Pengikut

Ahad, 13 April 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 56 - Tonton Online (Kepala Bergetar)


Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta mengisahkan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina berhijrah selepas melakukan banyak kejahatan sebelum ini. Ahmad Ziyad Jebat, dibesarkan keluarga gengster selepas ibu bapanya mati dibunuh. Bagaimanapun, Jebat berubah selepas satu kejadian dan bertemu pula dengan abangnya, Wahab. 

Ketika berhijrah, tidak pernah terlintas di hatinya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati menarik hati Mastura iaitu adik ipar majikannya, Uwais. Pelbagai cara dilakukan Mastura untuk menarik perhatiannya sehingga Jebat rimas. 

Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak berputus asa. Jebat tidak pernah menyangka gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang mempunyai parut di bahagian mata. Selepas berkahwin dengan Mastura, satu persatu rahsia Jebat terbongkar. 

Dapatkah Mastura menerima Jebat selepas mengetahui suaminya dulu bekas gengster, kaki judi, minum arak, kaki perempuan dan segala macam kejahatan pernah dilakukan Jebat? Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta sarat dengan konflik menyentuh perasaan. Kisah seorang cucu Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. 

Kredit sumber: Bukan Cincai

Hanya tinggal 5 episod sahaja lagi sebelum Bukan Kerana Aku Tak Cinta akan mengakhiri tayangannya. Selamat menonton di Kepala Bergetar.



18 ulasan:

  1. Best ke cerita ni?? Kak Erin tak pernah tengok pun..

    BalasPadam
  2. hmm..biasalah..tak tengok.. :)

    BalasPadam
  3. jarang tengok drama melayu ni, kalau drama korea layanlah. heheh
    adarain.com

    BalasPadam
  4. selalu layan drama korea . tu sbb x dpt layan drama melayu ... hehehee

    BalasPadam
  5. salam ... saya ada dpt offer untuk menulis novel dr ana muslim . masalahnya saya tak ada pengalaman dan kemahiran . di email , 'dia' kata tu tak jadi masalah sbb ' dia' blh bantu mengolahnya ... pertanyaan saya , apakah hak yg saya ada sebagai penulis , apakah yg saya perlu tahu agar saya tidak tertipu ... mohon pencerahan . terima kasih .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, wah tahniah! Teruskan menulis. Saya tidak berani komen hal ini kerana saya tidak berpengalaman dalam hal penulisan novel begini. Saya lebih kepada penulisan eceran. Kemudian, saya kumpulkan jadi manuskrip, hantar untuk penilaian sebelum diterbitkan.

      Boleh bertanya kepada novelis yang selalu menulis begini.

      Padam
  6. akak dengar ramai kata cite ni menarik
    tapi tak ada minat nak tengok...hehe

    BalasPadam
  7. ramai ckp cerita ni best, tak pernah tgk lagi, kena try tgk gak ni ;)

    BalasPadam
  8. Masih belum terbuka hati nak tengok... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus terang saya katakan, saya sayang blog tetamu istimewa kerana tidak banyak blog yg punya niche sedemikian rupa. Namun saya sebenarnya kecewa apabila kini ianya dicemarkan oleh entri berkaitan drama online. Saya ingatkan hanya sekali dua kerana ianya ada kaitan dgn novel tapi nampaknya seperti jadi satu entri wajib yang telah mencorakkan blog tetamu istimewa kepada carian hiburan online. Tidak salah jika ada artikel tidak berkaitan niche diterbitkan tetapi menyerlahkan blog kearah yang bertentangan bagi saya amat tidak relevan.
      Jangan marah cikgu, ini hanya pandangan peribadi...tidak semestinya betul dan perlu diikut. Blog cikgu, hak cikgu...cara cikgu. Semoga Blog Tetamu Istimewa terus maju dan berada dilandasan yg tepat.

      Read more: http://relakssminda.blogspot.com/2014/04/menjadi-blogger-perlu-ada-sebab-matlamat.html

      Padam
    2. Saya telah membaca respons ini BM. Terima kasih atas teguran membina ini. Tanpa teguran dan pandangan daripada pembaca setia blog ini, mungkin saya boleh "hanyut" lebih jauh.

      Padam
  9. Balasan
    1. Biarpun saya berkongsi entri drama ini, namun tidak pernah sekalipun saya menontonnya.

      Padam
  10. Asyik content delete jer.. cmne nk tgk ni huhu.. mmg dh xleh tgok lg ke? citer lain2 bole plk..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78