat yang gramatis.
Pemulihan
Murid mengisi tempat kosong berpandukan nilai-nilai murni yang diberi.

Pengayaan
-

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Nilai : Hormat-menghormati, Kasih Sayang
EMK : TMK
KB     : Mengecam
BCB  : Bacaan Mekanis
TKP  : Verbal Linguistik

BAHAN BANTU BELAJAR
LCD / Petikan / Lembaran Kerja / Tayangan Video
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid dapat membaca dan memahami petikan untuk mengenal pasti nilai murni.
REFLEKSI
31 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif PDP.
Murid yang belum menguasai diberi bimbingan.



Stok Buku Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa Sudah Ada


Alhamdulillah, petang tadi berkesempatan ke Wisma Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk mengambil stok buku saya, Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa. Oleh itu, saya membuka tempahan kepada yang berminat untuk membeli daripada saya. 

Harga Pasaran RM20. Harga yang saya tawarkan RM23 termasuk kos pos. Harga buku setelah diskaun 15% - RM17 dan kos pos atau penghantaran RM6. Insya-Allah, saya akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. 

Kepada yang berminat boleh "bank in" RM23 ke akaun CIMB saya di nombor 0205-0119145-52-0. Sertakan nama penuh, alamat lengkap, nombor telefon di sini (saya tidak akan publish maklumat tersebut). Ataupun hantar maklumat tersebut ke alamat e-mel saya mie_adham86@yahoo.com. Hanya setelah pembayaran dibuat, barulah buku akan diposkan. 



20 pembeli pertama akan diberikan "free gift" klip kertas ini. 

Sesungguhnya, saya amat mengharapkan sokongan kalian semua. Tanpa pembaca, buku ini tidak bermakna juga. *Jika mahukan tandatangan saya, maklumkan sekali.

Sebagai rujukan kalian boleh membaca entri yang berkaitan buku ini di pautan di bawah:

Sabtu, 29 Mac 2014

Keputusan Pemenang Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) 1435H Kementerian Pendidikan Malaysia

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada pemenang Sayembara Penulisan Kreatif (Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Malidur Rasul, Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H. Sayembara ini terbuka kepada warga pendidik. 

Sebanyak 216 penyertaan teah diterima daripada warga pendidik sekolah, institusi pendidikan guru, politeknik, kolej komuniti dan institusi pendidikan tinggi awam.

Keputusan pemenang telah diumumkan dan disampaikan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor pada 21 Januari 2014.



Nota: Tak sempat nak menyertainya tahun lepas.

Jumaat, 28 Mac 2014

Kandungan Dewan Sastera April 2014

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada penulis yang karyanya tersiar di Dewan Sastera April 2014 - puisi, cerpen, drama, surat kepada editor, reaksi dan beberapa ruangan lagi.

Kulit Dewan Sastera April 2014

Karyawan Bulan Ini menampilkan Dato Dr. Zurinah Hassan. Saya pernah menulis ucapan tahniah kepada beliau sempena penganugerahan Darjah Setia Diraja Kedah baru-baru ini. Boleh baca di sini:


Kandungan Dewan Sastera April 2014 (klik pada foto untuk lebih jelas)


Untuk ruangan puisi dan cerpen mereka inilah yang sering menghiasi Dewan Sastera berselang bulan dan tahun. Tahniah sekali saya ucapkan. Antaranya:

Kemala, Muhammad Haji Salleh, Baha Zain, Nisah Haron, Noriah Mohamed, Siti Zainon Ismail, A. Halim Ali, Lim Swee Tin, Zaen Kasturi, Wahba, Rahimidin Zahari, Jamaluddin D., Suwanlerd Pro Poul, Jair Sulai, Hazwan Ariff Hakimi, Nassury Ibrahim, A. Karim Kadir, Hilmi Rindu, Hani Salwah Yaakup, Sara Salwana, Wan Ahmad Ismail, Nordin Saad, Jaya Ramba, Jais Sahok, Zhang Guixing, Awang Azman Awang Pawi, Bukhari Lubis, Imlan Adabi, Mohamad Abdullah, Abdul Halim Musa, Abdul Halim "AR".


Khamis, 27 Mac 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49 - Tonton Online (Kepala Bergetar)


Nampaknya drama Jika Itu Takdirku kembali bersiaran pada petang ini. Pasti berita ini menggembirakan peminat setia drama ini yang mengikutinya daripada episode awal. Kini memasuki fasa episode akhir. Jangan ketinggalan menonton Jika Itu Takdirku Episode 24 (Akhir) nanti. 

Sementara itu, Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah memasuki episode 49. Pada minggu depan Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan memasuki episode 49. Kepada peminat drama ini jangan lupa saksikannya nanti. Boleh juga tonton online di sini Kepala Bergetar:


Nota: Cuti sekolah berbaki dua hari sahaja lagi sebelum dibuka semula. Oh, dua hari sahaja lagi saya akan pulang ke Batang Kali untuk menjalankan tugas seperti biasa.

Rabu, 26 Mac 2014

Proses Kreatif Cerpen: Bunga Telur Kenduri Kahwin

Bunga Telur Kenduri Kahwin dalam Tetamu Istimewa

Sudah lama saya tidak membicarakan tentang seni penulisan. Hari ini saya kembali dengan entri perkongsian berkaitan penulisan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah mendapatkan Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa. Sesungguhnya saya akui, agak sukar untuk memasarkannya sendiri. Namun begitu, momentum jualan tersebut masih berterusan.


Proses Kreatif Cerpen

Sebelum ini saya ada mencoretkan proses keratif cerpen yang terkandung dalam Tetamu Istimewa. Antara artikel tersebut boleh dibaca melalui entri, Proses Kreatif Cerpen: Kuih Bakul Limau Mandarin Sempena Tahun Baru Cina dan Proses Kreatif Cerpen: Jangan Terperangkap dengan Perkataan Islam di Kad Pengenalan Anda

Selain cerpen yang dibicaran dalam dua entri di atas, cerpen Bunga Telur Kenduri Kahwin juga tidak kurang nostalgianya juga kepada saya. Cerpen ini tersiar di Harmoni. Pada awal pembabitan saya, cerpen ini terilham daripada sudut pandang peribadi, pemerhatian dan barangkali diadaptasi dari kehidupan realiti.

Bunga Telur Kenduri Kahwin tersiar di Harmoni 2010


Ulasan Panel Hakim HSKU

Cerpen ini akhirnya diberi pengiktirafan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobile (HSKU) pada tahun 2011. Di sini saya perturunkan ulasan panel hakim sebagai pembugaran ilham untuk sama-sama menggali apa ada dalam cerpen ini.

Cerpen "Bunga Telur Kenduri Kahwin" mengangkat persoalan budaya yang kian terhakis dalam masyarakat, terutamanya generasi muda. Melalui sudut pandangan watak datuk, falsafah yang terkandung dalam budaya itu dijelaskan secara langsung kepada cucunya yang bakal berkahwin. Daripada amalan budaya ini tersisip nilai moral yang tinggi seperti amalan bergotong-royong yang dapat mengikat rasa kekitaan dalam masyarakat. Paparan nilai itu berupaya menjentik minda remaja supaya berbangga dengan asal usul dan tidak malu untuk mengamalkan adat tradisi dalam dunia serba moden.
Dari sudut psikologi, cerpen ini berfungsi sebagai jambatan rohani antara sesama manusia demi menumbuhkan kefahaman antara satu sama lain. Fungsi ini disampaikan melalui paparan emosi orang tua yang kecewa dengan sikap generasi muda yang tidak menghargai budaya warisan bangsa sendiri. Paparan sedemikian menjadi wadah yang berkesan untuk mengajak khalayak menghayati perasaan orang tua dan menghormati mereka dalam kehidupan realiti. Anjuran secara tidak langsung begitu merupakan sarana didaktis yang hanya diperoleh melalui karya sastera kerana kebebasannya memanipulasikan lojik fiktif, berbanding dengan tulisan faktual yang sangat terbatas dari segi penerokaan batiniahnya. 

Secara jujurnya, sewaktu menghasilkan cerpen ini saya tidak berfikirpun tentang apa-apa yang diperkatakan ini. Secara lancar saya menulis cerpen ini kerana saya ingin menyampaikan situasi yang digambarkan dalam cerpen ini tentang perubahan budaya yang semakin melanda masyarakat Melayu.



Promosi:
Stok Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM masih ada dengan saya. Jika ada yang berminat untuk membelinya, boleh pesan terus daripada saya. Saya juga menyediakan perkhidmatan mengepos buku ini sekiranya kalian ingin hadiahkan buku ini kepada sesiapapun juga. Bahkan, saya amat mengalu-alukan sekiranya ada yang ingin menjadi sponser dan ingin menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiahnya. Segala perkhidmatan pos, saya akan uruskan. Sokongan kalian semua amat saya harapkan.


Belangsukawa Gambar Penumpang dan Kru MH370 - Doa Buat Mereka

Assalamualaikum.

Doa buat mereka semua. 
Untuk yang beragama Islam kita doakan "roh" mereka aman walau di mana ia berada sekarang ini.

Usaha pencarian kotak hitam dan serpihan MH370 masih diteruskan. Moga operasi ini dipermudahkan.


Selasa, 25 Mac 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 48 - Tonton Online (Kepala Bergetar)


Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah memasuki episode 47. Esok, drama ini akan menayangkan episode 48. Ternyata drama ini mempunyai peminatnya yang sendiri dan bukan calang sedikit jumlahnya juga. Tahniah kepada penulis novel, penulis skrip, pengarah dan kru yang terlibat. 

Kalian juga boleh menonton online esok Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 48 dengan hanya klik di sini, langsung ke blog Kepala Bergetar:


Selamat menonton!

Jika Itu Takdirku Episode 24 (Akhir) - Tonton Online (Aswan Azmy Blog)


Drama Jika Itu Takdirku bakal mengakhiri tayangannya pada episode 24. Salah seorang peminat setia drama ini ialah kakak saya. Entahlah, mungkin orang perempuan memang suka menonton drama Melayu ni. Betul tak? 

Saya dikhabarkan juga drama yang bakal menggantikan Jika Itu Takdirku selepas ini merupakan drama adaptasi juga yang berjudul Aku Isterinya yang diadaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress

Kepada yang terlepas menonton secara langsung atau tidak puas menonton secara langsung boleh tonton online di sini:



MH370: China Mahu Malaysia Beri Maklumat dan Bukti Pesawat yang Disahkan Berakhir di Lautan Hindi

Assalamualaikum.

MH370: China Mahu Malaysia Beri Maklumat dan Bukti

BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi. 

" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 

"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuters 

Salah seorang ahli keluarga penumpang warga China yang sedih

MH370: Suasana sedih selubungi keluarga penumpang di Beijing

BEIJING: Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari China bertukar menjadi histeria sebaik Perdana Menteri Malaysia mengunumkan penerbangan pesawat berakhir di selatan Lautan Hindi, malam tadi. 

Di hotel Beijing tempat di mana ramai ahli keluarga, waris dan sahabat handai berkumpul sejak MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tidak sampai pada pagi 8 Mac lalu, mereka terus meraung dan menangis sebaik mendengar berita terbaharu itu. 

Sesetengahnya mengeluarkan perasaan marah dan ada juga rebah di lantai.

Seorang wanita menjerit dengan berkata: "Ia tidak benar" sebelum rebah.

Sekurang-kurangnya empat orang terpaksa diusung kerana amat sedih dan mampu menerima kenyataan berkenaan. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Nota: Barangkali maklumat dan bukti yang terperinci akan dimaklumkan kepada umum pada sidang media pagi nanti.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 47 Tonton Online (Kepala Bergetar)

Saya menjangkakan pasti peminat setia Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah menonton episode 46. Episode 47 bakal menyusul. Kepada yang terlepas boleh tonton online episode 47 di blog Kepala Bergetar dengan klik pada pautan yang telah saya sediakan.




Nota: Sama-sama kita berdoa moga usaha penjejakan Kotak Hitam MH370 dijumpai. Kepada keluarga mangsa, bersabar dan tabah hadapi khabar berita ini. 

Laporan Terkini Sidang Media Khas MH370 Disahkan Berakhir di Lautan Hindi


KUALA LUMPUR - Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas berkenaan pesawat MAS MH370.

Beliau memaklumkan perkara itu selepas mengumumkan pesawat tersebut terhempas di tengah Lautan Hindi, sebentar tadi.

Sidang meda tersebut akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Misi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan memasuki hari ke-17 berakhir dengan pengumuman pilu itu.

Bersama-sama kita nantikan laporan terkini sidang media khas MH370 esok. 

Isnin, 24 Mac 2014

PM Najib Mengumumkan MH370 Sah Terhempas di Lautan Hindi

Salam Takziah kepada keluarga MH370.

PM Najib sedih ketika sidang media 


KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.


Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

Assalamualaikum.

UKCG - IPG

Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup, iaitu pada 30 Mac 2014. 

Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih mempunyai masa untuk berbuat demikian. 

Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan. 




UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 

A. Sesi Ujian Bertulis 
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
  •  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. 
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .

SESI TEMU DUGA 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN 
  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Rujuk juga entri ini:

1. SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014
2. CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
3. ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG 
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL


Ahad, 23 Mac 2014

MH370: Blog Tetamu Istimewa Didatangi Penggoogle dari Luar Negara

Setiap kali saya membuka blog pasti saya akan menyemak beberapa item pada dashboard termasuklah Pageviews, Followers, Traffic sources. Saya menganalisis dan membuat penelitian terhadap semua item ini. 

Sejak saya menerbitkan entri berkaitan MH370, saya perhatikan blog saya Tetamu Istimewa didatangi oleh penggoogle dari luar negara. Hal ini demikian, apabila saya melihat Referring Sites yang tercatat. 

Pada mulanya sebuah atau dua buah negara sahaja, namun smenjak sehari dua hari ni, saya tengok semakin bertambah pula. Paling banyak datangnya daripada Google Singapore. 

Sebagai rekod peribadi, saya printscreen data ini. Sebenarnya, ada beberapa buah negara lagi tetapi terlepas pula untuk saya printscreen. 

Referring Sites Tetamu Istimewa (1)
Referring Sites Tetamu Istimewa (2)


Google Thailand (th)

Google Brunei (bn)

Google Singapore (sg)

Google Australia (as)

Google UK (uk)


Google Indonesia (id)

Google New Zealand (nz)

Google Hong Kong (hk)


Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014: Keputusan Malaysia VS Australia

Assalamualaikum.


Biarpun tewas perlawanan terakhir menentang Australia, namun slot terkahir ke perlawanan akhir tetap milik Malaysia. Inilah yang dikatakan rezeki, jika sudah ditetapkan milik Malaysia, tiada siapa yang dapat menghalangnya. 

Bagaimanapun, Malaysia cemas seketika sebelum menanti keputusan perlawanan Korea Selatan menentang Afrika Selatan. Pada perlawanan terakhir Malaysia tewas 2-6 kepada Australia manakala Korea Selatan sekadar menang 5-2 ke atas Afrika Selatan. 

Pada perlawanan akhir tahun lepas, Australia menang 3-2 ke atas Malaysia. Tidak mustahil esok, Malaysia mampu membuktikan sesuatu sekaligus menewaskan Australia yang berada di ranking nombor satu dunia itu. 

Segala keputusan Malaysia menentang Australia akan kita ketahui esok. Semoga berjaya pasukan Malaysia. 

Keputusan Penuh: Malaysia (3) VS (8) Australia 


Sabtu, 22 Mac 2014

Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik SPM 2013

Assalamualaikum.

ranking sbp spm 2013


Setelah sebelum ini saya berkongsi Ranking MRSM Terbaik Keseluruhan SPM 2013, kali ini saya ingin berkongsi Ranking Sekolah Berasrama Penuh SBP Terbaik SPM 2013 pula. 

  1. SBP SEKOLAH TUN FATIMAH
  2. SBP SM SAINS SABAH
  3. SBP THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
  4. SBP SM SAINS SULTAN MAHMUD
  5. SBP SM SAINS TUNANKU MUNAWIR
  6. SBP INTEGRASI GOMBAL
  7. SBP SM SAINS ALAM SHAH
  8. SBP SEKOLAH SERI PUTERI
  9. SBP KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
  10. SBP SM SAINS HULU SELANGOR
  11. SBP KOLEJ TUNKU KURSHIAH
  12. SBP SM SAINS TAPAH
  13. SBP SM SAINS JOHOR
  14. SBP SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
  15. SBP SM SAINS KULA TERENGGANU
  16. SBP SM LAHAD DATU
  17. SBP SM SAINS KOTA TINGGI
  18. SBP SM SAINS SELANGOR
  19. SBP SM SAINS SERI PUTERI
  20. SBP INTEGRASI RAWANG

Tahniah kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah jua.

Jumaat, 21 Mac 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46 - Tonton Online (Kepala Bergetar)

Assalamualaikum. 


Hari ini merupakan hari terakhir sebelum sekolah bercuti penggal pertama selama satu minggu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung. Petang ini akan bertolak ke Alor Setar menaiki bas. Doakan saya selamat sampai ya. 

Kepada peminat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bolehlah tonton online episode 46 nanti. Kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi blog yang berpotensi tinggi dengan entri tonton online iaitu KEPALA BERGETAR.


Nota: Jika di kampung nanti tahap capaian internet baik, akan saya terbitkan entri baharu. Jika sebaliknya, entri inilah sepanjang satu minggu nanti.


Ranking MRSM Terbaik Keseluruhan SPM 2013

Assalamualaikum.



Ekoran daripada entri saya sebelum ini, Seramai 1,229 Pelajar MRSM Peroleh A, hari ini saya berkongsi pula untuk ranking Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terbaik Keseluruhan SPM 2013 untuk pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. 


  1. MRSM Tun Ghafar Baba Melaka
  2. MRSM Taiping Perak
  3. MRSM Pengkalan Chepa Kelantan
  4. MRSM Tun Dr Ismail (PONTIAN) Johor
  5. MRSM Kota Kinabalu Sabah
  6. MRSM Pasair Salak Perak
  7. MRSM Kuala Klawang Negeri Sembilan
  8. MRSM Langkawi Kedah
  9. MRSM Kuantan Pahang
  10. MRSM Kuala Kubu Bharu Selangor
  11. MRSM Kepala Batas Penang
  12. MRSM Serting Negeri Sembilan
  13. MRSM Mukah Sarawak
  14. MRSM Pengkalan Hulu Perak
  15. MRSM Tun Mustafa Sabah
  16. MRSM Pendang Kedah
  17. MRSM PDRM Kulim Kedah
  18. MRSM Parit Pahang
  19. MRSM Kuala Berang Terengganu
  20. MRSM Johor Bahru
  21. MRSM Kuala Terengganu
  22. MRSM Kota Putra Terengganu
  23. MRSM Gemencheh Negeri Sembilan
  24. MRSM Mersing Johor
  25. MRSM Batu Pahat Johor
  26. MRSM Transkrian Pulau Pinang
  27. MRSM Tumpat Kelantan
  28. MRSM Felda Perak
  29. MRSM Betong Pahang
  30. MRSM Beseri Perlis
  31. MRSM Alor Gajah Melaka
  32. MRSM Jeli Kelantan
  33. MRSM Kuching Sarawak
  34. MRSM Tun Ghazali Shafie Pahang
  35. MRSM Balik Pulau Penang
  36. MRSM Merbok Kedah
  37. MRSM Besut Terengganu
  38. MRSM Muadzam Shah Pahang
  39. MRSM Kuala Krai Kelantan
  40. MRSM Baling Kedah
  41. MRSM Tun Abdul Razak
  42. MRSM Terendak Melaka
  43. MRSM Kubang Pasu Kedah
  44. MRSM Muar Johor
  45. MRSM Lenggong Perak
Kredit sumber: Perling Putih

Khamis, 20 Mac 2014

SPM 2013: Seramai 1,229 Pelajar MRSM Peroleh A


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,229 orang daripada 7,645 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperolehi 'A' (A+, A atau A-) bagi semua subjek yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan mencapai Gred Purata Maktab 2.019.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata MRSM Tun Ghafar Baba mencatat keputusan terbaik daripada 45 buah MRSM di negara ini diikuti MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa.

"Sementara itu, lima subjek menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu dengan Gred Purata Subjek (GPS) 0.967, Sejarah (GPS 0.971), Fizik (GPS 3.150), Kimia (3.847) dan Pendidikan seni Visual (0.720)," katanya dalam sidang berita di sini, hari ini.

Annuar berkata secara keseluruhan pelajar MRSM mencatat keputusan yang cemerlang, selain turut menguasai pelbagai kemahiran lain.

Menurutnya MARA juga mempelawa lepasan SPM, yang memperoleh keputusan cemerlang dan mempunyai ciri kepimpinan dan nilai positif, memohon penajaan Mara bagi melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Mereka boleh melayari laman web www.mara.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya atau mengunjungi Jelajah Karnival Pendidikan Mara di 10 lokasi di seluruh negara yang diadakan sejak Sabtu lepas hingga 27 April ini.

Sumber: Sinar Harian


SPM 2013: Analisis Keputusan Keseluruhan Negeri Mendapat A

Hari ini menyaksikan pelbagai suasana yang dapat disingkap daripada riak 479,395 calon yang mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013. 

Sudah pastilah calon yang mendapat semua A dalam peperiksaan ini akan melonjak gembira berbanding calon yang kurang bernasib baik sudah pastilah kesedihan yang terpaksa diterima. 

Bagaimanapun, atas usaha yang telah dilakukan, calon tersebut tidak perlulah menyalahkan diri sendiri. Semuanya sudah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allh SWT.

Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof ketika mengumumkan keputusan SPM 2013


13,970 calon SPM capai semua A

Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 mendapat keputusan semua A. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata daripada jumlah itu, seramai 11,892 (2.90 peratus) calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 2,078 (6.27 peratus) calon bukan KPM. 

"Jumlah itu juga termasuk 405 (0.09 peratus) iaitu 366 calon sekolah KPM dan 39 (0.12 peratus) calon bukan KPM berjaya memperoleh semua gred A+ (cemerlang tertinggi). 

Dr Khair berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 4.93 berbanding 5.08 tahun 2012.


Analisis Keputusan Keseluruhan Negeri Mendapat A

2,606 calon raih Gred A cemerlang di Selangor

SHAH ALAM: Seramai 2,606 calon sekolah Kementerian Pelajaran (KPM) dan bukan KPM negeri Selangor, berjaya memperoleh gred A (cemerlang) bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. 

Sebanyak 13 sekolah di negeri ini muncul sebagai sekolah terbaik dengan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak muncul sekolah terbaik Selangor bagi keputusan SPM 2012 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.18.

Pengarah Pendidikan Selangor, Datuk Mahmud Karim berkata, daripada jumlah itu, Gred Purata Negeri (GPN) mencatat peningkatan sebanyak 0.13 peratus iaitu 4.77 berbanding tahun 2012, 4.90. 

Katanya, seramai 78 calon mencatat gred A+ (cemerlang tertinggi) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, manakala 2,528 calon memperoleh gred A kombinasi (A+, A dan A-). 

"Seramai 60,208 calon layak mendapat sijil pada tahun lalu berbanding 62,777 bagi tahun 2012. 

"Walaupun peratusan layak mendapat sijil menurun berbanding tahun lalu, namun GPN berjaya menunjukkan peningkatan sekaligus membuktikan peratusan pelajar cemerlang di Selangor meningkat," katanya.


1,582 calon capai semua A di Johor

JOHOR BAHRU: Seramai 1,582 calon Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2013 di negeri ini berjaya memperoleh semua gred A bagi semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,391 calon pada tahun sebelumnya. 

Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Md Hasidin Zaini, berkata seramai 64 calon berjaya memperoleh gred A+ (cemerlang tertinggi) bagi semua matapelajaran yang diduduki. 

Beliau berkata, seramai 1,518 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua matapelajaran yang diduduki berbanding 1,333 calon pada 2012, iaitu peningkatan seramai 185 calon. 

"Secara keseluruhannya pencapaian calon pada 2013 adalah amat membanggakan berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2013 di Jabatan Pendidikan Johor di sini, sebentar tadi.


1,276 calon dapat semua A di Perak

IPOH: Seramai 1,276 calon SPM 2013 di Perak berjaya memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran diduduki iaitu peningkatan sebanyak 0.32 peratus atau pertambahan seramai 93 orang berbanding 1,183 calon memperoleh semua A pada 2012. 

Selain itu, seramai 42 calon berjaya memperoleh gred semua A+ iaitu cemerlang tertinggi bagi semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada tahun sebelumnya. 

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata, pencapaian keseluruhan SPM 2013 juga meningkat dengan Gred Purata Negeri (GPN) meningkat kepada 5.01 mata berbanding 5.21 mata pada 2012 dengan peningkatan 0.20 mata. 

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan analisis keputusan SPM negeri Perak di sini sebentar tadi.


1,024 calon cemerlang di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Pulau Pinang mencatat penurunan jumlah calon cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2013. 

Penurunan itu adalah sebanyak 4.69 peratus berbanding 4.9 peratus pada tahun lalu. Seramai 1,024 calon SPM di Pulau Pinang cemerlang pada tahun ini. 

Bagaimanapun, Pulau Pinang mencatat gred purata lulus SPM yang lebih baik, iaitu sebanyak 4.73 berbanding 4.87 pada tahun lalu. 

Keputusan SPM bagi negeri ini diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Perempuan China di sini, hari ini. 

Ahmad Tarmizi berkata, sebanyak 22 sekolah menengah di negeri ini mencatat keputusan 100 peratus lulus dan layak mendapat sijil. 

Pada keputusan SPM tahun ini, seramai lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan St George mendapat keputusan semua subjek lulus dengan A+, diikuti SMK Tinggi Bukit Mertajam dan SMJK Chung Ling Butterworth, masing-masing dengan empat calon.


693 calon dapat semua A di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seramai 693 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid, berkata pada tahun ini seramai 17,684 mendaftar sebagai calon membabitkan 111 sekolah berbanding tahun lalu seramai 17,583 iaitu pertambahan sebanyak 101 calon. 

Katanya, Gred Purata Negeri (GPN) bagi negeri ini meningkat kepada 4.70 berbanding tahun lalu 4.86 menunjukkan peningkatan tahap kecemerlangan dalam SPM semakin baik.


662 calon dapat semua A di Kedah

ALOR SETAR: Seramai 662 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Kedah memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran diduduki termasuk 12 daripadanya diklasifikasikan sebagai cemerlang tertinggi.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Mansor Lat, berkata semua 12 calon itu memperoleh keputusan gred A+ (cemerlang tertinggi) bagi semua mata pelajaran diambil tahun lalu. 

Katanya, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.23 pada 2012. 

Pada 2013, seramai 37,914 calon mendaftar menduduki SPM di negeri Kedah.


376 calon dapat semua A di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 376 daripada 34,036 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah tahun lalu lulus cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran berbanding 199 orang pada 2012. 

Bilangan calon yang lulus semua mata pelajaran juga bertambah kepada 18,681 orang atau 54.89 peratus berbanding 17,247 atau 51.43 peratus pada 2012. 


80 calon dapat semua A di Perlis

KANGAR: Seramai 80 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Perlis memperoleh keputusan semua A dalam subjek diduduki termasuk seorang daripadanya mendapat keputusan 11A+ atau cemerlang tertinggi. 

Pengarah Pendidikan Negeri, Dun Kasa, berkata daripada 4,230 calon yang menduduki peperiksaan itu, 82.01 peratusn berjaya memperoleh sijil. 

Katanya, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Negeri (GPN) 5.26 berbanding 5.46 pada 2012. 

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mencatatkan bilangan calon cemerlang paling ramai, iaitu 30 orang dan juga 100 peratus calon memperoleh sijil.


41 calon capai semua A+ di Sarawak

PETRA JAYA: Seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sarawak berjaya meraih pencapaian semua A+ dalam semua mata pelajaran. 

Perkara itu diumumkan sebentar tadi oleh Pengarah Pendidikan Sarawak, Datuk Abdillah Adam, di Auditorium Pejabat Pendidikan Negeri, di sini. 

Katanya, empat sekolah yang mencatatkan keputusan SPM terbaik adalah Sekolah Menengah (SM) Sains Miri; SM Sains Kuching; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Betong dan MRSM Mukah. 


Sumber: Berita Harian

Semakan Penempatan Guru DG41 (Menengah) Bil 4/2014

Assalamualaikum.

TERKINI: Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 - (Menengah) Bil 4/2014.



Tahniah kepada yang berjaya. Selamat bertugas!


Rabu, 19 Mac 2014

Projek Memikat Suami Episode 13 - Tonton Online (Aswan Azmy Blog)


Sekali lagi saya menerbitkan entri tonton online menerusi Projek Memikat Suami. Saya tidak menyangka bahawa kata kunci carian projek memikat suami yang melekat di blog saya ini semakin hari semakin bertambah pula. 


Pada hal, saya hanya memautkan sahaja link tonton online itu ke blog blogger lain iaitu Aswan Azmy Blog. Tidak hairanlah, entri tonton online di blognya saya kira menjadi penyumbang tertinggi pageviewsnya. 

Setelah drama adaptasi ini dihentikan seketika tayangannya, pada episod 11 kini peminat setianya boleh menarik nafas lega apabila episod 12 telah pun ditayangkan. Projek Memikat Suami ini juga sudah memasuki episode terakhir. Nantikan Projek Memikat Suami Episode 13. 

Jika terlepas boleh menonton online. Seperti biasa blog yang terbaik untuk kalian menontonnya ialah Aswan Azmy Blog. Klik pautan ini:



Sejambak Puisi Buat MH370 daripada Rakyat Malaysia

Assalamualaikum.

Bukan sahaja doa, bahkan sudah berkuntum-kuntum puisi yang berkembang dan mengharum semenjak misteri kehilangan pesawat MH370. Saya juga pernah menanam sepohon puisi melalui  Harapan dalam Doa Dhuha

Hari ini saya gubah sejambak puisi buat tatapan pembaca Tetamu Istimewa hasil pungutan daripada kuntuman puisi yang terbit di Berita Harian Ahad lalu yang dikarang oleh penulis Malaysia ataupun rakyat Malaysia. 

Sejambak Puisi Buat MH370


MH370, DITELAN MISTERI
Suara sunyi, hati diterangi
mata-mata hati, tercari-cari
manusiawi dimamah misteri
bumi ini jadi bumi suci
hari ke hari, tiap hati
suarai doa kepada Ilahi
suara hati nan suci.

Langit maha luas pasti
cahaya hidup hari ke hari
resapi titik-titik hati
dosa leburi diri
dan diri terdiri di bumi
penuh hati-hati.

Andai maut hadir diri
esok atau hari ini
hati dipersiap suci
siratulmustaqim dititi
selamat, pasti.

Yang tinggal, famili
arif takdir, tahu diri
kun faya kun-Nya Ilahi.

Daeng Ramliakil
Kuantan

RADAR INGATAN
Layar pandangan hilang
kelam dari radar ingatan
sempit mendesak kudrat
tinggal diam kian sesak
yang harus dimengertikan.

Harapan kian menjunam
tenggelam ke laut keasingan
dingin menjerat makrifat
tinggal nafas jerih lemas
yang harus direlakan.

Kehilangan makin terbenam
larut bersama pasir kenangan
hangat pertemuan kembali
yang harus didoakan
sementara menerima
kunjungan perhatian.

Fauzan Zain
Kota Bharu, Kelantan

SUARA YANG HILANG
(Dedikasi buat anak kapal MH370)

Telah kami apungkan setulus doa
dan secebis harap di
hujung lidah zikir
buat Tuhan Rabbul Mutakabbir
saat matahari penantian
diselubungi jelaga duka
kabut kegelisahan masih menerpa
mengirim puing-puing
sendu di hujung kalbu
sesudah langit kekal berkaca
menyembunyikan
bianglala cerita
tanpa gerimis jawapan yang
melukiskan warna takdir
di ufuk kesyahduan.

Kembalilah suara-suara yang hilang
menjengah ke ruang nyata
saat telapak fakir kami menadah
di pangkal jemari pasrah
biar rindu menyatu
dalam limpah syukur
tatkala langit kesyumulan masih terbuka
untuk kita lirikkan sewangi
doa dan sehampar aksara
panjang dan berulang.

Husna Nazri
Kemaman

TRAGEDI MH370 DUKA KITA
Keheningan dinihari
tiba-tiba diragut
terkesima kita dari sebuah mimpi
takdirnya menjadi realiti
detik 2.40 tanggal 8 Mac 2014 itu
perutmu yang mengendung 239 nyawa
dalam teracnggih Boeing 777-200
dari KLIA ke Beijing, China itu
hilangmu penuh misteri.

Maka seluruh kerabat mangsa pun
membilang harapan keajaiban daripada Tuhan
dan kami di sini pun menghulurkan doa
bukan sekadar bersimpati dan menanti
ia duka kita bersama,
teori dan spekulasi mengakari minda
meniliki sebenar punca tragedi
teknikal, cuai atau angkara.

Usah dutambah duka mereka
seandaan dan gurauan
hanya memburuk rasa
ia bukan ajaran junjungan Nabi
marilah kepada kudrat
dan iradat-Nya
pasrah dengan ketentuan
Maha Pencipta
kerana bila tiba masanya
kita berangkat juga ke sana!

DJ Dolasoh
SMK Dato' Ahmad, Lenggong

Selasa, 18 Mac 2014

3 Penambahbaikan PBS Dilaksanakan Mulai 1 April 2014

Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan penambahbaikan PBS

Akhirnya teka-teki sama ada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimansuhkan atau diteruskan terjawab pada hari ini setelah Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkannya diteruskan. PBS diteruskan setelah kajian semula dijalankan dan ada penambahbaikan yang dilakukan. 

Antara tiga (3) penambahbaikan yang dilakukan:

1) Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkankan dengan digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
2) Guru tidak perlu mengisi data pencapaian murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sebaliknya dijalankan secara offline.
3) Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Dokumen Standard Prestasi
Bagi bukan golongan guru sudah pastilah tertanya-tanya apakah itu DSP? Dan bagaimanakah DSP ini dikatakan membebankan guru untuk melaksanakan. 

Contoh DSP Dunia Seni Visual

Secara mudahnya, DSP merupakan dokumen yang mengandungi butiran pernyataan band, deskriptor, evidens yang mana guru perlu mentaksir murid berdasarkan senarai deskripor dan evidens yang ditetapkan. 

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


SPPBS dalam PBS

Menerusi PBS guru perlu memasukkan data pencapaian murid yang telah ditaksir melalui evidens secara dalam talian menggunakan SPPBS. Isu yang dibangkit, apabila server sistem SPPBS ini lambat dan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu kelas memungkin cara pengisian data murid melalui sistem ini tidak sesuai.

Daripada DSP, guru perlu menterjemahkannya pula ke bentuk evidens yang dihasilkan untuk mentaksir murid. Saya pernah berkongsi tentang perincian evidens untuk Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatikan jumlah evidens yang perlu guru sediakan. 

Fail Perkembangan Murid dan Rekod Transit
Selain Fail Portfolio Guru, guru juga perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid setiap individu. Oleh itu, guru perlu memasukkan evidens terkini murid yang terbaik ke dalam fail ini dari masa ke masa yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. 

Rekod Transit
Contoh Rekod Transit DSV Tahun 3

Rekod Transit pula perlu disediakan oleh guru untuk dijadikan panduan dan memudahkan guru sewaktu mentaksir murid. Kata mudahnya, Rekod Transit merupakan rekod manual yang perlu disediakan guru sebelum dipindahkan secara dalam talian dalam SPPBS. 

Penambahbaikan ini lebih menjurus ke arah mengurangkan beban guru. Seperti yang sedia maklum, tugas guru adalah mendidik, sebaliknya dengan pelaksanaan PBS sebelum ini tugas guru bertambah untuk melakukan kerja sampingan seperti yang disenaraikan di atas. 

Guru-guru diingatkan bahawa PBS dan KSSR adalah dua perkara yang saling berkait dan bukan dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu, guru-guru haruslah menyambut baik 3 penambahbaikan PBS yang bakal dilaksanakan mulai 1 April 2014 nanti. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78