Pengikut

Selasa, 8 April 2014

Cikgu Izzat: Terkorban dan Dipindahkan kerana PBS?

Apabila saya menggelintar dalam enjin carian google terjumpa saya dengan satu artikel yang diberi judul Cikgu Izzat: Terkorban kerana PBS. Ada sesuatu dalam artikel ini yang hendak disampaikan dan boleh direnungkan bersama-sama. Maka, kita ambil yang jernih, buang yang keruh. 

Cikgu Izzat dan PBS
Oleh: Majdan Dagang

Nama Cikgu Mohd Nor Izzat Mohd Johari tiba-tiba menjadi sebutan ramai. Walaupun kerjayanya hanya seorang guru, namun namanya turut dikenal oleh pak menteri, orang politik dan bukan politik. Kerja hakikinya ialah seorang guru dan kini masih lagi seorang guru.

Sejak tahun lepas namanya tiba-tiba muncul tatkala ibu bapa dan orang politik sibuk bercakap pasal Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebelumnya, hanya orang politik dari parti Pakatan Rakyat yang mengkritik sistem ini secara terbuka.

Pakatan Rakyat bercakap bagi menyampaikan suara hati para ibu bapa dan warga pendidik yang tidak puas hati akan pelaksanaan PBS itu. Sistem ini dilaksanakan dalam suasana warga pendidik, prasarana dan ibu bapa belum bersedia – maka jadilah caca marba. Ibarat peribahasa, “rumah siap, pahat berbunyi.”

Ketika itulah muncul sosok Cikgu Izzat, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). Beliau menyatakan apa yang sepatutnya dinyatakan. Beliau bukan menentang kerajaan dan Umno-BN, tetapi menegur kelemahan sistem yang dikenakan terhadap warga pendidik.

Beliau yang mewakili suara hati para guru mahu pemerintah tidak melaksanakan sesuatu dasar itu tanpa menilai dahulu kemampuan yang ada – kemampuan sumber manusia dan prasarana. Tidak ada kepentingan politik baginya. Bahkan sepengetahuan saya ada Cikgu Izzat ada kaitan dengan mana-mana parti. 

Hasil perjuangan beliau, PBS ditangguhkan oleh menterinya – walaupun tidak pasti sejauhmana penangguhan itu. Namun hasilnya ada.

Tetapi setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Mana ada perjuangan yang dibentang permaidani merah. Cikgu Izzat menerima bahana atas perjuangannya. Beliau menjadi hero dalam kalangan guru yang lain.

Beliau ditukarkan ke sekolah lain tanpa alasan yang munasabah. Cikgu Izzat bukanlah guru pertama yang ditukarkan serta-merta. Sebelum ini pun sudah ramai cikgu yang kena tukar kerana aktif menyokong dan terbabit dalam gerak kerja parti pembangkang. Yang kena tukar kerana masalah disiplin pun ramai juga.

Saya percaya, dalam tempoh terdekat ini tiada pembelaan yang sewajarnya diperoleh beliau. Setakat ini hanya Badan Bukan Kerajaan dan parti politik daripada Pakatan Rakyat yang berusaha membantunya.

Dalam sistem demokrasi di Malaysia hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik dasar kerajaan akan dikenakan tindakan oleh parti yang memerintah. Hal itu kita sedia maklum. Malaysia belum lagi mencapai tahap demokrasi yang dapat membezakan antara parti yang memerintah dan kerajaan. Parti yang memerintah ialah pengubal dasar sementara kakitangan kerajaan adalah pelaksana dasar.

Mengkritik dasar tidak semestinya tidak suka dengan parti. Boleh jadi Cikgu Izzat ahli dan penyokong Umno. Tetapi tidak semestinya beliau bersetuju dasar yang dilaksanakan kerajaan Umno-BN. 

Namun, pertukaran Cikgu Izzat amat istimewa bagi saya. Sebabnya suara beliau adalah untuk mempertahankan kerjaya perguruan yang cuba dirojakkan oleh Umno-BN. Wajarlah beliau tidak mewakili mana-mana parti, sebab kerjaya perguruan wajar dipisahkan daripada politik kepartian ketika mengajar.

Saya percaya, tindakan Cikgu Izzat ialah demi masa depan generasi Malaysia. Beliau tentunya tidak mahu anak muridnya menjadi tikus ujian. Beliau berkorban diri dan kerjaya serta peluang kenaikan pangkat demi masa depan anak muridnya.

Adalah perkara biasa seorang guru berkorban demi anak muridnya. Yang luar biasa ialah anak murid yang telah berjaya sanggup mengkhianati gurunya apabila sudah beroleh kuasa. 

Nota: Ini bukan luahan hati atau pandangan saya terhadap isu PBS ini. Harap maklum. Sekadar berkongsi untuk renungan bersama.


20 ulasan:

  1. Betol tu cikgu helmi.
    Cik akak duduk menumpang kat sekolah pun memang tak suka dengan sistem pbs nie .
    Hihi

    BalasPadam
  2. Nampak memang mudah untuk dilaksanakan tapi kena cukupkan dulu segala kemudahan dalam sistem tersebut tanpa menyusahkan sesiapa . Harap pergorbanan Cikgu Izzat tidak disalah ertikan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan kata lain perlu perancangan yang teliti sebelum dilaksanakan sesuatu pun.

      Padam
  3. hmm..berat mata memandang berat lagi yang memikul..moga cikgu izzat tabah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Kathy, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

      Padam
  4. Ramai yang kena tukarkan. Macam tak adil rasanya. Coz mengkritik tak semestinya menetang. kalau sistem tu ada kelemahan, perlu ada yang berani menegur. Supaya masa depan perguruan tu sendiri ada impak yang lebih baik..Semoga pihak kerajaan lebih rational dalam hal macam ni..ini bukan untuk kepentingan individukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali tak kena salurannya kot yang boleh mengakibatkan perkara ini berlaku.

      Padam
  5. Benar...negara kita belum lagi demokrasi sepenuhnya dan ianya sudah sedia maklum. Tindakan sebegini bukannya dapat melenyapkan segalanya tetapi mengundang persepsi lebih buruk kpd kerajaan. Sewajarnya ianya dilihat dari sudut positif... Tidak hairanlah kenapa semakin ramai yg berpaling dari kerajaan sekarang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu direnung-renungkan dan difikir-fikirkan kata-kata BM ni.

      Padam
  6. Ya Allah. Baru tahu tentang kisah ini. Apapun, teruskan semangat juang cikgu sebagai seorang cikgu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu harus tabah menghadapi semua ni.

      Padam
    2. Dunia cikgu hari ini terlalu mencabar. Tetapi cikgu-cikgu masih kuat dengan niat untuk mendidik! Tahniah para guru.

      Padam
  7. seharusnya setiap pihak yang berkenaan (kerajaan) berfikir untuk kepentingan masyarakat umum.. bukan hanya melibatkan politik semata-mata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemenjadian murid dan masa depan mereka harus dititikberatkan.

      Padam
  8. Salam, PBS, bunyi macam singkatan parti politik di sabah pula, apa pun harap bersabar kepada yang dipindahkan tempat mengajar, dugaan hidup...itu namnya demokrasi ala Malaysia;)...

    BalasPadam
  9. Mmg benar... pada saya biarlah pendidikan ini ditadbir oleh warga pendidik & bukannya ahli politik.. Org politik tak patut sibuk dlm urusan pendidikan sbb pendidikan ni utk ilmu generasi yg akan dtg. Klu saya yg sbg ibu bapa ni secara jujur pening dgn sistem ni terhadap 4 org anak saya.. apatah lagi guru2 yg ada beratus2 anak murid & bertanggungjawab atas hal ni. Biarlah pendidikan ni diserahkan kpd warga pendidik yg berpengalaman... klu tak makin rosak negara ni dgn masalah sosial & sbgnya... politik tak sudah lah puak2 dia org ni semua!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78